Gig Report – Porcelane – Not Dead, Just Asleep EP Launch LIVE

0

Unit Pop Punk/Emo/Shoegaze Malaysia, Porcelane telah pun melancarkan EP pertama mereka, Not Dead, Just Asleep pada 15 Julai lepas. Sempena dengan itu, mereka meraikannya dengan gig pelancaran  di The Bee, yang turut dimeriahkan oleh band-band seangkatan iaitu Math Class, Dimes, Merakki dan Wobbebong. Pelancaran EP Not Dead, Just Asleep ini disokong oleh Converse Malaysia.

Gig pelancaran ini diatur dengan baik. Kira bukan show biasa-biasa la. Ini boleh dilihat daripada backdrop untuk photo op di entrance The Bee (macam premiere filem pulak) dan juga merch booth yang menjual EP Porcelane (dalam bentuk CD dan kaset), t-shirt dan pelbagai lagi selain band Dimes yang menjual handmade necklace. The Bee pula bersaiz just nice untuk show pelancaran; tak terlalu besar dan tak terlalu sempit. At least takde la berbuih ketiak nak ke hulu-hilir atau berlaga bahu dengan orang lain. Saya juga nampak kelibat ahli-ahli band tempatan yang hadir memberi sokongan seperti Mascot, Smesta dan Late Night Frequency di kalangan penonton sepanjang show berlangsung.

Gig pelancaran ini diatur dengan baik. Kira bukan show biasa-biasa la. Ini boleh dilihat daripada backdrop untuk photo op di entrance The Bee (macam premiere filem pulak) dan juga merch booth yang menjual EP Porcelane (dalam bentuk CD dan kaset), t-shirt dan pelbagai lagi selain band Dimes yang menjual handmade necklace.

Launching party dimulakan dengan Math Class, sebuah band berinspirasikan J-Rock dari Pulau Pinang. Macam tak cukup pulak line-up hari ini, dengan Math Class kelihatan memanfaatkan sebuah Macbook Pro untuk beef up sound mereka. I guess as sequencer atau pun playback. Math Class cukup bertenaga sebagai pembuka show dengan permainan gitar dan bass yang sedikit berteknikal, siap bertukar-tukar instruments pulak di tengah lagu. Tapi agaknya disebabkan mereka ni opening, saya dapati sound mereka tidak seimbang, terutamanya vokal yang tenggelam dan gitar yang tidak kedengaran jelas. Malah line-up Math Class pun nampak sedikit terkial-kial untuk mendapatkan sound yang jelas. I guess the monitor is not really working. Nevertheless, Math Class cuba untuk have fun dengan jadi bertenaga mungkin membawa lagu-lagu original dan (rasanya) satu lagu cover anime. Sorrylah, tak tau anime apa pulak. Saya tergelak sikit bila vokalisnya bertanya ‘siapa di sini weaboo???’ dan beberapa tangan excited melayang-layang di kalangan hadirin. Clearly they are loved by the audience, sama ada sound bermasalah atau tak.

Saya tergelak sikit bila vokalisnya bertanya ‘siapa di sini weaboo???’ dan beberapa tangan excited melayang-layang di kalangan hadirin.

Dimes, unit Alternative/Indie Rock Kuala Lumpur mengambil alih pentas seterusnya. Berbeza dengan Math Class, trio ini mempunyai sound yang lebih clean, menjadikan permainan Dimes mempunyai lebih clarity. Crowd masih lagi setia melayan lagu-lagu bawaan Dimes, tapi saya tak pasti sama ada semuanya adalah lagu original mereka tapi clearly the crowd is going along with it sunggupun mempunyai vibe somber. It sounds like any indie band yang anda jumpa di luar, dengan sedikit tendency Post-Rock/Shoegaze in between. Cuma saya fikir vokal Dimes berbunyi flat dan terkial-kial untuk terus konsisten. Atau memang saja vokalnya begitu, who knows.

Merakki pulak macam berkenduri di atas stage (yang sememangnya kecil) dengan line-up yang ramai termasuklah percussionist. Berbeza dengan Dimes sebelumnya, Merakki membawa vibe yang colourful dan dance inducing. Suasana ini cukup meriah dan melimpahi kepada jiwa crowd. Last-last semua bukak langkah dan, nope, bukan circle pit, tapi dance floor! Strangers hold hand and dance their heart out kepada muzik Merakki. Masing-masing bergelak-ketawa berseronok. 

Last-last semua bukak langkah dan, nope, bukan circle pit, tapi dance floor!

Dengan pancaran audi visual yang artsy dan muzik yang agak dreamy dan weird, Wobbebong membawakan feel seakan berada dalam drug induced dream.

Unit Electronic/Indie Kuala Lumpur dan Johor yang sedang meningkat naik, Wobbebong pula meneruskan kemeriahan pelancaran pada malam itu dengan kehadiran full band, instead hanya berdua. Dengan pancaran audio visual yang artsy dan muzik yang agak dreamy dan weird, Wobbebong membawakan feel seakan berada dalam drug induced dream. It’s bizarre, but I fucking love it. Ada masa rasa macam nak tersengih walaupun saya baru first time dengar material mereka, terutamanya lagu crowd favourite, Kereta Terbang yang padat dengan pulsating electronics dan nyanyian malas-malas ala salary man yang burn out. Wobbebong nampak struggle untuk bermain di malam itu, saya tak pasti kenapa but they did deliver anyway so takdelah isu sangat.

Headliner malam itu, Porcelane tampil sebagai band terakhir yang disambut meriah dengan jeritan para peminat di The Bee. Tersengih pulak tengok vokalis mereka yang berbaju Rae Lil Black (haa ni YTJT je la eh). Mereka membawakan kesemua lagu dalam EP mereka yang terbaru ni (termasuk satu lagu cover, I guess? I might be wrong) dan sent everyone into frenzy. Rata-rata peminat-peminat Porcelane adalah muda remaja and no wonder bila lagu-lagu dimainkan oleh band ini, peminat-peminat mereka melakukan crowd surf, circle pit dan mosh pit tetapi dalam keadaan yang terkawal dan selamat. Saya juga perasan agak banyak peminat wanita menyertai pelancaran ini. Ini sudah tentunya indikasi yang bagus untuk perkembangan scene Indie di Malaysia ni.

Porcelane bukan sahaja went all out dari segi persediaan untuk launch ini tetapi juga dari permainan mereka. Ini boleh dilihat semua line-up menyumbangkan vokal untuk semua trek. And man, these boys can sing (or scream) their lungs out. Sama ada balada Give Me Something to Sing About yang bikin awek dan balak jadi cedeyh, Emo-driven This Place yang menghuru-harakan dance floor, hinggalah kepada mid 2000 Pop Punk inspired Resonance yang buat semua nak go crazy, Porcelane membuktikan they have what it takes to move forward as a band. Everybody clearly had fun that night dan berakhir sebelum jam 12 malam dengan audience menuju ke luar venue untuk photo op, membeli merch dan lepak bersama-sama. 

And man, these boys can sing (or scream) their lungs out.

Honestly, I enjoyed my two hours plus there with the good energy from the crowd dan the band. Apa yang boleh saya katakan, untuk pelancaran EP pertama sebuah band Indie, usaha dan kerjasama yang ditunjukkan band ini wajar diberikan pujian dan kami ucapkan tahniah dan terus maju kepada Porcelane! Also check out merch mereka, t-shirt yang dijual cukup berkualiti. Thanks for inviting us to be part of this beautiful experience.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected