Hegyra – Reenactment (EP2015)

0

Single dan video music rasmi mereka telah kami paparkan sebelum ini (KLIK SINI). Merupakan rilisan rasmi kedua, Hegyra tampil dengan buah tangan terbaru Reenactment (EP2015) setelah demo pertama bertajuk Indelible Imprint di lahirkan pada 2003 dahulu. Dengan beberapa perubahan line up, Hegyra pendukung irama Melodic Death Metal ini tampil menghangatkan kembali persada2 gig tempatan disamping merakamkan material terbaru ini.

Dane (Vocal), Carlos (Lead Guitar), Arie (2nd Guitar), Adil (Bass/Backing Vocal), Yasser (Drum )

Cover artwork oleh Carlos / Logo oleh Akim
Tracklist :
1 – Betrayer
2 – The Pain
3 – Dying To Die
4 – Until The End
5 – Dreaming Of Hollow

Reenactment (EP2015) melalui proses rakaman di Nubreax Studio dan diselenggara oleh Ardy (Naratu) yang turut bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering.

Betrayer secara terusan menyerang tanpa sebarang tanda. Ekspresi pertama mendengar terus tertangkap pengaruh Dimension Zero. Ngauman vocal yang lebih ke arah Black Metal, namun penggunaan clean vocal di chorus membuatkan ia nya adakala kedengaran seperti Soilwork. Kekuatan track ini mungkin terletak pada riffing serta solo fill-in pada beberapa bahagian. Juga tidak ketinggalan permainan drum yang konsisten sepanjang track. Track ini juga punya flow turun naik yang bagus dari segi komposisi lagu nya. Jelas sekali Hegyra melangkah jauh dari apa yang mereka hasilkan jika dibandingkan dengan demo mereka terdahulu. Sound produksi juga cukup bagus. Clean dan mixing yang cukup profesional.

The Pain bermula sedikit mendatar untuk verse nya namun chorus yang catchy berjaya dihasilkan. Mungkin ada pengaruh In Flames untuk track ini. Solo gitar juga menarik walaupun masih berada dalam scale yang sama.

Apabila sampai track ketiga bertajuk Dying To Die ini, sudah jelas Hegyra sudah punya trademark dalam penghasilan music Hegyra itu sendiri walaupun originality adalah sesuatu yang paling sukar untuk genre sebegini. Mungkin kini mereka sudah menemui resepi dalam setiap penciptaan lagu2 mereka. Ini juga sebuah track yang tidak terlalu havoc namun punya kepelbagaian idea diterapkan dalam komposisi track ini. Sekali lagi walaupon agak mendatar namun track ini punya kekuatannya tersendiri.


Until The End merupakan track paling awal di beri preview percuma melalui promosi video klip yang muncul sebelum EP ini dipasarkan. Sebuah track yang boleh dikatakan untuk mencuri perhatian pendengar golongan metal yang lebih muda. Tidak terlalu chaos, punya melodi yang kuat, riffing yang catchy dan juga track paling banyak menggunakan clean vocal barangkali.

Dreaming Of Hollow adalah track paling panjang durasi nya dan mencecah 7 minit. Intro yang menjangkau 1 minit 40 saat sebelum irama berdistortion menyerang. Mungkin boleh gua katakan ini adalah track pilihan peribadi untuk gua. Idea yang cukup banyak dan kepelbagaian cara permainan (dari gitarist) menampakkan ia nya track yang menggunakan kedua2 elemen old skool dan modern metal. Seperkara berkenaan track ini, kadangkala ia nya kedengaran sedikit Metalcore walaupun sedikit sahaja feel tersebut dapat dihidu oleh gua. Keseluruhan track ini adalah menarik dan bagus.

Secara keseluruhan gua berpendapat Reenactment boleh di anggap sebuah produk yang bagus. Sound production yang cukup profesional (perlu diberi perhatian kerja tangan Ardy dari Nubreax Studio). Sound yang cukup clean yang memang bersesuaian dengan genre Melodic Death Metal yang di bawa Hegyra. Jika di amati dengan teliti, Reenactment jelas sekali jauh meninggalkan apa yang dilakukan menerusi EP pertama terdahulu dari segi song arrangement/composition. Pengaruh yang paling jelas Soilwork, Arch Enemy dan Dimension Zero, melangkau seakan cuba menjauhkan dari pengaruh In Flames walaupon dalam sub genre yang sama. Penggunaan clean vocal yang banyak mungkin boleh mengundang bencana kecil jika ia nya dibenci oleh golongan pendengar Old Skool (untuk genre Melodic Death Metal) seperti mana di alami In Flames dan Soilwork. Dari sudut positif pula, ia nya bakal menangkap pendengar baru yang lebih cenderung ke arah Metalcore. Sound dan tone yang digunakan dari gitar, bass dan drummer adalah baek sekali. Barangkali Hegyra terlebih dahulu membuat homework dengan penuh teliti untuk sound yang bakal dihasilkan untuk sesi rakaman ini.

Reenactment (EP2015) boleh di beli dengan harga RM15 by hand dan RM20 by postage. Hubungi Hegyra melalui link2 yang kami sediakan dibawah ini. Yang jelas, kepada penggemar Melodic Death Metal/Gothenburg Sound, EP ini perlu anda miliki sekarang selain menanti Herriot yang juga bakal muncul dengan album ketiga tahun ini. Support mereka kerana apa yang gua boleh katakan Hegyra adalah band yang serius!

Email
Facebook
Twitter
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected