Interview : Delusi – Definisi Ambient dan Irama Depressive
Delusi, pertama kali gua mendengar nya melalui youtube. kemudian melalui sebuah split CD yang melibatkan 3 buah band. Kemudian melalui sedikit hubungan melalui email, DtE telah diberi beberapa material dalam bentuk fizikal untuk penilaian. Gua (Contramen) tidak memilih untuk membuat review terhadap setiap material yang diberikan (walaupun terpaksa mengambil sedikit masa untuk menghadam apa sebenarnya yang dilakukan oleh Delusi) sebaliknya gua beranggapan sesi temubual adalah lebih tepat untuk penambahan informasi kerana genre sebegini adalah jarang2 untuk diperdengarkan di Malaysia amnya (luar negara sebenarnya dah belambak music style ni..). Ok, bersama mastermind Delusi iaitu Jiwa, beberapa soalan telah diberikan dan para pembaca boleh mengenali apa itu Delusi, definisi Ambient, perjuangan dan penambahan pengetahuan berkenaan Ambient. Selamat membaca…
1 – Delusi, satu nama yang tiba2 muncul dengan membawa music yang dilabelkan sebagai ambient. Boleh perkenalkan siapa line up sebenar Delusi?
Delusi adalah sebuah projek solo. Diujudkan dan dilaksana secara sendirian oleh individu yang hanya mahu dikenali dengan nama Jiwa. Suatu ketika dahulu saya (Jiwa) pernah menganggotai sebuah kumpulan muzik Black Metal tetapi kini telah dibubarkan.
2 – Boleh ceritakan bagaimana terhasilnya Delusi?
Delusi terhasil atas dasar minat dan keinginan untuk berkarya melalui medium muzikal berbentuk Dark Ambient. Tambahan pula saya merasakan scene underground tempatan ketandusan muzik di bawah genre electronic dan experimental, jadi saya ingin tawarkan sesuatu yang berbeza untuk scene di negara ini.
3 – Kenapa dan bagaimana terdetik untuk Delusi membawa music ambient?
Ketika berada dalam band Black Metal dahulu, saya banyak menyelitkan elemen-elemen Dark Ambient melalui gubahan-gubahan berbentuk intro, outro dan interlude. Dengan minat mendalam serta kemahuan meneruskan karya-karya saya terdahulu dalam bentuk yang lebih jelas dan luas skopnya maka saya ujudkan Delusi sebagai sebuah projek solo untuk dikongsi bersama rakan-rakan dalam scene tempatan.
4 – Pengaruh2 yang menginspirasikan karya2 Delusi?
Secara muzikal saya merujuk kepada band/projek seperti Mozart, Burzum, Dead Can Dance, Mortiis, Lustmord, Raison d’être, Fata Morgana, Neptune Towers, Nox Arcana, Aghast dan seumpamanya. Secara spiritual, inspirasinya adalah misteri di sebalik 4 elemen alam, tanah, air, api dan angin serta sisi gelap manusiawi terutamanya perihal kemurungan, keterasingan dalam hidup dan mati.
5 – Mungkin anda boleh ceritakan sejarah music ambient di Malaysia ini?
Oh, ini satu soalan yang rasanya sukar untuk saya jawab dengan baik. Gerakan muzik Ambient di Malaysia ini sebenarnya amat jauh terpencil. Bagi yang benar-benar mengikuti perkembangan scene Ambient tempatan mungkin pernah suatu ketika dahulu mendengar nama-nama seperti Ablaze Eternal, Forest Kingdom, Animist, Ranting. Ketika ini, nama-nama yang mengamalkan Ambient secara langsung atau sekurang-kurangnya menyuntik elemen Ambient adalah seperti Ahmad Ra1m1, Sial, Maqâbir, Filsufatia, Lifelorn, LunaSea, Embracing The Void.
6 – Menerusi beberapa material yang telah dikeluarkan, apa sebenarnya yang Delusi mahu disampaikan?
Interpretasi lagu-lagu Delusi bergantung kepada emosi dan mood pendengar. Minda mereka boleh mengembara sejauh mana yang mereka mahu dengan iringan runut bunyi ciptaan Delusi. Bagi saya sendiri, tema dan mesej yang mahu disampaikan adalah pelbagai. Judul-judul lagu memberi maksudnya yang tersendiri. Delusi bercerita tentang misteri alam semesta, mengenai tanah, air, api dan angin. Ambient itu sendiri merujuk kepada persekitaran alam semulajadi ciptaan Tuhan. Delusi juga bercerita tentang sisi gelap manusia, kehidupan dan kematian, termasuklah kisah-kisah penderitaan, depresi dan pengasingan. Delusi itu kelam, suram dan muram.
7 – Apakah instrument yang digunakan Delusi dalam penghasilan lagu2?Secara jujur saya maklumkan Delusi tidak menggunakan sebarang instrumen realiti. Segalanya berasaskan komputer dan perisian-perisian antaranya FL Studio, Sound FX, Nero SoundTrax dan beberapa lagi yang saya mudah kendalikan. Saya akui saya bukan profesional. Karya Delusi sekadar karya-karya amatur. Melalui aplikasi perisian-perisian inilah Delusi menghasilkan bunyi-bunyian keyboards, synth, piano, loops, samples dan sebagainya.
8 – Kenapa beberapa material Delusi dikeluarkan dalam kuantiti yang begitu terhad?
Hmm, mungkin saya merasakan Delusi ini masih terlalu baru dan muzik Dark Ambient itu sendiri tidak luas sebarannya. Siapalah yang mahu mendengar karya-karya picisan sebegini. Saya lebih senang dan gembira mengeluarkan material dalam bentuk fizikal yang sedikit kuantitinya diberi percuma kepada rakan-rakan yang sudi dan berminat untuk menikmati Dark Ambient berbanding menyebarkannya secara free download.
9 – Pandangan dan reaksi mereka2 yang telah mendengar material2 dari Delusi?
Setakat ini saya menerima respon yang baik dan positif. Ada beberapa rakan dan kenalan di laman sosial yang telah menerima rilisan-rilisan dari Delusi dan mereka menyukainya. Ada juga yang memberikan teguran yang membina dan cadangan penambahbaikan. Segalanya akan saya ambilkira untuk kerja-kerja gubahan lagu akan datang. Menariknya Delusi diberi perhatian di Indonesia. Hasilnya dua rilisan berbentuk split akan dikeluarkan di bawah label-label negara tersebut tidak lama lagi.
10 – Rasanya material2 yang terakam adalah melalui penggunaan home studio. Boleh nyatakan perisian2 yang digunakan Delusi sepanjang proses rakaman?
Ya, benar. Segalanya berasaskan home studio. Sebagaimana saya maklumkan awal tadi, antara perisian yang digunapakai adalah FL Studio, Sound FX dan Nero SoundTrax.
11 – Siapa yang bertanggungjawap dalam proses mixing dan mastering lagu2 Delusi?
Saya sendiri (Jiwa) yang melakukan segala-galanya, penciptaan lagu, mixing dan juga mastering. Maaf seandainya hasil dan kualitinya sederhana. Saya amatur dalam bidang ini.
12 – Boleh senaraikan diskografi Delusi setakat ini?
Setakat ini (14 Oktober 2014):
– “Fatamorgana” Single CD-R
– “Manifestasi” Demo CD-R
– “Pengukir Nada dari Makam” Split CD-R (with: Sial & Ahmad Raimi)
– “Lara” Cassette EP
13 – Dalam pengamatan gua, Manifestasi (Demo 2014) seakan lebih kepada ingin menyampaikan sesuatu mesej yang mnggunakan bunyian2 seperti angin, gelombang dan sesuatu gerakan yang sukar dilihat agak merunsingkan. Apa sebenarnya yang ingin Delusi sampaikan melalui Demo tersebut?
“Manifestasi” secara kolektif dan konklusif berkisar tentang bumi dan manusia, hubungkait alam dan perasaan. Delusi sentiasa mahu menganjurkan muzik untuk bermeditasi, bermuhasabah tentang diri, semesta dan Tuhan juga.
14 – Kenapa memilih Dunkelheit dari Burzum sebagai lagu saduran didalam Fatamorgana (Single 2014)?
Sudah tentu Burzum adalah salah satu sumber inspirasi Delusi dan secara jujur ingin saya nyatakan Dunkelheit lebih mudah untuk dimainkan.
15 – Mungkin boleh menyatakan projek2 akan datang yang berada dalam rangka jadual Delusi?
Akan datang (yang telah confirmed):
– split bersama Saturn Form Essence (Ukraine)
– split bersama Winternight (Bandung) dan Roman Catholic Skulls (Jakarta)
– split bersama Moon Roe (Surabaya)
16 – Band2 tempatan yang membawa genre sebegini yang rasanya perlu di expose untuk pengetahuan umum?
Antara nama yang berada dalam rekomendasi saya adalah: Ahmad Ra1m1, Sial, Maqâbir, Filsufatia, Lifelorn, LunaSea, Embracing The Void.
17 – Adakah Delusi bersedia untuk pertunjukan pentas?
Oh, tidak. Delusi hanyalah sebuah studio-project. Dengan hanya sekadar bersendirian tambahan dengan rupabentuk muzik yang sebegini, saya rasakan Delusi tidak akan pernah bersedia untuk tampil di pertunjukan pentas.
18 – Harapan Delusi berkenaan music Ambient di Malaysia?
Saya hanya berharap Delusi diterima dengan baik walaupun hanya segelintir sahaja yang sudi mendengarnya. Kalaulah boleh, harapan saya muzik Ambient dipelajari oleh penggemar-penggemar muzik underground Malaysia (Ambient sebenarnya sangat rapat dengan muzik Black Metal), diselusuri dari segenap sudut dan mendapat tapak serta laluannya untuk mula berkembang.
19 – Kata2 terakhir Delusi kepada mereka yang membaca sesi temubual ini?
Sangat-sangat berterimakasih kepada Dissecting the Euphony di atas temubual ini. Ia adalah yang pertama buat Delusi yang pasti membantu pembaca mengenali Delusi. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan material Delusi silalah hubungi e-mel atau facebook Delusi. Hail dark Ambient arts! [Jiwa, 14.10.2014]
Ok itu serba sedikit temubual kami DtE bersama Delusi.. Diharap kepada pembaca yang belum mengenali band ini, boleh menghubungi mereka melalu link2 yang diberikan mungkin untuk pembelian fizikal copies atau sebarang urusan lain.. Terima Kasih..