Frost & Revenge – 3 Years In Vain (EP2016)

0

Frost & Revenge adalah antara nama2 baru yang kerap menghangatkan pentas2 gig tempatan. Gua anggap mereka antara band yang cuba membuktikan kemampuan sebenar melakukan persembahan live terlebih dahulu. Kesungguhan nampak jelas apabila kesanggupan mereka menyertai gig2 di luar seperti di Indonesia dan Thailand. Penghujung 2016 Frost & Revenge telah menghasilkan EP pertama berjudul 3 Years In Vain.

 Syawal (Guitars), Fazi (Drums), Nett (Vocals), Mell (Bass), John (Guitars)
Tracklist :

1 – Intro
2 – 3 Years in Vain
3 – Left in Silence
4 – Morva Eksiilis
5 – El Salvador de Sham

3 Years in Vain melalui proses rakaman di Fifi Recordings Studio. Fifi Filoforce bertindak sebagai sound engineer untuk rakaman ini. Beliau turut bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering. Shawal Isroh bertindak sebagai producer untuk EP ini.

Sepanjang menghadam EP ini gua boleh simpulkan Frost & Revenge merupakan antara band baru yang perlu diberi perhatian. Komposisi, idea riffing, strok drum yang bagus adalah kekuatan mereka. Groove Metal adalah terma paling tepat dalam pembawaan music mereka. Gua anggarkan Lamb of God adalah pengaruh terbesar dalam penghasilan lagu2 mereka.

Dari segi sound mungkin perlu dipertingkatkan lagi untuk rakaman akan datang. Gua boleh kata Frost & Revenge punya kekuatan tersendiri dalam lagu2 ciptaan mereka namun sound produksi akhir EP ini seakan ada sedikit kekurangannya. Jika lebih “boom” pasti EP ini boleh diangkat tinggi dan mampu untuk penjualan luar negara. Lagi berkenaan teknikal, mungkin Frost & Revenge ada jawapannya adakah mereka menggunakan drum machine atau penggunaan EQ yang ketara dalam rakaman track drum. Gua ada diberitahu Fazi merupakan antara drummer yang berbakat besar (minta maaf gua belum berkesempatan menyaksikan persembahan live mereka didepan mata kepala kecuali melalui video youtube). Tone drum seperti ini mengingatkan gua pada rakaman album lagenda Black Metal negara Blackfire untuk album Lahir Dari Api (2006). Gua harap next material (album barangkali) Frost & Revenge dapat spent lebih modal untuk mendapatkan sound rakaman yang lebih meletup!

Ok, EP ini boleh diperolehi dengan harga RM15. Sila hubungi Frost & Revenge melalui email atau laman sesawang yang kami sertakan dibawah ini. Beri mereka peluang. Kepada pendengar Metal yang sedikit modern, EP ini adalah suatu yang wajib untuk anda miliki.

Frost & Revenge – 3 Years in Vain

Email
Facebook
Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected