Heads For The Dead – Serpents Curse (2018)

0

Heads For The Dead adalah sebuah projek bergenre Death Metal yang dianggotai oleh Jonny Pettersson (Wombbath, Ursinne, Revel In Flesh, Henry Kane, Pale King) dan Ralf Hauber (Revel In Flesh, Ex-Immortal Rites – RIP). Ianya dibantu oleh Erik Bevenrud (Down Among the Dead Men) sebagai sessionist di posisi drum. Jonny Pettersson boleh dianggap sebagai mastermind dalam projek ini dimana semua track terkandung adalah hasil penulisan beliau manakala Erick Bevenrud menyempurnakan tugas selaku vocalist. Serpents Curse (2018) adalah buah tangan dari Transcending Obscurity Records yang akan berada dipasaran secara rasminya pada 24 September 2018.

Jonny Pettersson (Music, Production),  Ralf Hauber (Vocals, Lyrics),
Erik Bevenrud (Session drums)

Artwork oleh Branca Studio
Logo oleh Mark Riddick
LP layout oleh Francesco Gemelli

Tracklist :

1 – Serpent’s Curse
2 – Heads For The Dead
3 – Deep Below
4 – Post Mortem Suffering
5 – The Awakening
6 – Death Calls
7 – Of Wrath And Vengeance
8 – Gate Creeper
9 – Return To Fathomless Darkness
10 – In Darkness I Feel No Regrets (Wolfbrigade Cover)

Sepanjang album ini dimainkan, gua merasakan Heads For the Dead adalah band yang berada dalam tunjang Death Metal, namun disulami beberapa elemen yang sangat kelam contohnya dengan komposisi lagu yang adakalanya termaktub didalam katogeri Doom Metal. Tidak sekadar itu, beberapa elemen yang menambah “dark” adalah dengan adanya latar bunyi synth/keyboard yang walaupun tidak secara kerap namun menimbulkan mood dan rasa yang agak sedikit gelisah apabila mendengarnya. Ok, perkara ini mungkin untuk menyesuaikan dengan tema utama lirik dalam album ini yang lebih menjurus kepada sesuatu “menyeramkan”.

Dari segi sound produksi, gua sudah biasa sebenarnya dengan projek2 sebegini yang ada sedikit persamaan dari segi bunyi akhir produksi seperti mendengar band2 projek Down Among The Dead dan Ursinne. Mungkin kerana ia bukan menggunakan produksi besar seperti studio rakaman profesional namun hasil akhir yang diperolehi tetap memberangsangkan. Untuk maklumat tambahan, album ini turut mengundang Matt Moliti (Sentient Horror) sebagai penyumbang solo gitar untuk track 1, 2, 3 dan juga Håkan Stuvemark (Wombbath) untuk tracks 2 dan 7.

Serpents Curse (2018) dikeluarkan dalam format fizikal dan digital. Untuk format digital boleh berhubung terus ke laman bandcamp yang disediakan dibawah. Manakala untuk fizikal copies ianya dikeluarkan dalam beberapa pakej seperti LP Box Set, Gatefold LP, Autographed CD Box Set serta 8 Panel Digipack CD.

LP Boxset (Limited to 100 copies only)
Gatefold LP (Limited to 100 copies only)
CD Boxset
Sebarang pembelian boleh berurusan secara terus dengan Transcending Obscurity Records melalui laman sesawang yang disediakan dibawah. Juga untuk mengenali Heads For The Dead, juga boleh melawati laman facebook dan bandcamp mereka.

Heads For The Dead
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected