Flossy – Gelombang Curang (EP 2013)

0

Flossy merupakan sebuah band yang pada asalnya berkiblatkan music Grunge. Berevolusi dalam bermuzik menampakkan peningkatan dalam penulisan lagu2 yang telah terakam sepanjang pembabitan dalam dunia music tempatan semenjak ditubuhkan pada 1998. Bermula di Perlis, band bernama Flossy ini telah melahirkan beberapa rilisan yang agak berlainan konsepnya bagi setiap keluaran sehingga terkini apabila mereka tampak agak produktif menghasilkan lagu2 baru serta menjelajah setiap pelusuk negeri di Malaysia untuk menjayakan pertunjukan pentas. Terkini Flossy menghasilkan sebuah mini album berjudul Gelombang Curang yang mengandungi 5 buah lagu. Dikhabarkan juga Flossy masih mempunyai baki lagu2 terakam yang tidak dimuatkan didalam mini album ini dan sudah bersedia untuk merakamkan lagi lagu2 baru yang telah dicipta.

Zam (Vocal), Saifol (Guitar/Vocal), Ridzuan (Bass), June (Drums), Shahir (Keyboard)

Layout dan cover design oleh Zam
Album konsep oleh Flossy

Tracklist :

1 – Awan Mendung
2 – Now You Know
3 – Gelombang Curang
4 – Romance
5 – Need A Light

Gelombang Curang melalui proses rakaman di Audiomas Studio Setiawangsa dan penambahan rakaman lain berlangsung di Majesty Studio, Klang. Proses mix dan mastering di lakukan di Majesty Studio Klang. Tidak dinyatakan siapa yang bertanggungjawap dalam penyelenggaraan proses rakaman. Gelombang Curang di keluarkan oleh Muddive Records Music Entertainment.

Awan Mendung dijadikan lagu pembukaan boleh dikira satu tindakan bijak. Punya melodi, susunan dan permainan instrument menarik dari setiap line up. Agak “fresh” mendengar track sebegini. Terasa sdikit modern atau Flossy cuba berevolusi dengan apa yang mereka harungi saban tahun dalam percatuan music grunge yang dibawa mereka.

Now You Know juga menarik dari awal. Permainan keyboard/synth nampak menyerikan dan menutup segala kekosongan dalam lagu ini. Juga penyampaian serta lontaran vocal dari Zam jelas antara penarik untuk mendengar track2 berikutnya.

Gelombang Curang menjadi track berbahasa Melayu kedua, starting lagu yang seakan mengajak untuk berdansa. Agak berlain sedikit mood lagu ini yang kedengaran lebih happy dan susunan chorus yang benar2 menarik.

Romance antara track yang agak mendayu. Bersesuaian sekali dengan pembawaan vocal dari Zam yang juga bijak menghidupkan lagi lagu ini.

Need A Light bagi gua masih punya pengaruh kuat grunge nya berbanding track2 terdahulu. Masih ada bau2 Nirvana dan susunan lagu juga cara penyampaian vocal.

Dari segi sound produksi, tidak perlu dipertikaikan lagi kualiti akhir yang sedia didengar. Kesemua instrument kedengaran seimbang dan berada dalam kondisi terbaek. Mungkin pengalaman rakaman2 terdahulu menjadikan Flossy lebih matang dalam penghasilan produksi bunyi untuk rakaman kali ini.

Secara keseluruhan, Gelombang Curang seakan memberi nafas baru dalam dunia grunge tanahair. Mungkin kedengaran agak advance dari irama grunge asal seperti zaman Nirvana atau Mudhoney, kerana penggunaan keyboard, bunyi bunyian dari efek gitar serta permainan twin pedal namun gaya pembawaan grunge masih ada pada music garapan Flossy. Untuk Gelombang Curang mungkin kedengaran agak padat susunan lagu juga penyampaian vocal yang lebih matang dengan kemasukkan Zam dari band Vigil.

Gelombang Curang boleh didapati dengan harga RM10 by hand dan RM15 by post. Lawati link2 dibawah untuk urusan pembelian anda.Yeahhh…

Flossy – Gelombang Curang (Promo)

Flossy
Facebook
Myspace

Muddive Records
Facebook 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected