Flica – Music for Home Vol. 4: Betwixt [EP, 2021]

0

Satu lagi terbitan daripada label tempatan mü-nest yang menampilkan album Ambient yang simple tapi menjentik jiwa. Flica merupakan projek daripada Euseng Seto yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan EP Betwixt ini merupakan terbitan keempat dalam siri Music for Home. 

Betwixt menawarkan 3 trek Ambient yang minimalist tapi memaparkan kesepian jiwa sewaktu dunia dilanda pandemik (saya agak la). Trek pertama dimulakan dengan alunan cello memandu mood yang hening disertai piano, seakan menceritakan kekosongan yang dirasai ketika lockdown kali pertama dijalankan pada tahun lepas. Terperangkap dalam rumah dengan hanya mampu memerhati jalan mulai kosong dan gerun dengan ketidakpastian, trek Betwixt adalah soundtrack kepada permulaan mimpi ngeri PKP. Trek kedua Limbo pula adalah kisah yang relevan kepada kita semua; lockdown bererti terputus ikhtiar untuk bertemu orang yang rapat dikasihi. Feel desperation yang mewarnai trek ini diterjemahkan dengan petikan gitar dan bunyian elektronik yang faded, mengingatkan saya kepada album siri Ambient oleh Brian Eno yang digaul mesra dengan gaya folk Vàli. Trek terakhir Veto pula berperang dengan perasaan tentang mereka yang dihantar ke pusat kuarantin (anda tahu kenapa, kan). Bercelaru dengan pelbagai persoalan, terbayang hidup mati dan sebagainya menjadi tema trek yang menggabungkan cello, gitar dan piano yang menyayat hati. 

Music for Home Vol 4: Betwixt ini cukup mempesonakan dengan depth dan emosi yang membuai. Hanya dengan instrument yang minimal, Flica berupaya capture keadaan mental kita yang terkesan akibat kuarantin dengan projecting hope and longing untuk keluar dari pandemik ini. Lepas habis dengar, saya rasa jiwa saya jadi rapuh dan crushed, membuktikan pandemik ini memang meninggalkan kesan kepada sesiapa saja. Dan muzik Flica adalah soundtrack yang perfect kepada senario yang kita semua hadapi.

Music for Home Vol 4: Betwixt kini terdapat dalam format muat turun digital dan streaming.

FFO: Vàli, Brian Eno, Harold Budd

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected