Langsuyr : Mengungkap misteri “Bullet” dan arah gema hilaiannya..

0

Seakan sukar dipercayai kerana email kami dari DtE telah direply oleh sebuah band yang pernah mencetus 1 fenomena di persada music metal tanahair. Langsuyr.. ya, siapa yg tidak kenal dengan band yang membawa konsep Eastern Metal ini.. Istimewa hanya di e-zine Dissecting The Euphony, sebuah temuramah alam cyber bersama wakil dari Langsuyr, Azmaniac..

1 – Langsuyr, sebuah band Ipoh yang menggegarkan persada music metal tempatan sekitar 90an hingga kini, pada anda apakah yg membuatkan langsuyr masih bertahan sehingga hari ini?
GEGAR KE?! J … SELAGI ADA ‘PASSION’ …SELAGI TU LANGSUYR  BERTAHAN…. INSYALLAH!

2 – Langsuyr pernah mendiamkan diri sekitar 1997 sehingga 2001 (kurang pasti), apakah yg menyebabkan Langsuyr bersatu dan giat semula di persada music tanahair?
2000-04 …RIP! 2005 – REFORMASI ATAS  SEBAB MUSABAB YG TIADA LAINNYA…… PASSION  JUGA!! J

3 – Langsuyr satu ketika dahulu pernah mendapat tawaran dari Peaceville Record tetapi terpaksa menolak tawaran tersebut. Siapakah yg bertanggungjawap dalam usaha sehingga pihak Peaceville melamar langsuyr menjadi artis dibawah label mereka dan apakah sebab langsuyr menolak tawaran tersebut?
…TIADA SIAPA YG BERTANGGUNGJAWAB SELAIN LANGSUYR ITU SENDIRI YG BERKERJA KERAS…PEACEVILLE  MELETAKKAN  TERLALU BANYAK SYARAT2  DIMANA WAKTU ITU KAMI TIDAK MEMPUNYAI KEWANGAN YG KUKUH ….JADI ADA BAIKNYA  KAMI  MENOLAK AWAL2!!

4 – 2010 membawa perubahan pada line up Langsuyr. Boleh nyatakan line up terkini Langsuyr? Adakah perubahan line up akan mempengaruhi konsep music yang dibawa oleh Langsuyr?
2010 – TIADA BANYAK  YG BEZA, CUMA KETIADAAN BENTARA SAHAJA!! AKU & AZLAN MASIH…& SEPERTI BIASA, DIBANTU SESSIONIST  – AZRYM/GUITAR, BOBBY/DRUM & MINAMI/BASS….AKU RASE X MENPENGARUHI ( KONSEP MUZIK )LANGSUNG KOT…SBB HAMPIR 99%  KALI NI, AKU YG ‘FUHRER’ KAN LAGU2 UNTUK LANGSUYR, JADI..AKU RASA..TIDAK PERLU TIMBUL  ISTILAH PENGARUH TU….MUNGKIN ‘PENGARUH  AKU’  JE LA…J

5 – Jika dahulu Batara Guru (Bentara) merupakan mastermind dalam band yang byk melahirkan lagu, lirik dan konsep Eastern Metal bagi langsuyr, kini setelah ketiadaannya, siapa pula yg memikul tanggungjawap menerajui tulang belakang Langsuyr?

AKU & AZLAN…SBNARNYA MASTERMIND LANGSUYR DARI DULU LAGI ADALAH KAMI BERTIGA,CUMA..BENTARA YG LEBIH TERSERLAH, MUNGKIN ‘KERJA-KERJA  DIBELAKANG TABIR’  SELALU DIPANDANG ENTENG KOT…..TU YG KAMI (AKU & AZLAN) TENGGELAM TU…
CUMA  DIRECTION LIRIK (SEJAK REFORMED) BAWAAN KAMI MASIH LAGI ‘MELAYU’  TAPI AMAT BEBAS!

6 – Boleh nyatakan kenapa Langsuyr selalu mengubah nama LANGSUYR dari “langsuir” kepada “riusgnal” dan terbaru “LANGSUYR”?
RIUSGNAL – DULU2 NAK BUAT GIG, KENA ADA PERMIT  POLIS LA..ETC.ETC. JADI TME TU LANGSUYR TERPAKSA DITERBALIKKAN, LANGSUNG TERUS MENJADI SEBUTANNYA ‘RIUSGNAL’ ….
LANGSUYR – SEMUA NI IDE AKU & AZLAN DISEBABKAN ‘LANGSUYAR’ (@ RIBEIRO KOT NAME DIA…XSILAP AKU LA..) OF MOONSPELL!! 

7 – Terlalu kerap masalah kelewatan terbitnya album2 Langsuyr di pasaran. Dari album “Asyik” yg hampir setahun terperap sebelum menemui peminat dan terbaru “Bullet” yang semakin samar, apakah penyebab berlakunya masalah2 ini. Boleh langsuyr nyatakan agar peminat dapat mengetahui apa yg sebenarnya berlaku?
MMM..AKU LETIH NK HADAP BENDA2 MCM NI, LANGSUYR XDE MASALAH DGN BULLET SBB KERJA2 KAMI DH SELESAI (REKOD APE SMUA TU….) SELEBIHNYA SEKARANG URUSAN LABEL!! LABEL YG BERMASALAH & BERPENYAKIT SAHAJA AKU RASA AKAN MENYUSAHKAN ORANG2 SEPERTI KITA!!!!! FUCK OFF AND DIE!!!

8 – Perbezaan tema antara lagu2 dan lirik2 dari album Asyik jika dibandingkan dengan material the old langsuyr tampak begitu drastik sekali. Jika dahulu lirik2 lebih kepada mitos dan perkara tahyul ketimuran tetapi didalam Asyik lebih kepada perkara2 realiti kini seperti isu masalah sosial, pemikiran dan perkara2 moden. Adakah perkara ini disengajakan atau langsuyr mempunyai target atau sasaran atas perubahan yg dilakukan tersebut?

TIADA TARGET OR WHATSOEVER…TAPI  STILL LAGI  ‘MELAYU’ , SBNARNYA BAGI AKU LA…MITOS MELAYU BAWAAN KAMI DULU2…DH TEPU LA NK BAWAK SKANG…BOSAN!! KERIS,BANGSAWAN APE SEMUA TU LA… ANYWAY AKU BANGGA SBB…LANGSUYR DPT MENCETUS SATU KEGHAIRAHAN  PARA PENGIKUTNYA UNTUK MENCINTAI BAHASA MELAYU!!

Langsuyr – Tangisan Embun Pagi (Penang MetalFest 1997)

Klip video “Sunut” dari album Asyik

9 – Penggunaan warna2 cerah didalam artwork dan cover sleeve album Asyik menunjukkan keberanian pereka grafiknya yg cuba lari dr penggunaan warna gelap dan hitam dalam penghasilan artworknya. Boleh saudara Azmaniakh menghuraikan maksud tersirat disebalik artwork cover album Asyik tersebut?
YANG AKU YAKIN…BAHAWASANYA IBLIS DAN SYAITAN..XSEMESTINYA ADA DITEMPAT YG GELAP & GLOOMY KE!!! DALAM KEADAAN WARNA-WARNI PELANGI SEKALI PUN…IA TETAP ADA, MENYESATKAN KITA!!!  AKU HARAP KO PAHAM MKSUD AKU, PERSONALLY…. AKU XBAPE BEKENAN  ARTWORK2 YG TIPIKAL & STEREOTYPE UNTUK METAL BAND, LANGSUYR DARI DULU PUN MMG SUKA ‘LANGGAR’!!!! KAMUS LANGSUYR SIMPLE JE….DALAM MUZIK TIDAK ADA SEKATAN@UNDANG2!!! KENAPA KITA PERLU TUNGGU PANTERA @ HIM  DGN TOPI KOBOINYA..BARU KITA BERANI APPEAR BERTOPI KOBOI?! KENAPA KITA PERLU TGK ENTOMBED DULU2 BER-DREAD LOCK SORANG TU TAPI DEATH METAL? KENAPA PERLU TUNGGU OMPUTIH BUAT SEMUA TU BARU KITA NAK BUAT?!! APA SALAHNYA KITA CETUSKAN  DULU BENDA2 YG KITA SUKA UNTUK APPLIKASI BAND KITA SENDIRI….?! INI PENDAPAT AKU SHJ! ANYWAY..AKU TAK AGAINST MANA2 BAND PUN YANG MASIH BERTERUSAN RASA APA YG MEREKA  BUAT (UNTUK BAND MASING2) ITU BETUL…HIDUP INI INDAH & MUDAH….BUAT APA LU SUKA AS LONG AS KORANG ENJOY!!!! AKU PUN TERINGIN NK BIKIN SATU BAND, KONSEP – ELECTRO BLACK METAL POP!!! SEBAB?! AKU BOLEH BUAT APA YANG AKU SUKA!!!!!

 Rekagrafik oleh Azmaniac

10 – “Misery” merupakan lagu Cromok yg dipilih oleh langsuyr dalam kompilasi Hail To The King: A Tribute To Cromok, bagi gua lagu tersebut antara lagu terbaik didalam kompilasi tersebut walaupun penggunaan drum mesin dapat didengar pada lagu tersebut. Kenapa memilih drum mesin dan tidak menggunakan pemain drum yang sebenar?
SEBENARNYA 50% MESIN 50% HUMAN…AKU MIX KAN KEDUA2NYA….HONESTLY, SORRY TO SAY…AKU (OR SAPA2 PUN LA..) PUNYAI EXPECTATION YG AMAT TINGGI UNTUK LAGU2 AKU, TAPI MOSTLY..DRUMMER YG ADA.. X UP TO PAR LA…LIMITED! KEBENARAN UNTUK KEBEBASAN DRUMMER LANGSUYR UNTUK MENCIPTA KREATIVITI SENDIRI  ADALAH 20% SAHAJA!! SEBAB..MOSTLY LAGU2 YG SEDIA ADA, DAH PUN DI PATTERN KAN OLEH KAMI SENDIRI (MASA PRE-COMPOSITION LG).  KADANG2 AKU TRINGIN NK BEAT & PATTERN TU SEBEGITU (CTH – MISERY), ADA GROOVY  VIBE KT CERTAIN2 PART TAPI TU LA….’MANUSIA LOKAL’ YG KITA ADA, GIFTED DIA AMAT LIMITED! J  ITU SAHAJA JALAN YG AKU SUKA & PILIH!

11 – Apakah perancangan terbaru Langsuyr? rakaman album baru mungkin?

MASIH TRAUMA  NAK BER-KOMITED DGN PEMBANGUNAN LANGSUYR, INSYALLAH… IANYA AKAN  ADA SOMETHING…INSYALLAH!!

12 – Selain Langsuyr, adakah line up terkini Langsuyr mempunyai side projek atau menganggotai band2 lain?

HANYA AZRYM AKU REKRUT DARI M.O.C (BAND AKU SENDIRI MANIAC’S OUTERSPACE COMRADES) & BOBBY DARI PYRON. AZLAN JUGA DGN BAND HELLFROZEN NYA! M.O.C & HELLFROZEN SETAKAT NI MATERIAL DIA X JUAL..JUST UNTUK KAWAN2 DEKAT SHJ!

13 – Satu soalan berkenaan scene music tempatan, apa pendapat Langsuyr berkenaan pandangan mereka yg “True Metal” yang menidakkan music metal modern seperi “metalcore” yang dianggap tidak 100% metal?

ITU PILIHAN MASING2, BG AKU SIMPLE JE, AKU XDA MASALAH NGN DRG2 NI BUT…AKAN TETAPI..ONCE DRG RASA DH MCM TRUE N BAGUS DITAMBAH PULA BRANI MENGOMEL-NGOMEL BAND ORG LAIN….THEN AKU  KENA ‘START’ SELF-DEFENSIVE  LA..JGN  LA MARAH OR TERASA PLAK NNTI APA YG AKU CAKAP KAN!!!?? BENDA NI SENANG JE..PUSING2 SITU BALIK,PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK,XPYH LA KITA NK MANDAI2 NGOMEL ITU INI..BLA..BLA..KT BAND TU, BAND NI…ALAHAIII….AKU CAKAP KO JGN MARAH EH?KO TAU SEBAB APE?SEBABNYA? SEBABNYA MUDAH JE…ITU LAH MELAYU!M.E.L.A.Y.U. ….YESS… MELAYU!!! ‘MELAYU TIPIKAL’  MESTI KENA ADA HASAD DENGKI, HATI YG BUSUK..SEMUA YG KOTOR2 LA….:)  LAGI SATU AKU MMG DI AJAR DARI DULU OLEH BAPA AKU,” MAN.ORG TUA YG HARUS DIHORMATI ADALAH ORG TUA YG TAHU MENGHORMATI ANAK2 MUDA DISEKELILINGNYA SHJ! KESIMPULANNYA..KALAU ORG YG LEBIH TUA DARI KAMU MENYAKITI HATI KAMU, BALAS LA IA, AKAN TETAPI..PASTIKAN BALASAN YG DIBERI ITU BERGANDA DARI APA YG DIA LAKUK  KAN NYA PD DIRI KAMU!!!!” I LOVE YOU ABAH!!! J

14 – Kata2 terakhir Langsuyr untuk pembaca Dissecting the Euphony (DtE e-zine), mungkin berita terkini dan harapan Langsuyr pada masa hadapan?
TERIMAKASIH KAWAN2 DI ATAS TEMURAMAH YG BAGUS INI….TAKE CARE! ALLDABEZZ UNTUK APA YG KAMU PERJUANGKAN & HORMATILAH KEDUA2 ORG TUA MU!!!

Langsuyr – In The Name of Silkhannas & My Oath For Thee
Live at Orang Timur

Kenali langsuyr melalui :
Myspace
Facebook

kredit :
imej : dari myspace & facebook Langsuyr
video : youtube (Nem Records, 6J6 Production dan Tapahroad)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected