Gaerea – Unsettling Whispers (2018)

0

Gaerea adalah sebuah band yang agak misteri dan dirahsiakan identiti (walaupun 3 line up dinyatakan didalam laman Metal Archives). Membawa konsep Black Metal, band dari Portugal ini secara mukadimahnya ditubuhkan pada 2016. pada tahun yang sama mereka mengeluarkan sebuah material “Gaerea (EP2016)” dibawah Everlasting Spew Records. Dengan memenuhi pentas2 gig untuk tahun2 kemudian, terkini Gaerea telah bersiap sedia untuk album kedua bertajuk Unsettling Whispers (2018) yang secara rasmi nya akan berada di pasaran pada 22 June 2018 dibawah naungan Transcending Obscurity Records.

Line up : Unknown
Artwork oleh Khaos Diktator Design
Tracklist :
1 – Svn
2 – Absent
3 – Whispers
4 – Lifeless Immortality
5 – Extension to Nothingness
6 – Cycle of Decay
7 – Catharsis

Tidak banyak info berkenaan teknikal rakaman namun dapat diperolehi rakaman di lakukan di Demigod Recording Studio milik Miguel Tereso.

Gaerea – Whispers
Gaerea – Absent

Sepanjang meneliti album ini, gua mengklasifikasikan Unsettling Whispers (2018) adalah antara produk dalam genre Black Metal yang bagus. Berada di landasan tersendiri dengan beberapa elemen seperti sedikit Doom, Sludge walaupun tudak terlalu meleret dan diselang seli dengan bedilan drum yang tidak punya belas kasihan.  Untuk 3 track pertama ianya mungkin tidak terlalu merbahaya dan permulaan klimaks boleh dihidu pada track ke 4 bertajuk Lifeless Immortality dan berterusan menggila sehingga track ke 6 Cycle of Decay sebelum blend yang cukup baek antara Doom dan Black Metal yang laju untuk track penamat atau terakhir.

Dari segi sound produksi, ternyata Unsettling Whispers (2018) berada dalam kelas terbaek dan memberi kepuasan maksima dimana ianya bersifat profesional. Tiada erti raw kerana ianya rakaman profesional dan bersifat clean!

Track pilihan : Lifeless Immortality, Extension of Nothingness & Cycle of Decay.

Untuk reference bagaimana sound dan style music Gaerea, mungkin nama2 band yang dinyatakan ini boleh memberi serba sedikit gambarannya : Jupiterian, Deathspell Omega, Svartidaudi, Nigredo, Calligram, Mgla, Gorguts, Norse.

Unsettling Whispers (2018) akan dikeluarkan dalam pelbagai format oleh Transcending Obscurity Records. Sila klik image yang disediakan diatas untuk view yang lebih detail berkenaan format2 yang bakal dijual.


Gaerea – Pray To Your False God @ Camarro Fest III, Barreiro Portugal 2018


Gaerea
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected