Kathgor – Descendants From The Depth (Demo 2009)

5

Gua terpanggil untuk mereview demo tape ini setelah ianya menjadi peneman ketika memandu berseorangan beberapa minggu yang lepas. Kathgor, band bergenre Old Skool Death Metal dari bandar yang kaya dengan band2 Thrash Metal berkualiti iaitu Kajang. Demo tape bertajuk Descendants From The Depth yang melalui proses rakaman pada awal 2009 ini hanya dikeluarkan dalam kuantiti yang agak limited iaitu 200 unit sahaja. Kathgor dianggotai oleh A’it – Gitar, Ayen – Bass, Ibi – Drums dan Ratna – Vocals.

 Kathgor – Descendants From The Path (Demo 2009)
Layout oleh Ratna
Logo oleh Fizan VAULT
Tracklist :
1 – Intro
2 – The Dark Path
3 – Descendants From The Depth
4 – Death Awaits

Descendants From The Depth melalui proses rakaman pada Januari 2009. ISeekMusic menjadi studio dimana demo tape ini dirakam dan proses adunan dilakukan. Kesemua lagu di hasilkan oleh A’it dan Ibi manakala kesemua lirik ditulis oleh Ratna. Sedikit mendukacitakan ialah tidak banyak info dinyatakan didalam cover sleeve demo tape ini.

Intro pembukaan demo ini bermula dengan instrumental dari plucking gitar. Tidak dapat diduga lagi bagaimana dan apakah yang cuba disampaikan oleh Kathgor.

The Dark Path menjadi pengenalan kepada apa itu Kathgor dan bagaimana arah musical mereka. Ya ianya adalah Death Metal tegar! Riffing, hentaman dari pemain drum, paduan bass yang mengiringi riff gitar serta ngauman vocalist ternyata membawa dimensi baru kepada peredaran music metal bandar Kajang selain dari penangan Thrash Metal mereka yang sememangnya bagus. Kathgor membuka lembaran baru dalam music Death Metal yang padat dan tepu!

Descendants From The Depth seawal lagi sudah benar2 membakar semangat untuk berheadbang. Riffing yang ternyata berbau old skool ditambah dengan paduan pedal dari pemain drum yang tidak membiarkan sebarang kekosongan didalam setiap inci lagu. Track ini lebih banyak banyak bermain dengan ritma malah ada beberapa part seakan sedikit offbeat walaupun tidak terlalu teknikal. Solo gitar menambah lagi perasa Death Metal tegar.

Death Awaits menjadi track terakhir dimana bermula durasi pertama sahaja keadaan sudah cukup menghuru hara kan. Permainan drum yang kental serta riffing melambung2 kadangkala kedengaran seperti Doom Death.

Secara keseluruhan demo tape ini boleh dianggap bagus dari segi produksi nya kerana kesemua instrument jelas kedengaran dan seimbang. Kredit kepada setiap line up yang berjaya membawa irama Old Skool Death Metal kelandasan sebenar. Jika sebelum ini anda hanya mengenali Humiliation, Recidivist yang lebih ke irama sebegini, kita muncul Kathgor yang pasti akan memberi saingan kepada band2 sealiran mereka. Pada gua, music Kathgor lebih agresif dari dua band yang gua sebutkan tadi. Kathgor punya kelainan tersendiri dan perlu diberi perhatian. jangan terkejut jika anda berkesempatan mendengar material Kathgor kerana setiap ngauman itu datangnya dari vocalist yang berjantina perempuan!

Untuk menghubungi Kathgor yang benar2 bersifat underground dan old skool ini, kami hanya dapat memberikan email mereka sahaja. Percayalah kata2 gua, Kathgor bukan sebarangan band!

5 thoughts on “Kathgor – Descendants From The Depth (Demo 2009)

  1. susah sangat nak cari stuff band ne walaupun band ne band malaysia.. smpai skg aku xdpat lg, asyik baca review je.. aku dgr 2nd demo dorang dah rilis under label oversea.. harap sgt dapat dgr lagu band yg misteri ne..

  2. haha.. sebenarnya aku pun xdapat jugak 2nd demo diorang.. masih dok mencari kot2 ada label or distro tempatan yg nak re-release demo kedua diorg..
    kira dapat 1st demo pun sangat bagus dah..tu pun masa aku beli last copy..

  3. thanx 4 the update bro! kathgor sememangnya d.m tepu gilak babi!.. kurang di kenali di tempat sndiri tpi amat di kenali di luar negara!

  4. thanx bro 4 the update.. kathgor sememang nya bnd d.m tepu gilak babi! bnd underated yg power, bnd yg kurang di kenali di malaysia tapi dah mula di kenali di persada u/g antarabngsa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected