Eggs of Gomorrh – Wombspreader [Full Length, 2022]

0

Bila kali terakhir anda dengar album Black/Death Metal yang truly devastating membuatkan telinga pekak berhari-hati? Saya masih lagi cuba recover daripada sonic torture terkini unit Black/Death Metal Swiss, Eggs of Gomorrh yang berjudul Wombspreader yang diterbitkan melalui Godz ov War Productions. Album ini boleh digambarkan bagai tulang belakang disentap dan dilipat 8, ha begitulah kalau nak ungkapkan betapa dahsyatnya album ini.

Wombspreader menjamu pendengar dengan riff yang tajam-tajam, straighforward (tapi bukan simple) bertan-tan beratnya. No frill, just killing blow after killing blow. Diperhebatkan pulak dengan pukulan dram bertalu kiri-kanan yang membangkit feel chaotic dan vokal yang memuntahkan kebencian demi kebencian menjadikan album ini keji serba-serbi. Wombspreader shows that album yang memuaskan nafsu tak semestinya perlu teknikal terlalu melampau, cukup sekadar punishing dan sustain dynamics brutal throughout.  Honestly speaking, Wombspreader mempunyai healthy balance of speed, headbang inducing songs dan terrifying vibe untuk anda go beserk mendengar album ini.

Wombspreader adalah terbitan yang blistering dan diwarnai riffs ditulis dengan niat menjadi sekejam mungkin tanpa perlu mengabaikan kualiti. Album ini adalah antara terbitan Black/Death Metal yang boleh tahan untuk tahun 2022. It’s dirty, violent and malicious tapi inilah pakej untukmenarik perhatian pendengar Black/Death Metal.

Wombspreader kini terdapat dalam format CD, kaset, dan muat turun digital.

FFO: Archgoat, Diocletian, Black Witchery, Marduk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected