Froya – Froya (EP 2013)
Froya merupakan nama komersial untuk Michelle Lee, seorang komposer untuk iklan televisyen dan juga filem. Memainkan muzik berstail indie folk dan borderline kepada electronic, Froya sebenarnya pemuzik bebas yang berbakat (mestilah, komposer kot!) tapi rasanya masih belum ramai yang kenal.
Self titled EP ini diterbitkan pada Jun 2013 lepas dan mengandungi 3 lagu. Gua sebenarnya pun tak pernah dengar nama Froya sehinggalah EP ini diberikan kepada gua sewaktu showreel presentation sebuah production house di pejabat gua tempoh hari. Gua tak pernah spin sangat sampai la kepada beberapa hari lepas sebab asyik dengan benda lain kehkeh, sebab tu banyak review tertangguh. Nasib baik EP ni pendek je, kalau full length mau gua tangguh sampai entah bila.
Froya EP
– Fries in Cream
– My Love is Free
– Panic Bird
Fries in Cream – Akordion dan piano memulakan trek ni, sebelum vokal Froya bermula. Gua tak dapat menolak terdapatnya perbandingan Froya dengan Yuna…atau Zee Avi. Tapi mungkin disebabkan pengetahuan gua pasal muzik jenis ni terhad, tu aje perbandingan yang paling dekat gua boleh buat. Tapi Froya bukan Yuna atau Zee Avi, pastinya (kalau tidak, lagi hebat, mungkin). Gua suka part sing along dengan horn section, berbunyi cheerful. Lagu ni pun bermood gembira dan rasanya suggest pasal bergembira dengan diri sendiri. Cewah.
My Love is Free – Trek pilihan gua. Selain daripada liriknya yang deep, vocal delivery Froya paling kuat dalam ni berbanding trek yang lain. Again, otak gua secara automatik tak dapat menolak comparison antara Yuna dengan Froya. But to be honest, this track is very outstanding. Boleh kata trek ni kaya dengan pelbagai layer. Ada bunyian elektronik diselitkan, vokal harmoni indah mencelah dan lontaran vokal Froya, it’s just beautiful. By the way, ada ukulele ke dalam trek ni?
Panic Bird – Lagu ni comel, terutamanya bila part ‘Hoo hoo hooo’ dinyanyikan. Sekali lagi vokal Froya tak mengecewakan. Piano memainkan peranan utama dalam lagu ni dan soundnya lazat sekali. Horn section di penghujung lagu worked like a magic, personally ia adalah penutup yang cemerlang untuk EP pendek ni.
Produksi EP ini adalah top notch. Gua dapat dengar jelas semua instrument yang dimainkan (yeah, ni bukan death metal kahkah). Kekuatan release ni pada gua adalah delivery vokal Froya yang unik dan bijak menyampaikan mood dalam lagunya. Memandangkan gua pun tak berapa arif dengan scene folk indie, gua tak dapat nak elaborate la dengan mendalam, tapi kalau seorang pendengar tegar Nile (ehem, yours truly) boleh tangkap dengan sekali dua dengar, probably ini adalah produk yang berpotensi.
Maklumat lanjut tentang EP ni, hubungi Froya di:
Now, go say hi to Froya and tell her Dissecting the Euphony sent you!