Interview : Humiliation – Pejuang Old Skool Death Metal
Berpaksikan irama Old Skool Death Metal, mereka muncul dengan beberapa rilisan yang seakan tidak putus untuk setiap tahun. Humiliation, sebuah band yang bermastautin di Kuala Lumpur nampaknya bukan sebuah band omongan kosong. Ini kerana selama kewujudan mereka yang masih lagi baru, mereka telah menghidangkan sebuah EP, 3 buah album penuh dan sebuah 7″ (piring hitam) serta official tee bagi setiap album. Bukan setakat apa yang terakam dalam beberapa format audio, Humiliation juga telah menggegarkan beberapa negara luar seperti Thailand, Singapura dan juga Japan. Pihak DtE berkesempatan menemuramah band ini dimana soalan2 di jawap oleh vocalist mereka iaitu Bear Bee. Ok, ayuh luangkan masa seketika membaca sesi temubual bersama Humiliation exclusive dari kami DtE.
1 – Assalamualaikum dan salam suai kenal dari kami Dissecting The Euphony. Terbaru berlaku sedikit perubahan pada line up Humiliation untuk album terbaru From Strength To Strength. Soalan kami adakah pemilihan line up Humiliation menitikberatkan pada individu yang punya pengamatan pada irama Old Skool Death Metal atau Humiliation tetap menerima sebarang individu yang punya berlainan latarbelakang music untuk diterapkan kedalam line up Humiliation?
Waalaikumsalam dan salam death metal dari Humiliation. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menemuramah kami. Seperti yang pihak editor sedia maklum, kami mengalami beberapa perubahan sebelum penghasilan album From Strength To Strength. Kami hanya mementingkan persefahaman adalah tunjang utama sesebuah band. Jika tiada persefahaman, sukar untuk kami bergerak. Sememangnya mempunyai minat terhadap muzik yang sama juga memainkan peranan untuk menghasilkan lagu-lagu yang senonim dengan irama yang kami bawakan.
2 – Bagaimana sebenarnya permulaan band ini tertubuh? Adakah kerana rasa perlunya wujud sebuah band bergenre sebegini di Malaysia atau memang naluri beberapa kenalan yang punya minat yang sama yang mencetus tertubuhnya Humiliation?
Minat dan kami mempunyai masa terluang yang perlu diisikan dengan sesuatu yang boleh dijadikan memori. Kami tidak pernah terfikir yang kami perlu mewujudkan band death metal sebegini disebabkan tiada band yang membawa irama yang sama. Kami ingin menghasilkan sesuatu yang berterusan dan tidak membebankan kami. Kami sependapat muzik yang kami pilih adalah sesuai dengan keupayaan kami.
3 – Jika dilihat Humiliation merupakan band baru yang begitu produktif menghasilkan product dalam tempoh masa yang singkat. Apakah sebenarnya target atau goal Humiliation dalam aspek penghasilan album sekerap ini?
Kami ingin terus berkarya. Kami telah membuang sifat mudah berpuas hati dengan apa yang ada. Kami berusaha untuk menjadi lain daripada yang lain di sekeliling kami. kami ingin menjadikan Sodom dan Cannibal Corpse sebagai rujukan kami. Mereka sentiasa menghasilkan album walhal mereka telah dikenali di serata dunia.Hanya cara ini untuk kami terus maju ke hadapan.Tiada jalan mudah untuk terus maju kecuali sentiasa berusaha dan produktif
4 – Adakah Humiliation terdiri dari profesional musician atau hanya pemuzik amatur?
Kami hanya pendengar music death metal yang bermain muzik berasaskan minat. Kami sememangnya pemuzik amatur.
5 – Adakah line up band ini masih terikat dengan band2 lain? Juga adakah keutamaan pada Humiliation atau sebaliknya?
Hanya Matt sahaja mempunyai band selain Humiliation iaitu Killer Corpse (death metal dan anda patut mendengarnya). Keutamaan diletakkan pada Humiliation tetapi kami sentiasa bersikap terbuka jika ada permasalahan tentang keutamaan.
6 – Bagaimana penerimaan crowd juga pendengar di Japan apabila Humiliation melakukan tour disana memandangkan diketahui umum Japan merupakan negara yang gilakan Power Metal.
Kami ingin pihak editor bayangkan apa yang kami alami semasa di Jepun. semua CD sebanyak 100 keping, 7″ sebanyak 10 keping dan t-shirt 70 helai yang kami bawa ke Jepun telah sold out. untuk gig terakhir, semua stuffs Humiliation telah sold out sebelum show bermula.Kami mengukur penerimaan crowd berdasarkan jualan stuff kami. Jika jualan memberangsangkan, kami rasa muzik kami dapat diterima oleh crowd yang hadir.
7 – Siapa yang bertanggungjawap dalam urusan berhubung dengan organizer gig di luar dari Malaysia?
Untuk Japan tour tahun lepas, Ajak Ultra Hingax yang mengatur segala perancangan. Untuk Singapura dan Bangkok, pihak penganjur berhubung secara langsung dengan kami.
8 – Di Malaysia ini terutama untuk irama Old Skool Death Metal, band apakah yang dirasa boleh menjadi saingan kepada Humiliation?
Kami tidak mencari saingan di dalam negara sendiri. kami buat apa yang kami mampu, jauh sekali untuk bersaing dengan band-band yang telah wujud di Malaysia. Apa yang kami lakukan hanya untuk memartabatkan muzik metal Malaysia di persada antarabangsa.
9 – Pandangan Humiliation berkenaan masa depan irama Old Skool Death Metal di Malaysia?
Kita mempunyai populasi metal yang kecil. Muzik metal sekarang kurang mendapat sambutan dari golongan remaja. kebanyakan remaja mencari muzik yang popular masa kini seperti metalcore dan kami merasakan “scene” mereka lebih besar dari “scene” metal di Malaysia. Secara tidak langsung, irama old school death metal tidak mendapat tempat dalam golongan remaja di Malaysia. Hanya segelintir sahaja yang berada dalam “scene” metal.
10 – From Strength To Strength menemui pasaran kira-kira 5 ke 6 bulan selepas Seek To Survive pada penghujung 2011. Adakah merupakan lagu2 terbaru atau ianya dirakam ketika rakaman Seek To Survive dijalankan?
From Strength To Strength direkodkan pada tahun 2012 manakala Seek To Survive direkodkan pada tahun 2011. From Strength To Strength adalah lagu-lagu yang baru kami hasilkan selepas keluarnya album Seek To Survive.
11 – Jika Seek To Survive mempertaruhkan Pasir Panjang Ridge dan yang terbaru Bukit Kepong pula didalam From Strength To Strength, adakah ini petanda penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya akan dicuba untuk album akan datang?
Kedua-dua lagu yang disebut adalah lirik dalam bahasa inggeris sepenuhnya. Cuma tajuk sahaja yang menunjukkan lokasi di mana peristiwa diolah dalam bentuk muzik death metal. Kami tidak pernah terfikir untuk menghasilkan sesuatu dalam bahasa Melayu. Masih tiada ketetapan dalam perancangan kami untuk menggunakan bahasa Melayu pada masa akan datang
12 – Music bawaan Humiliation lebih mirip kepada Bolt Thrower, Obituary dan Benediction. Bagaimana Humiliation cuba untuk lari atau formula untuk membezakan music Humiliation dari 3 band yang disebut tadi?
Secara jujur, kami tidak akan lari dari pengaruh-pengaruh yang disebut di atas. kami tetap akan memacu muzik kami berteraskan band Bolt Thrower. Kami akan memastikan muzik kami adalah death metal tempo pertengahan dari Malaysia.
13 – Adakah Hotsound Studio bakal menjadi studio rasmi Humiliation untuk rakaman2 akan datang?
Kami tiada ketetapan untuk jadikan Hotsound Studio sebagai studio rasmi kami melainkan mereka menjadi sponsor untuk kami.
14 – Proses mastering di lakukan di USA. Bagaimana Humiliation berhubung sehingga proses mastering dapat di lakukan di sana? Siapa yang bertanggungjawap dan bagaimana bayaran atau deal yang dikenakan oleh mereka?
Kami berhubung melalui email dan Zahid yang mencadangkan supaya kami mencuba untuk melakukan kerja-kerja mastering di USA. Cas yang dikenakan hanya lingkungan USD400 untuk satu album penuh dan cara bayaran melalui paypal.
15 – Beberapa band berbagai genre tanahair seperti Second Combat, Tool of the Trade telah dan akan mengadakan tour Eropah. Adakah usaha Humiliation kearah itu?
Semua band ingin mengadakan tour, begitu juga kami. Tetapi kami ingin memastikan bahawa kami mesti mempunyai album yang mencukupi sebelum berkeinginan untuk mengadakan tour.
16 – Sepanjang penghasilan EP dan album, Humiliation telah bernaung di bawah dua buah label iaitu Nebiula dan Ultra Hingaq. Apa perbezaan kedua2 label ini keatas pengurusan band Humiliation itu sendiri?
Ultra Hingax lebih mempunyai masa untuk kami berbanding Nebiula. Ini kerana Nebiula sibuk dengan band Sil Khannaz dan pengurusan kedai metal mereka di Campbell Kompleks. Ajak dari Ultra Hingax mempunayi masa untuk kami. Disebabkan ini kami beralih dari Nebiula kepada Ultra Hingax.
17 – Jika dilamar label besar seperti Nuclear Blast, Metal Blade, Earache mahupun Roadrunner Records, adakah Humiliation bersedia mengambil peluang ini untuk menjadi resident artist mereka?
Mengapa tidak? Untuk berjaya, kita perlu bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman.
18 – Ada kemungkinankah irama Old Skool Death Metal ini akan menjadi trend contohnya kewujudan band2 baru yang baru berani muncul setelah irama sebegini tetiba mendapat sambutan ramai?
Secara amnya,kita lihat ini adalah trend, tetapi sebenarnya,ini dikatakan ketepuan dalam menghasilkan muzik. Semua jenis muzik telah wujud dan semua mempunyai peminat tersendiri.
19 – Boleh ceritakan kekerapan latihan jamming yang dipraktiskan oleh Humiliation memandangkan jumlah track yang terakam Humiliation untuk setiap album melebihi 10 lagu?
Kami tiada jadual untuk berlatih. Hanya jika ada jemputan gig atau jika ada rancangan untuk merakam lagu, barulah kami berkumpul. Setiap kali berlatih, kami meluangkan masa selama 2 jam.
20 – Equipment dan gear2 yang digunakan setiap line up Humiliation?
Gitar 1 : Marshall JMP-1 pre amp , Marshall EL34 100/100 power amp, KORG DTR1000 tuner, Samson Powerbrite PB10 power distributor, Line 6 G90 Relay wireless.
Gitar 2 : Digitech GSP1101 pre amp / processor , Samson Powerbrite PB 10 power distributor, Line 6 G90 Relay Wireless.
Bass : Trace Elliot AH350 bass amp, Digitech BP355
Drum : Pearl snare, Gibraltar / DW9000 twin pedal, Meinl / Sabian / Zildjian cymbals.
21 – Humiliation telah melakukan tour di Japan dan juga telah bermain di Singapura. Apa yang dapat dipelajari Humiliation ketika beraksi bersama band2 diluar sana?
Hormati masa yang telah disetujui, jangan memainkan lagu cover,mempunyai material yang mencukupi, bersikap rendah diri, memberikan yang terbaik semasa di pentas.
22 – Gig terbaek pernah di sertai oleh Humiliation?
Bagi kami tiada yang terbaik, semua show kami ada pro dan kontra. kami perlu memperbaiki lagi mutu persembahan kami.
23 – Perkembangan terkini Humiliation? Adakah dalam proses penulisan lagu2 baru atau bakal menghadiri mana2 tour pula selepas ini?
Sekarang kami dalam proses hibernasi. Kami sebolehnya tidak mahu membincangkan masa depan Humiliation kerana apa-apa boleh terjadi seperti yang dirancang atau sebaliknya. Seeloknya tunggu sahaja kemaskini dari kami melalui laman sesawang kami www.humiliation.my
24 – Kata2 terakhir Humiliation kepada pembaca2 sesi temubual ini?
Terima kasih kerana sudi membaca temuramah ini. kami amat hargai sokongan dari anda semua. Kami akan terus berkarya!!!
Ok bagaimana? Sebelum kami pihak DtE menamatkan entry ini ada baiknya kami sertakan bersama link 2 buah review yang telah kami lakukan untuk 2 buah album mereka iaitu Dawn Of Warfare (2010 – album pertama) dan Seek To Survive (2011 – album kedua).
Kenali Humiliation melalui laman web rasmi mereka di bawah preview video ini.
Perghhh aku suka jawapan pada soalan no. 8 tu
aku suka jawapan no 21.. "jangan main lagu cover.."