Intoxicated – Catastrophe! (EP 1998)

5

Gua rasa perlu jugak sekali skala gua tulis dan kongsi pasal material2 lama khususnya keluaran2 band tempatan dan khusus jugak untuk pendengar2 baru muzik. Kira macam subjek sejarah jugak lah kehkehkeh.. Ok kali ni gua nak tulis pasal all girl band dari Petaling Jaya iaitu Intoxicated. Gua xpasti Intoxicated ada demo tape atau tidak. Cuma gua ada CD kompilasi Boys & Girls 1+1=3 yg diorg join dgn 3 buah lagu kalau xsilap dan 1 kompilasi band2 alternatif (awal 90an music alternatif mmg tgh top) dan hari ni gua nk cerita sikit pasal Catastrophe! (EP 1998). EP ini dikeluarkan oleh Positive Tone.

Cover artwork oleh The Cat Cadet

Tracklist :

1 – Brainy Smurf
2 – Diet
3 – I Love
4 – Kucingku Aki
5 – Mary
6 – Possibility

Catastrophe! (EP 1998) menjalani proses rakaman di Kenny Music, Positive Tone dan Dreamwalk pada penghujung 1997. Paul Moss dan Intoxicated bertindak sebagai penerbit bersama untuk keseluruhan lagu kecuali “Possibility” yang mendapat sentuhan dan composition oleh Ahmad Izham, Illegal dan Paul Moss dan diterbitkan untuk S+M Productions. Paul Moss, Remy Loh, Bullet, Illegal dan Kevin Lim bertindak sebagai sound engineer untuk rakaman EP ini. Proses mastering dilakukan di Synchrosound Studio oleh Nelson Raihes.

Brainy Smurf adalah track pengenalan untuk EP ini. Sebuah track happy go lucky, bersahaja dan tahap distortion gitarnya juga sedang2 sahaja.


Diet agak biasa didengar kerana track ini terkandung dalam kompilasi Boys + Girls 1+1=3. Lirik berkenaan diet dan tahan lapar. Haha

I Love sebuah track yang rancak dengan permainan gitar yang berlandaskan power chord dan solo gitar yang bersahaja. Chorus yang catchy dan ini lagu yang seronok dengan mood untuk happy2.

Kucingku Aki adalah versi berbahasa Melayu untuk lagu Kitty Kat dalam kompilasi 1+1=3. Lirik sedih pasal si Aki yang mati dilanggar lori.


Mary gua anggap sebagai track paling best walaupun ciptaan asal adalah lagu “Mary had a little lamb”. Attitude punk rock dicurahkan sepenuhnya dalam arrangement semula lagu ini. Rancak laju dan best!

Possibility sebuah track yang patut boleh dikomersilkan. Sebuah akustik track dan agak mendayu cara nyanyian. Mungkin track ini nk dijadikan airplay untuk promosi melalui corong2 radio zaman awal 90an dulu.

Secara keseluruhan Catastrophe (EP1998) ini membuktikan Malaysia turut mempunyai all girls band yang mampu memainkan alat music sendiri, menghangatkan pentas2 gig dan menghasilkan album. Penciptaan lagu dan lirik didominasi oleh Nora (vocal/gitar) dan Rina (drums/vocal). 2002 adalah tahun yang tak berapa best sebab Intoxicated telah dibubarkan namun nama Intoxicated tetap terpahat dalam sejarah music tanahair sebagai antara all girls band Malaysia. Gua xpasti adakah mereka pioneer atau tidak atau ada lebih awal all girls band sebelum mereka. Hah tiba2 gua teringat all girls band dari Singapore.. Psycho Sonique.. maybe nnti ada masa gua review sikit pasal Psycho Sonique pulak..

5 thoughts on “Intoxicated – Catastrophe! (EP 1998)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected