Enorhted – Panegyric To The Iniquitous (2003)
Kali ini DtE kembali dengan irama keras bermelodi serta punya pengaruh progresive metal. Sebuah album yang datangnya dari Singapura. Pada gua album ini sepatutnya menjadi perhatian penggemar2 heavy metal kerana pengahsilan lagu2 nya yang berkualiti dan bukan music kosong semata2. Ok, kumpulan yang gua maksudkan ini bernama Enorhted. ditubuhkan pada sekitar 1997 dan terdiri dari 4 orang anak muda iaitu Joseph Lim (Keyboards), James Bay (Bass) Justin (Guitars) dan Saravanan (Drums).
Enorhted – Panegyric To The Iniquitous (2003)
Tracklist :
1 – Whorific Nightmare
2 – Twisted Fabrics
3 – Liber Spritoom
4 – Stalwart
5 – Horizontal Nights
6 – Perpectual Sessions
7 – Inscratom
8 – The Shadow Key
Album penuh bertajuk “Panegyric To The Iniquitous” ini rilis dibawah label Sonic Wave Singapura pada 2003. Permasalahan line up yang sering bertukar ganti menyebabkan band ini seakan bertapa sejenak namun pada gua ini merupakan sebuah album yang menarik. Susunan music yang boleh dihidu punya pengaruh kuat dari band2 seperti Illnath, Children Of Bodom menyerlahkan lagi pembawaan music garapan Enorhted. Ok seterusnya gua ingin review setiap track didalam album ini.
Track pertama bertajuk “Whorific Nightmare” merupakan sebuah instrumental berdurasi 2 minit 31 saat. Sebuah track yang punya komposisi menarik. Permainan gitar yang sedikit progresive serta solo yang memukau membuatkan sesiapa yang pertama kali mendengar album ini pasti ingin mendengar track seterusnya.
Track kedua bertajuk “Twisted Fabrics” bermula dengan riffing yang mengingatkan pada band bernama Illnath. Juga solo arpeggio menarik sebelum vocal mengisi bahagian verse lagu. Permainan string (keyboard) yang mengisi ruangan kosong juga menambah mood lagu yang berentak progresive ini. Namun riffing menggunakan running chord yang penuh melodi menyebabkan lagu ini bertambah menarik. Ermm pengaruh Illnath yang sangat kuat. Solo utama didalam lagu ini juga menampilkan permainan arpeggio yang laju.
“Liber Spritoom” merupakan track ketiga yang menggunakan teknik strumming menggunakan gitar akustik yang dilatari bunyian atmosfera dari keyboard. Drum juga sekadar mengikut rentak irama lagu ini. Sebuah instrumental yang mengingatkan gua pada lagu Inflames dari album Reroute To Remains iaitu Metaphor.
“Stalwart” menjadi track ke4 dimana ianya bermula dengan penonjolan instrument keyboard dan mood bertambah laju dimana ketika ini penggunaan sample seakan satu permualan mengiringi riffing tersebut. Tetapi vocal menambah perisa lagu ini mengikut melodi yang dihasilkan pada lagu. Sebuah lagu yang agak moderate mood nya namun dipertengahannya gitarist serta drummer menampilkan permainan progresive yang seakan sedikit offbeat. Pada waktu yang sama bassist juga menggunakan teknik slapping mengiringi rentak. Elemen progresive ini berterusan sehingga dipertengahan lagu. Sebelum penghujung lagu, Enorhted memberanikan diri menghasilkan rentak perlahan berbunyi sedikit jazzy. Sebuah track yang berdurasi 7 minit 10 saat.
“Horizontal Nights” merupakan instrumental ketiga mereka yang menampilkan permainan piano serta keyboard yang agak berbunyi klasikal. juga kedengaran seperti menggunakan instrument seakan organ. track ini hanya berdurasi 1 minit 31 saat.
“Perpectual Sessions” pula bermula dengan mood seakan sedikit orchestra dan tiba2 mood diperlahankan dengan plucking gitar dan berlatarkan chord2 melodic sebelum mood menjadi suram serta drum memainkan twin padel nya. ketika vocal menyampaikan melodinya, lagu ini seakan berbau Dark Tranquility. Kelajuan laju ini dapat didengar ketika pertengahan lagu. Nampak seakan Enorhted tidak dapat lari dari pengaruh Illnath namun solo yang mendayu dari gitarist band ini berjaya mewarnai music Enorhted menjadikan nya sebuah track menarik. Ermm.. Dark Tranquility + Illnath mungkin? Durasi track 7 minit 46 saat.
Sebuah lagi instrumental bertajuk “Inscratom”. Berdurasi 2 minit 34 saat. Penggunaan keyboard yang mewarnai lagu seakan menggambarkan suasana satu situasi keadaan yang suram.
Track terakhir bertajuk “The Shadow Key” juga merupakan instrumental. Bermula dengan riffing berbau arabic scale. Bermula dengan mood laju berulang sebelum riffing bermelodi menyerang. Boleh dikatakan suku awal track ini menonjolkan skill dari gitarist kerana riffing2 yang dihasilkan banyak menampilkan solo2 laju. Begitu juga permainan drum yang agak menonjol ditengah2 lagu. Elemen progresive seperti odd signature turut boleh didengar di tengah2 lagu sebelum solo keyboard menghiasi track ini. Gimik pada track ini ialah track ini seakan tamat pada durasi ke 9 minit. Tiada sebarang permainan instrument selama 1 minit 15 minit sebelum tiba2 Enorhted kembali dengan irama yang punya mood yang seakan sedih dan perlahan. kedengaran juga seakan Enorhted menggunakan instrument arcodian dan percussion untuk ending lagu ini. Track penamat yang berdurasi 12 minit 47 saat.
Ok, keseluruhan album ini pada gua mencapai tahap permainan instrument yang membanggakan. Begitu juga komposisi lagu yang baek malah Enorhted berani bermain mood2 yang pelbagai didalam album ini. Line up yang berbakat namun mereka seakan menghilang seketika di arus dunia metal Singapura. pada yang kempunan irama melodic metal dari Illnath, album bertajuk “Panegyric To The Iniquitous” ini boleh dijadikan alternatif lain. Sebuah album yang pasti menjadi simpanan penggemar irama metal yang bermelodi.
Maaf kerana website rasmi band ini tidak lagi aktif namun anda masih boleh mengenali band ini melalui link dibawah :