Hotels on Mars – Grief Musem [Full Length, 2021]

0

Hotels on Mars merupakan identiti alternatif buat Mat Weitman, singer/songwriter berasal dari Amerika Syarikat. Beliau baru sahaja mengeluarkan album terkini berjudul Grief Museum pada pertengahan Februari 2021 melalui Styles Upon Styles.

Hotels on Mars membawakan stail Americana bercampur LoFi Rock yang minimalist dalam album ini yang menceritakan jerih-payah untuk move on daripada tragedi dan kekecewaan, apatah agi jika berlaku di zaman pandemik yang kita semua sedia maklum cukup suram dan mendukacitakan. Grief Musem adalah koleksi penceritaan beremosi daripada Mat Weitman dalam bentuk 6 trek yang catchy, sober dan ada masa mempersoalkan tahap mental beliau. Sedih betul dan saya rasa macam nak cakap dengan beliau, buddy are you alright? Grief Musem tidaklah melampiaskan rasa kecewa dengan makian atau menjerit (ini saya je la kot yang fikir), sebaliknya berbunyi tenang, ada kalanya macam terlalu tenang yang kontras dengan subject matter ditampilkan.

Songwriting Hotels on Mars cukup simple tapi enak dilayan tanpa perlu struggle untuk sampaikan apa yang terbuku di jiwa. Gitar akustik atau elektrik yang dengan tone clear, drums dengan setup ringkas dan nyanyian yang jujur serta tenang namun sarat dengan emosi yang berbaur semuanya disatukan dalam bentuk muzik Americana yang ada masanya mengambil pengaruh Bluegrass. Ini adalah terbitan yang personal dan cathartic untuk Mat Weitma. Barangkali ia terbitan yang sesuai untuk anda yang grieving dengan suasana dunia yang mengecewakan di kala ini. Ada insan memilih untuk melampias kekecewaan dengan cara yang terkawal dan tenang, seperti Hotels n Mars. And it works.

Grief Museum kini terdapat dalam format muat turun digital dan streaming.

FFO: Bronwynne Brent, Beth Lee, Daniel Lanois

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *