Et Moriemur – Epigrammata (2018)

0

Melayan Doom Metal adalah satu kerja yang mengasyikkan jika kena pada music nya. Et Moriemur adalah antara nama yang memperjuangkan irama Atmospheric Doom Metal yang bercampur Death dan Black Metal. Berasal dari Republik Czech, Et Moriemur telah wujud sekitar 2008. Menghasilkan Lacrimae Rerum (EP2009) setahun selepas penubuhan dan dua buah album Cupio Dissolvi (2011), Ex Nihilo in Nihilum (2014) dan terkini Epigrammata (2018) adalah album penuh ketiga dan mereka bernaung dibawah Transcending Obscurity Records. Album ini akan berada di pasaran secara rasmi pada 20 March 2018.

Zdeněk Nevělík (Vocals, Piano), Aleš Vilingr (Guitar), Pavel Janouškovec (Guitar), Karel Kovářík (Bass), Michal “Datel” Rak (Drums)
Et Moriemur – Epigrammata (2018)

Tracklist :
1 – Introitus
2 – Requiem Aeternam
3 – Agnus Dei
4 – Dies Irae
5 – Offertorium
6 – Communio
7 – Libera Me
8 – Absolve Domine
9 – Sanctus
10 – In Paradisum
Epigrammata (2018) boleh diklasifikasikan sebagai sebuah album Doom Metal yang agak unik dan “mahal”. Ini kerana music yang dirakam adalah gabungan bunyian distortion yang lembap, nyanyian bersuara parau disulami dengan elemen2 “chant”, “choir” dan opera.

Album dengan total durasi melebihi 53 minit ini kedengaran “solid” dan mengasyikkan. Ia umpama menyelami irama lembap Doom Metal dengan elemen “chant” seperti yang biasa didengari melalui paduan suara Gregorian dan Batushka. Melodi yang melancholy menambahkan lagi kesyahduan dengan permainan synth, keyboard dan piano. Konsep flow yang menarik membuatkan track2 yang dicipta seakan membawa gua ke satu penceritaan untuk setiap track. Ya perlu juga di nyatakan elemen “Opera Metal” turut diselitkan didalam album ini.

Dari segi sound produksi gua pasti ini adalah satu produk yang “mahal” untuk dihasilkan. Pemuzik-pemuzik untuk instrument opera, juga cello, violin turut menghidupkan lagi mood dan “suasana” album ini membuatkan ianya kedengaran hidup dan tidak kosong.

Kepada pendengar-pendengar Towards Atlantis Lights, Illimitable Dolor, Batushka, (early) Opera IX, Thergothon, Skepticism, Disembowelment, Bell Witch, Spectral Voice, anda adalah digalakkan untuk mendapatkan album ini. Sebelum menamatkan review, perlu juga gua nyatakan Et Moriemur adalah supergroup dari line up band2 seperti Dissolving of Prodigy, Self-Hatred and Silent Stream of Godless Elegy.
Kenali dan dapatkan album ini melalui laman sesawang Transcending Obscurity Records melalui laman sesawang yang kami sediakan dibawah atau anda boleh melakukan pembelian secara online melalui laman bandcamp Et Moriemur atau Transcending Obscurity Records.
Et Moriemur
Transcending Obscurity Records

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected