Down Among The Dead Men – …and You Will Obey Me (2018)

0

Setelah menghasilkan The Brimstone Aggrandizement (2016) melalui projek Echelon, duo yang punya karisma hebat melalui gabungan ini tampil dengan projek terbaru Down Among The Dead Men. Dave Ingram yang pernah memegang posisi vocalist bersama Bolt Thrower, Benediction, Hail Of Bullets dan Rogga Johansson iaitu teraju utama Paganizer, menghasilkan sebuah album terbaru bertajuk …and You Will Obey Me (2018). Dengan teras Death Metal sebagai pegangan utama, Down Among The Dead Men secara asasnya wujud sekitar 2013. Menghasilkan 2 buah album iaitu Down Among The Dead Men (2013), Exterminate! Annihilate! Destroy! (2015) sebuah split bersama Miseo (Germany), album terkini bertajuk …and You Will Obey Me (2018) ini release pada 15 June 2018 dibawah label yang punya hubungan kepercayaan yang kuat bersama Rogga Johansson iaitu Transcending Obscurity Records.

Rogga Johansson (Guitars/Bass), David Ingram (Vocals),
Kjetil Lynghaug (Lead Guitar – Session), Eric R. Bevenrud (Drums – Session)
Artwork oleh Turkka G. Rantanen
Tracklist :
1 – Destroy the Infinite
2 – Axis of Insanity
3 – …and You Will Obey Me
4 – The End of Time
5 – Omega
6 – House of Blue Fire
7 – The Age of Steel
8 – Eye of Harmony
9 – Darkness of Glass
10 – Panopticon

…and You Will Obey Me (2018) melalui proses rakaman di The Rotpit Studios, Gamleby, Sweden dan Panopticon Studios. Denmark. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Ronnie Björnström di Enhanced Audio Productions in Umeå, Sweden.

…and You Will Obey Me

Destroy the Infinite

Panopticon

…and You Will Obey Me (2018) jika di teliti dan dibandingkan dengan apa yang duo ini lakukan bersama Echelon adalah sesuatu yang agak berlainan walaupun masih berada dalam terma Death Metal. Down Among The Dead Men dilihat lebih kepada Death Metal yang straight forward. Juga pengaruh Crust, Punk diaduk untuk menjadi perisa Down Among The Dead Men. Ianya seakan satu percubaan untuk memasukkan kepelbagaian elemen untuk menjadi trademark music mereka. Boleh dikatakan untuk band ini, duo ini mengenepikan sempadan music dimana ia nya kedengaran lebih kepada Death Metal yang melanggar sempadan dan tidak statik kepada terma dan elemen2 Death Metal tegar. Seperkara yang menarik adalah setiap track mengandungi solo gitar dari Rogga Johansson. Solo gitar yang adakalanya sangat syahdu dan bermelodi.

Sound produksi kedengaran agak modern dengan tone gitar yang agak “besar” dan mengenepikan elemen old skool yang diketahui adakalanya kedengaran bingit. Untuk Down Among The Dead Men, ianya adalah sebaliknya. Drum yang adakala kedengaran seakan dbeat menambah rencah untuk menjadikan track terhidang lebih chaos.

…and You Will Obey Me (2018) di keluarkan dalam pelbagai format iaitu fizikal dan digital. Untuk segala purchasing untuk format digital boleh terus melawat ke laman bandcamp mereka. Untuk format fizikal, ianya dikeluarkan dalam format limited LP Boxset sebanyak 25 copies, Blue LP limited untuk 200 copies, CD Boxset, Jewel case CD dan juga merch. Sebarang urusan pembelian boleh berhubung secara terus dengan Transcending Obscurity Records melalui link2 yang disedikan dibawah.

Down Among The Dead Men

Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected