Dwarrowdelf – Evenstar [Full Length, 2020]

0

Wah, Tolkien Metal! Jika anda layan karya JRR Talokien dan sukakan Metal anda bombastik ala Summoning, Caladan Brood, atau Eldamar, anda patut luangkan sedikit masa mendengar Dwarrowdelf, sebuah solo projek Epic/Atmospheric Black dari United Kingdom. Dwarrowdelf baharu sahaja mengeluarkan album penuh ketiganya berjudul Evenstar yang menceritakan kembara Aragorn berusaha mengahwini Arwen (lol okay!). Album ini diterbitkan melalui Northern Silence Productions.

Black Metal berinspirasikan Tolkien ini rata-ratanya memang soaring, epic dan bombastic. Kebanyakannya memanfaatkan keyboard dalam majoriti komposisi lagu. Namun Dwarrowdelf nampak berbeza sedikit. Masih terdapat penggunaan keyboard (yang nicely done!) namun tidaklah membolot sound album ini. Malah gitar juga audible dan dirakam bersih. 

Ada beberapa trek yang menyelitkan solo gitar yang agak sedap dilayan. Namun saya tidak berapa menyukai clean vocals yang ditampilkan dalam Evenstar. Ia terasa flat dan macam sumbang pun ada. Sama ada ia dimasukkan sekadar nak lengkapkan layer muzik atau dibuat tergesa-gesa kerana terasa sungguh ia out of place.

Sekalipun Dwarrowdelf nampak terinspirasikan Summoning (otai Tolkien Black Metal), bukan semua trek yang berbunyi begitu, kecuali trek terakhir yang seakan menyalin gaya Summoning bulat-bulat! Trek yang lain nampaknya lebih diverse dengan olahan Folk Metal dan Melodic Death Metal. Ini menjadikan Evenstar sebuah terbitan yang worth your attention sekalipun terdapat beberapa kelemahan yang sebenarnya mudah diperbaiki.

Evenstar kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Summoning, Falkenbach, Eldamar, Caladan Brood.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected