Interview – Recidivist – Pure Death Metal Dari Utara

0

Recidivist merupakan sebuah band yang menjadikan Death Metal sebagai haluan music mereka. Telah berusia melebihi 10 tahun, meriliskan beberapa material dan terkini tampak agak giat kembali dipersada music berat tempatan. Pihak DtE berkesempatan menemubual Recidivist berkenaan beberapa perkembangan terdahulu, kini dan masa hadapan Recidivist untuk perkongsian pembaca. Ok, ayuh bersama luangkan sedikit masa mengenali Recidivist.

 
1 – Assalamualaikum dan apa khabar? Boleh kami tahu siapa yang bertanggungjawap dalam sesi soaljawap ini?
Salam….Warmachine-vox, guitar

2 – Recidivist telah wujud sekitar tahun 2000, bermakna usia Recidivist sekarang sudah menjengah 13 tahun. Adakah Recidivist merasa dalam tempoh tersebut Recidivist telah mencapai target penubuhan band ini?
Yap hujung tahun 2000. Target..heee… Sebenarnya target tu cuma ingin berkarya + minat mendalam pd sound berat…bukan semata2 nak cr glam….hobi suka2…dan naik kan scene local.

3 – Pertukaran line up yang kerap. Adakah ini mengganggu pergerakkan Recidivist sebagai sebuah band?
Lineup ni berlaku disebabkan perkerjaan Warmachine sbg construction engineer. Site projek yg berubah tempat. Lineup lama masih ada dan masih berhubung.


4 – Line up terkini Recidivist?
Lineup terkini adalah datang drpd pemuzik yg berbakat. Semuanya tinggal di Sg Petani Kedah.

5 – Adakah line up terkini Recidivist turut terlibat didalam mana2 band lain?
Tiada. kami semua org kampung yg suka berkarya.

6 – Membawakan genre Death Metal, boleh klasifikasikan secara detail dimana kedudukan sebenar music Recidivist? Adakah music Recidivist berada didalam katogeri Old School Death Metal?
Kami cuba pelbagaikan jenis muzik tetapi tak lari dari konsep deathmetal. Kami cuba elak dari mengklon 200% daripada mana2 band di dunia ni…heeee…seni itu karya…(kena cr sendiri)

7 – Boleh nyatakan band2 lama tempatan yang membawa konsep Death Metal yang menjadi inspirasi kewujudan Recidivist?
UNDEAD dari Perak.

8 – Band2 (tempatan dan luar negara) yang membawa pengaruh besar kepada penghasilan lagu2 Recidivist?
Tempatan – kesemua band. Luar negara – Warparth (German)

9 – Bagaimana penulisan lagu2 Recidivist dilakukan? Siapa mastermind dalam penulisan lagu2 Recidivist?
Lagu2 dihasilkan secara spontan didalam studio….. Penulisan adalah melibatkan semua lineup.

10 – Jika pada awal penubuhan lirik2 Recidivist lebih menjurus kearah kesan2 peperangan, terkini apakah topik2 atau tema kepada penulisan lirik lagu2 terbaru Recidivist?
Dari segi perang?…hahahaha. rasanya Global Issued… banyak menceritakan tentang world wide chaos. Yang terkini banyak tertumpu pada Human Right issued.

11 – Menghasilkan 2 buah demo/EP dan terbaru bersama Angka Kematian Production, Prefabric Machine telah menemui pendengar setelah sekian lama Recidivist seakan berada dalam status hibernate.. Boleh ceritakan serba sedikit apa yang ada didalam album ini untuk memastikan peminat2 irama death Metal perlu memiliki album ini?
Sebenarnya kami ada mengeluarkan 1st Persistence Offender CD dan tape. 2nd Peaceful of Doom CD. 3rd Prefabricated Machine single. 4th Prefabricated Machine (under AKP).  Yang terkini ialah Poser Mutation CD dan tape. Apa yg terkandung dlm Prefabricated Machine ialah cerita2 tentang kesan2 yg manusia telah lakukan di dunia ni… Rekoding lagu2 ini dibuat di studio ISEEKMUSIC Mohktar

12 – Track berbahasa Melayu pertama ciptaan Recidivist didalam Prefabric Machine bertajuk Suckka yang sebenarnya membawa maksud “Saka”. Boleh ceritakan bagaimana terlintas menghasilkan lagu dan lirik berbahasa Melayu sebegini?
Suckka…hahahahaha… ni pasal cerita kesan manusia yg rakus… membela jin, setan utk memuaskan nafsu…. ni tak perlu… kita kena pegang pd fahaman kita iaitu Allah

13 – Diberitakan baru2 ini Recidivist telah melangkah ke studio untuk rakaman album penuh. Boleh ceritakan serba sedikit berkenaan rakaman tersebut?
Hahahaaa… sedang mixing… I-allah

14 – Boleh nyatakan equipment2 yang digunakan oleh setiap line up Recidivist untuk persembahan pentas dan juga rakaman? Dan kenapa memilih Washburn untuk jenama gitar?
Hahahaha… Washburn ni ada sound tersendiri. Dan sesuai utk mencari sound baru kot… heeeee… Bassist pakai ibanez 4 string.

15 – Selain melangkah ke studio untuk rakaman album penuh, Recidivist turut terlibat didalam satu kompilasi keluaran Grundar Production bertajuk “A Blasting Of Malaysian Death & Grind Companion” yang menampilkan 21 buah band. Kenapa track bertajuk Lead To Destruct kedengaran tamat secara tiba2? Mungkin ada penjelasan kenapa ia berlaku sedemikian?
Hahahahaa…. entah lah… mungkin ada sedikit kesilapan masa mastring kot…. tp lagu tu akan di rilis semula (sound yg baru) nanti….

16 – Beberapa buah band baru bergenre Death Metal yang punya kualiti seperti Humiliation, Blood Legion, Killer Corpse, Necromation kelihatan agak berjaya dengan pergerakan yang semakin maju. Adakah saingan sebegini boleh meningkatkan lagi usaha Recidivist dalam memperjuangkan irama Death Metal dalam kancah music bawahtanah Malaysia amnya?
Hahahahaa….sebenarnya Malaysia ni punyai talented band…cuma segan or kemut bila nak rekod profesional sound….heeee… entah lah… bagi kami buat setakat yg mampu. Terpulang lah pada pendengar…ada yg minat…dan ada pulak yg marah akan kami…heeeeee…biasalah semangat melayu

17 – Dilihat Recidivist agak kurang melakukan persembahan pentas. Kenapa keadaan ini berlaku?
Sebenarnya kami ada mendapat byk undangan baru2 nih… tetapi kesempitan masa pd kerjaya masing2…. kami juga ada mendapat tawaran membuat tour di Indonesia… tetapi terpaksa KIV dulu…heeeee….ada rezeki…ada lahhhhh.

18 – Soalan yang agak berat.. Dilihat beberapa individu seakan kurang senang dengan cara promosi penjualan stuff2 Recidivist. Apa komen Recidivist berkenaan perkara ini?
Hahahaha… bg kami ia adalah simple n mudah… kalu tak suka tolong UNFRIEND

19 – Dilihat juga Recidivist semakin rancak mengeluarkan merchandise2 seperti t-shirt, patches dan batch. Kenapa memilih menghasilkan pelbagai merchandise dalam kadar yang kerap?
Sebab kami mendapat tawaran yg murah utk penghasilan barang2 tersebut.heeeeee. dan kami jual nya dgn harga yg cukup murah dan ia cepat habis….lalu kami keluarkan yg lain pula….perlu diingatkn…kalu kita Kapitalis…lambat laun org lain akn tahu dan ia akn menjejaskan perniagaan tersebut…bg mereka yg kurang gemar jualan murah kami…tolong UNFRIEND RECIDIVIST.

20 – Disamping mengeluarkan merchandise, Recidivist juga dilihat merilis semula material2 awal yang boleh dikira sold-out. Mengapa Recidivist mengambil langkah merilis semula material awal tersebut?
Hahaha…. untuk memperkenalkan semula pd mereka yg belom mengenali…. harga jualan cukup murah. jangan risau.

21 – Pernahkah Recidivist mendapat undangan persembahan pentas luar dari Malaysia?
Ada. Tp terpaksa dipertimbangkan.

22 – Terkini Recidivist dilihat kembali ke uatara tanahair iaitu di Kedah setelah bermula di Shah Alam Selangor pada tahun 2000. Boleh ceritakan perkembangan scene di uatara tanahair masakini?
Dikedah ni… mcm biasalah… byk padi yg tumbuh menghijau…. hahahahaaa…. no komen….kami ni hanya berkarya… bukan nak cr glam… tu yg susah nak tahu perkembang tu…heeee..maaf…nti kn komen ada pula soalan berat..heeee

23 – Harapan Recidivist terhadap perkembangan music dan scene Death Metal tempatan?
Band Malaysia banyak yg bagus2. mainan kemas… cuma bila nak recording pakat kemut duit dan 1 lagi nak main gig jee. kalu boleh bagi balance. label luar sedang memerhati band malaysia… sekarang dh byk studio murah…. jgn takut utk recording pro…

24 – Kata2 terakhir Recidivist kepada pembaca2 sesi soaljawap ini?
Jangan sesekali taasub ngn muzik…. Life is still life.be cool.. kalu terlalu tumpu…. menyebabkan timbul sifat iri hati dan budaya kencing melayang kat bangsa sendiri… Jangan lupa pada pegangan agama.. Ok itu sahaja.. terima kasih..

Untuk sebarang pembelian material2 Recidivist sila berhubung secara terus ke laman facebook Recidivist dibawah preview video dibawah ini

Recidivist – Prefabric Machine (preview)

Email
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected