Hellexist – Age of Death (2013)

0

Hellexist merupakan sebuah band yang melabelkan music bawaan mereka sebagai Neo Crusty. Berpengkalan di selatan tanahair, Hellexist telah wujud sekitar 2007. Pernah terlibat dalam beberapa split sebelum menghasilkan single bertajuk World Disaster dan disusuli album penuh bertajuk Age of Death yang dipasarkan pada pertengahan 2013 dibawah label Broken Noise.

 Monster Killer – Vocals, Night Evil – Guitar, Zam – Guitar, Chub – Bass, Ajen – Drum

Design dan layout oleh Broken Noise

Tracklist :
1 – Neraka Dunia
2 – Bloodbath Continues
3 –  To Live To Die
4 – World Disaster
5 – Age Of Death
6 – Chaos System 666
7 – World Disaster (Bonus)

Age of Death melalui proses rakaman di Noise Hell Studio Pasir Gudang, Johor. Segala proses rakaman diselenggara oleh Ajen dan Hellexist sendiri. Broken Noise (milik Jimbo) merupakan label yang bertanggungjawap meriliskan CD ini.

Sukar untuk meramal secara total pengaruh sebenar dalam pembawaan music Hellexist. Pada pendengaran gua, music ciptaan Hellexist adalah campuran kepada Metal + Hardcore + Punk + Crusty. Menamakan Bolt Thrower, Amebix, Sacrilege, Hellbastard, Disfear, Hellshock dan beberapa nama lain jelas memperlihatkan variasi dalam apa yang cuba dihasilkan Hellexist dalam penulisan lagu2 mereka.

Dari segi sound produksi boleh dikatakan ini antara produk yang hasil akhirnya agak clean walaupun seakan percubaan meng”raw”kan sound rakaman itu seakan ada dalam pertimbangan band ini. Mungkin boleh gua katakan Age Of Death punya sound organik yang agak bagus.

Akhir kata dari gua, Hellexist juga mungkin adalah sebagai pelepas rindu kepada apa yang telah dilakukan Jimbo bersama band lama beliau terdahulu iaitu Parkinson, satu nama besar dalam dunia grindcore tempatan.

Dapatkan Age of Death yang dikeluarkan dalam format CD dan kaset dimana harga CD ialah RM15 by hand dengan menghubungi email Broken Noise yang kami sediakan dibawah video ini.

Hellexist – To Live To Die (Live)


Facebook
Bandcamp
Broken Noise (Email)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected