Hand of Kalliach – Samhainn [Full Length, 2021]

0

Ada sesuatu yang mystical bila mendengar produk muzik dari belah Scotland sana, terutama apabila diresap rencah muzik Celtic Folk. Ia selalu dramatik dan membuatkan saya khusyuk mendengar. Begitulah yang boleh saya gambarkan mengenai
album sulung Hand of Kalliach, unit Atmospheric/Celtic Folk Metal Scotland yang dianggotai pasangan suami dan isteri. Album yang berjudul Samhainn ini dikeluarkan sendiri yang menghidangkan 10 trek yang powerful dan membangkitkan semangat.

Samhainn berkisarkan konsep kuasa kebaikan dan kejahatan berlatarbelakangkan mitos dan sejarah Scotland yang diterjemahkan kepada muzik moden yang berinspirasikan rentak, time signature dan feel yang sinonim dalam muzik Folk. Hasilnya Samhainn mempunyai feel yang ethereal dan magic yang mengalir dalam execution muzik mereka. Dari segi stail, Hand of Kalliach mempunyai persamaan dengan Saor dan Cnoc An Tursa, cuma cenderung kepada Melodic Death Metal yang beratmospheric dan kasar pada masa yang sama. Samhainn mempunyai riffs yang inspiring dan catchy, apatah lagi sebenarnya mengingatkan saya kepada instruments tradisional yang associated dengan muzik Celtic.

Hand of Kalliach pada saya mempunyai potensi seperti rakan-rakan senegara mereka, cuma melalui Samhainn, mereka mempunyai masalah untuk konsisten dalam penulisan muzik. Trek pembuka cukup catchy, namun beberapa trek seterusnya pretty forgettable sebelum kembali menangkap perhatian di beberapa trek terakhir. Trek yang lain terasa seperti filler dan ditulis bagaikan tangkap muat untuk menjadikannya album penuh. Ia jelas sekali melalui delivery vokal yang terasa flat dan riffs yang penat selepas sekali dengar. Sayang sekali. Baik saja buat EP, dan tidak bazirkan masa dengan trek-trek yang lemau didengar. Saya mengharapkan keluaran akan datang mereka lebih padat daripada Samhainn!

Samhainn kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Saor, Cnoc An Tursa, Eluveitie, Krampus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected