Interview : Neftaraka – Kegelapan tahap maksima!

2

Abu kemeyan punya penangan bikin mamat metal troo bengang dan fuck sama DtE. Itu penulis undangan kami punya luahan. Gua Contramen dan A is for Anomaly x amik port langsung sebab isi DtE tak lari dari music. Ok, ini ada satu intebiu sama band Black Metal tempatan yang sound mereka x bleh lari dari perkataan RAW. nah x payah melalut, hanya di DtE.. sesi temubual bersama Neftaraka

1. Bagaimana lahir rasa untuk menghidupkan semula Neftaraka setelah menyepi dengan penghasilan demo bertajuk A.W.BM pada 1997 dan muncul semula pada 2006 dengan beberapa split album dan demo?

Ianya seperti satu ketagihan bila anda sudah mempunyai band yang lengkap tetapi tiada masa atau peluang untuk bersama. Jadi ada masanya rasa rindu untuk bersama band semula adalah terlalu kuat. Jadi atas dasar itu lah kami muncul semula walaupun tidak mempunyai anggota kumpulan yang lengkap ( Silblyss & Lord meninggalkan Neftaraka selepas demo AWBM). Secara kebetulan aku bertemu semula dengan gitarist asal Mr. Dark Buruj dan kami sepakat untuk menghidupkan kembali Neftaraka pada 2006. Pada awalnya hanya kami berdua sahaja survive dalam band. Nak  cari line-up yang sekepala dan menjiwai influence kami amat la payah. Jenuh dah merekrut kawan2 tapi tidak kesampaian. Hinggalah kami bertemu dengan sahabat lama, Mr. Izfarator dan setelah beberapa sesi perbincangan dan latihan, Izfarator bersetuju untuk bersama Neftaraka sebagai sessionist di posisi drum. Dan dengan ada nya line-up ini Neftaraka mula bernafas kembali dan hasilnya kami merakam & compose beberapa lagu baru juga lagu-lagu lama yang terperap, direkodkan kembali dengan menggunakan nyawa Neftaraka ketika itu..Sony Walkman Recorder haha. Pure fucking harsh!

2. Boleh nyatakan line up terkini Neftaraka?

Silbyss – guitars/bass, Xxxull – guitar/vox & Unknown H – Drums.

3. Eternal Harsh (klik sini untuk baca review album ini) merupakan album penuh pertama Neftaraka. Boleh ceritakan secara terperinci bagaimana penghasilan album ini dilakukan? (kalau dengar betul2 macam guna banyak studio dan sound production pun agak berlainan mengikut lagu)

Album ini pada awalnya tidak dirancang sama sekali. Kami cuma buat lagu, rekod dan simpan. Proses rakaman album dibuat di studio yang sama (Necro X Studio) cuma mood & feel kami berlainan pada setiap tracks. Itu yang kamu boleh dengar ada perbezaan dari segi sound di setiap tracks. Entah kenapa kami rasa tidak selesa kalau di arrange kan pada satu sound sahaja. Ianya rasa macam dikongkong. So, apa yang kami rasa, alami disekeliling diabadikan dalam setiap lagu yang ada dalam album tersebut. Ada macam-macam cerita disebalik pembikinan album ini, tetapi biarlah rahsia haha. Zizi Amri dari Apocalypse Venomous Records adalah individu yang bertanggungjawab merealisasi kan impian kami untuk melahirkan album pertama dalam format tapes. Memang misi asal kami adalah full length dalam format tapes. Kalau tak salah aku, semua nya dirancang selepas gigs Live Possessed di Kuala Lumpur dimana kami menjadi supporting bands untuk legendary Rator.

4. Neftaraka banyak terlibat dengan penghasilan split album bersama band2 luar Negara. Bagaimana deal atau pembahagian profit hasil jualan album2 tersebut bersama label2 luar negara?

Semua rilisan tersebut adalah atas dasar kawan2. Kami kira macam gamble jugak lah spread promo tracks yang raw tu pada kawan2 luar. Dan mereka menghargainya walaupun kalau diikutkan dari segi kualiti bunyi memang hancur. Tapi itulah Neftaraka, dan itu lah muzik & cara kami secara total. So, mereka dapat menerima malah ada yang sanggup beli balik  walkman or tapes recorder untuk dapatkan sound macam kami haha. Deal kami dengan mereka mudah. Dapat copy untuk simpanan kami dah memadai. Kita bukan band besar nak deal royalti ke apa. Only non-profit can be trusted!

5. Kebanyakkan demo, EP, split dan album Neftaraka dihasilkan dalam kuantiti yang limited. Mengapa ia nya dihasilkan dalam kuantiti sedemikian?

Kami rasa dengan kuantiti sebegitu sudah memadai untuk memperkenal or mempersembahkan karya kami di seluruh pelusuk alam. Kami tidak berhasrat untuk  keluarkan dalam kuantiti besar. Ianya adalah untuk mereka-mereka yang menghargai perjuangan Neftaraka, muzik Neftaraka.

6. Apa pandangan Neftaraka berkenaan perubahan arah musical Darkthrone dari Black Metal kepada Heavy Metal Crusty Punk?

Mungkin faktor usia dan minat diaorang. Tetapi memang dari dulu lagi Fenriz & Nocturno Culto nak main rentak sebegini. Minat mereka mendalam pada sound2 80’an. Fuckin pure analog worshipper! Mungkin ini adalah influence mereka dan hanya di realisasi kan dalam era baru ini. Ada yang tidak bersetuju dengan perubahan ini, tapi kami tak kisah dan kami faham kenapa mereka berbuat demikian. Ianya adalah ibarat satu kenikmatan dalam berkarya pada usianya..bukan Darkthrone sahaja malah hampir kesemua band2 godz  satu ketika dahulu sudah berubah.

7. Pandangan Neftaraka berkenaan band2 luar negara yang pada beralih dari genre asal kepada genre Black Metal (symphonic dan sebagainya) seperti Abigail William dan Fleshgod Apocalypse?
Kadangkala ianya rasa macam trendy, or mencari market. Bagi aku secara peribadi, memang tak pernah langsung dengar material2 band sebegini walaupun kita tahu kualiti or kemampuan diaorang menghasilkan muzik yang hebat. Tetapi dalam konteks sebaliknya, kamu umpama mengkhianati band kamu sendiri. Sekarang pun sudah banyak bands yang tiada originaliti muncul merata-rata. Itu belum lagi yang menyongsangkan elemen Black Metal dgn tambah itu ini. Ianya boleh dikatakan pembaharuan dalam genre itu tapi bagi kami ianya seperti satu pengkhianatan. Fuck!

8. Band2 baru Raw Black Metal tempatan yang perlu diberi perhatian pada mata Neftaraka?

Yea, banyak band2 yang muncul sekarang dan ianya bagi kami  adalah penyambung legasi yang akan datang.  Kami pun tak tahu setakat mana mampu bertahan. Masih ada yang still minat atau menjiwai keistimewaan disebalik istilah “RAW”. Banyak band2 baru yang aku rasa perlu diteruskan seperti Black Abyss, Claw, Navathros, Santau, Ajal etc. Banyak juga yang kami tidak berkesempatan nak explore tapi kami percaya mereka menghasilkan karya yang bagus dan datang dari diri sendiri. Dan jaga lah band elok2..jangan sekerat jalan.

9. Bazzah, Rator dan Nebiras. Pandangan Neftaraka berkenaan ketiga2 band yang merupakan antara penggerak terawal Black Metal tempatan?

Mereka adalah pencetus evolusi legasi Black Metal tempatan. Kami memang teruja bila pertama kali dengar demo Bazzah ‘Necromancy’, Rator dengan ‘Evil Symphony’ nya dan Nebiras dengan demo selepas era Necrofist dan jugak Vulga dengan sound & penyampaian yang unik ketika itu. Mereka adalah influence kami dari scene tempatan. Ianya seperti disease yang merebak ketika itu. Mana-mana port kami pergi pasti akan ada yang tengah melayan material2 mereka. Diharapkan mereka dapat kembali dalam scene dengan material baru yang still pada konsep yang lama. Ianya masterpiece!

10. Apa pandangan Neftaraka berkenaan perkataan “TRUE” yang diangkat menjadi jalan hidup bagi pendengar mahupun pemuzik Black Metal?

Hah..true? true or not? Bla bla..dari dulu lagi kami dok dengar perkataan ni haha. Ada lagi yang pakai ye? Kesian. Apa yang true nya?Apa yang kamu kaitkan ‘true’ dengan kehidupan kamu? Sampai bila? Kehidupan kamu dah memang “true”. Tanah jugak adalah “TRUE” sebenar kamu. Berjumpa la disana haha. Fuck!

11. Bagaimana usaha Neftaraka untuk membuka mata awam yang menganggap pendengar dan pemuzik Black Metal itu rosak akhlak, tidak beragama dan mengamalkan kehidupan tidak bermoral?

Black Metal tidak patut disanjung atau dijaja untuk mengambil hati orang,masyarakat. Minda mereka cetek dan sudah cukup dibekalkan dengan ceritera dongeng & fantasi orang lain tanpa mengetahui selok belok yang sebenar. Sekarang ni apa yang kamu buat walaupun kamu pakai baju melayu sekali pun main Black Metal mereka kata ini adalah “ Black Metal”..sesat larat, rosak binasa etc. Ianya adalah sifat semula jadi yang ada pada manusia-manusia di MALAYSIA! Kamu tahu apa yang kamu lakukan dan teruskan tanpa pedulikan mereka berkata songsang. Fuck the rest!

12. Adakah boleh dikatakan “TREND” apabila secara tiba2 banyak band2 baru menubuhkan band2 yang berkiblatkan music2 lama seperti heavy metal kangkang dan tidak terlepas juga ada band2 baru yang membawa irama Raw dan Orthodox Black Metal?

Jika itu adalah minat mereka yang mendalam, passion mereka dalam berkarya..teruskan tanpa mengikut orang lain atau pun apa2 unsur yang boleh menjahanamkan band kamu. Nak kata trend tu tak pasti, tapi jika ianya dilahirkan untuk meneruskan legasi sesuatu genre tanpa memperjudikannya..ianya adalah bagus.

Neftaraka – MORTS (2012)

13. Boleh ceritakan isi kandungan MORTS yang menjadi album penuh kedua Neftaraka?

Morts adalah album penuh kedua kami selepas Eternal Harsh. Ada 8 lagu dalam album ini dan ekprestasi dalam album ini agak berbeza dengan album pertama. Hampir kesemua lagu dalam Morts adalah karya terbaru yang dihasilkan sepanjang tahun 2011. Eldritch Lunar Miasma Records (UK) telah mengeluarkan album ini dalam format tapes dan CD dalam kuantiti yang terhad sahaja. Dapatkan copy anda sekarang.

14. Dimana, siapa dan bagaimana rakaman MORTS dilakukan?

Proses rakaman dibuat di studio kami sendiri (NECRO X) dan dibantu oleh sound engineer kami yang sudah serasi berkerja dengan kami iaitu Mr. Amergeddon.

15. Lirik yang dihasilkan Neftaraka lebih berkisar mengenai apa?

Kebanyakkan nya kami tujukan pada mereka yang tidak mengingati siapa diri mereka sendiri. Nak di huraikan terlalu sensitif. Biarkan kami sendiri yang tahu disebaliknya. Selain itu, elemen persekitaran yang kami lalui, lihat di depan mata juga menjadi sebahagian dari subjek lirikal kami. Tiada apa yang istimewa, cuma mistikal di jiwa kami sahaja.

16. Antara profesional sound production dan raw, yang mana menjadi pilihan Neftaraka?

Kami bersama sejak mula dengan konsep & cara penyampaian yang kasar, unpolished dengan erti lain “RAW”. Tidak dinafikan ada elemen perubahan dalam cara rakaman material Neftaraka selepas demo ‘Theme From The Unknown Winds”. Bermula dengan EP “Raw Ist Law” kami mula bereksperimentasi dengan alatan rakaman analog/digital dan ianya masih lagi kekal dalam elemen “Raw” dan ianya tidak akan berubah..eternally

17. Album pilihan terbaik Black Metal  untuk 2011?

Takde kot..yang terbaik sepanjang zaman bagi kami adalah material dari Abruptum, Mayhem, Lunar Aurora, Zorn, early Ulver, Varathron dan Darkthrone.

18. Terdapat juga one men band di seluruh dunia yang membawa music Raw Black Metal. Pandangan Neftaraka kerana band2 ini hanya menghasilkan studio album dan tidak merealisasikan lagu2 mereka secara live?

Kami pun pernah mereleasekan material dengan band2 sebegini. Bagi kami, sekarang semua orang boleh buat lagu. Dalam tandas pun still boleh compose lagu haha. Teknologi lead everything today. Sape nak nafikan? So, dalam konteks ni, idea dan kreativiti individu tu sendiri memainkan peranan penting untuk menghasilkan material yang bagus walaupun menggunakan teknologi terbaru ini. Kat Malaysia pun ada yang one man band yang bagus seperti Deep, Filsufatia..tapi still banyak yang tak expose lagi tu. Aku percaya banyak lagi.. ke kami yang ketinggalan? Haha


19. Pendapat Neftaraka berkenaan kemunculan semula Varg Vikernes bersama dua album Belus dan Fallen?

Bak kata kami tadi..passion seseorang terhadap minat dia tidak dapat dihalang. So, sama lah dengan mamat ni. Kat dalam pun dia still boleh release macam2 material yang boleh dikatakan bagus bagi mereka yang menghayatinya. Kemunculan Burzum dengan dua album terbaru setakat ini adalah merupakan satu langkah yang kami salute untuk dia meneruskan legasi band nya. Ianya ibarat darah daging..teruskan sampai mana ianya berhenti. Mungkin ada yang tidak bersetuju tapi biarlah apa orang nak kata. Burzum still dengan attitude yang sama. Lain lah kalau Burzum sekarang main pop yeh yeh. Itu baru lah boleh dipertikaikan kemampuan Varg.


20. Jika Neftaraka diberi peluang menjayakan konsert besar dan mainstream seperti Rock The World, adakah Neftaraka akan menyertainya?

Tidak!

21. Perancangan terkini Neftaraka? Mungkin dalam proses menghasilkan split album mungkin? Atau ada merch terbaru bakal menemui peminat?

Sekarang selain baru mereleasekan “Morts”, kami juga sedang menunggu release date untuk split kami bersama KVESTE (France) yang akan direleasekan oleh Humanity’s Plaque Production dari Usa. Ianya akan release hujung bulan ini.

22. Kata2 terakhir Neftaraka kepada pembaca2 yang membaca sesi temubual ini.

666 Megaton hail Dissecting the Euphony diatas kesudian korang. Teruskan legasi ini. Gunakan akal bukannya mulut. Death to all !! Self Destruct…Kill Yourself!

Ok, amacam? jangan lupa dapatkan limited copies album kedua dari Neftaraka berjudul MORTS. camana nak dapat? ada url Eastern Myth Record.

Neftaraka – Too Old Too Cold (Darkthrone Cover)
 Dipetik dari album pertama Eternal Harsh (2010)

2 thoughts on “Interview : Neftaraka – Kegelapan tahap maksima!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected