Humiliation – Turbulence From The Deep (2013)

0

Setelah berusaha dengan menghasilkan album secara produktif untuk setiap tahun, nampaknya usaha Humiliation boleh dikatakan berjaya setelah berjaya mengikat kontrak bersama sebuah label dari USA iaitu Deepsend Records untuk penghasilan album keempat bertajuk Turbulence From The Deep. Tidak salah dan rasanya gua bukan nak memuji kerana usaha mejelajah Eropah juga berjaya membuatkan Humiliation mula dikenali seluruh dunia sebagai antara pendukung irama Death Metal berskala mid tempo.

Cover painting/ artwork oleh Arifullah Ali
Layout oleh Insomaniac Lab
Tracklist :
 1 – No Return
2 – Operation Obeo One
3 – Phosphorous Shell
4 – Calibrated Chaos
5 – Bachok’s Invasion
6 – Sea Denial
7 – Home Front
8 – Total War
9 – Order Of Battle
10 – The Deadly Double
11 – Submerged At The Seabed (Outro)

Secara teknikal rakamannya, Humiliation masih menggunakan studio serta sound engineer yang sama seperti 2 album terdahulu. dimana Hotsound Studio menjadi studio rakaman manakala Ahmad Zahid masih menjadi sound engineer yang bertanggungjawap dalam proses rakaman dan mixing. Begitu juga dengan proses mastering dimana Humiliation masih menggunakan khidmat Carl @ Saff Mastering, Chicago USA. Dinyatakan proses rakaman adalah bermula dari 1/1/2013 sehingga 13/1/2013.

Kerap kali juga gua mereview album Humiliation dan kali ini untuk ulasan track gua mengambil secara rambang sahaja. Terlebih dahulu track bertajuk Phosphorous Shell lebih awal menjadi preview dimana pihak Deepsend Records telah meletakkan track ini dilaman bandcamp mereka. Ia seakan menunjukkan hala tuju terbaru Humiliation yang pada gua lebih mendap, lembap dan berat. Beberapa lagu di lihat banyak menggunakan tempo yang lebih perlahan dari album2 terdahulu. Contoh paling jelas untuk Calibrated Chaos. Juga beberapa riffing didalam setiap lagu yang seakan sengaja dilebihkan tahap keperlahanan temponya. Boleh rujuk track Operation Obeo One untuk suku terakhir lagu dan banyak lagu lagi. Tiada fast song secara totalnya, cuma diselitkan beberapa riffing yang menyaksikan drum attack yang agak biasa. ya.. bagi gua Humiliation ni memang cuba melimitkan keteknikalan dalam lagu2 mereka. Ok, gua memilih track Phosphorous Shell, Bachok’s Invasion dan Total War sebagai track pilihan.

Untuk album keempat ini gua dapat simpulkan Humiliation seakan menetapkan album ini punya konsep yang lebih perlahan temponya. Juga sound yang agak mendap dan lembap yang kadangkala seakan hampir terjerumus kearah Doom Metal. Masih lagi dengan tema2 lirik berkaitan peperangan Turbulence From The Deep kedengaran punya keistimewaan tersendiri kerana pada pendengaran gua ia agak sedikit berlainan feel nya jika dibandingkan dengan album2 terdahulu namun masih dengan Old Skool Death Metal yang mid tempo.

Dapatkan Turbulence From The Deep dengan harga RM35 by post melalui Humiliation sendiri atau dengan direct contact Deepsend Records melalui laman web yang kami sediakan dibawah ini.


Humiliation
Official Website
Facebook

Deepsend Records
Official Website
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected