Hermit Knight – Upon the Dawn of the Vermillion Glaive [Full Length, 2023]

0
Hermit Knight Upon the Dawn of the Vermillion Glaive

Projek solo Comfy Synth dari AS, Hermit Knight telah pun mengeluarkan album penuh terkininya berjudul Upon the Dawn of the Vermillion Glaive pada Jun lalu (update: juga serentak mengeluarkan album raise your heart towards the heavens child). Rajin betul ye. Awal tahun ini, Hermit Knight keluarkan Of Frost and Woe, kemudian 6 bulan lepas tu keluar pulak album lagi. Upon the Dawn of the Vermillion Glaive dikeluarkan melalui Weregnome Records.

Ia masih terasa melankolik, dan bersulam harapan cuma terasa lebih uplifting dan positif.

Upon the Dawn of the Vermillion Glaive terasa seperti kesinambungan daripada Of Frost and Woe, cuma kurang feel sejuk-sejuk for some reason. Ia masih terasa melankolik, dan bersulam harapan cuma terasa lebih uplifting dan positif. Ini adalah simbolik kepada perjalanan hidup yang kaya dengan cabaran, naik jatuh dan mengharapkan kemenangan di penghujungnya.

Setiap trek dalam album ini adalah soundtrack yang mengiringi anda (the hermit knight) dalam setiap peristiwa dalam hidup; kehilangan, kekalahan, kemenangan, mengumpul harapan, self-doubt, dan banyak lagi semuanya diterjemahkan seakan-akan adventure si petualang tunggal berlatarbelakangkan alam fantasi. Kebanyakan trek dalam album ini panjang-panjang. Particularly untuk memberi peluang kepada build-up, conflict, climax dan resolve. Dan saya sukakan feel atmosphericnya dengan bunyian synth yang kinda reminded me of old video games.

It’s like, saya nak gembira tapi saya tahu saya ada deep, unresolved sadness hence I’m going to live and fight for another day.

Macam mana-mana stail Dungeon Synth/Comfy Synth, muzik Hermit Knight adalah minimalist. Dan album ini, sebagaimana album Of Frost and Woe (slightly darker in mood), mempunyai tone dan feel yang light berbanding Dungeon Synth yang brooding dan dark. Tapi ini bukan bermaksud muzik Hermit Knight kali ini tidak serius, cuma musically lebih invoke hope dan positivity dengan hint of sadness peppered around the album. It’s like, saya nak gembira tapi saya tahu saya ada deep, unresolved sadness hence I’m going to live and fight for another day. I guess the album is still dealing with mental health.

Dan saya menyukai permainan synth dalam Upon the Dawn of the Vermillion Glaive yang lebih ooomph, dengan certain tracks ada marching drums (albeit sound programmed) yang beri feel si petualang tunggal kembali bersemangat untuk meneruskan kembaranya. Feel muzik Upon the Dawn of the Vermillion Glaive pula semakin menuju ke penghujung album, semakin bersemangat dan bright untuk memberi feel yang harapan akan memandu anda kepada kemenangan selagi mempunyai urge to fight.

Do I feel better after listening to it? A little bit, but it sure makes me want to keep going in life, no matter what challenge lies ahead.

Upon the Dawn of the Vermillion Glaive adalah album yang saya akan dengar bila duduk berseorangan dan ponder about life. Ini adalah release untuk saya release stress, dan relate so much tentang tidak give in to darkness. Ia lebih dramatik dan positive berbanding Of Frost and Woe, semestinya menjadikan saya prefer album ini. Do I feel better after listening to it? A little bit, but it sure makes me want to keep going in life, no matter what challenge lies ahead. Recommended kalau anda nak dengar something yang upifting over the weekend.

Upon the Dawn of the Vermillion Glaive kini terdapat dalam format strim dan muat turun digital.

FFO: Grandma’s Cottage, Hole Dweller, Cherry Cordial, Tiny Mouse

Ikuti Hermit Knight di:

Facebook

Instagram

Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected