Devourer of Light – Death Triumph (Demo 2018)

0

Devourer of Light adalah sebuah projek solo berteraskan genre Black Death Metal dan pihak Devourer of Light sendiri melabelkan konsep yang dimainkan adalah Cosmic Horror Black Death. Death Triumph (Demo 2018) released pada 10 July 2018 adalah karya susulan kepada Cosmic Death Illuminate (Demo 2017) yang released pada 19 September 2017 dahulu. Death Triumph masih berada dalam kawalan M.L yang memegang peranan sebagai mastermind dalam setiap sudut penghasilan karya2 Devourer of Light.

M.L – Everything

Devourer of Light – Death Triumph (Demo 2018)

Tracklist :
1 – Spheres of Solitude
2 – Mother of Plagues
3 – Wings of Cosmological Apparition

Death Triumph (Demo 2018) secara keseluruhannya adalah hasil kerja tangan M.L yang merangkumi penciptaan lagu, rakaman, mix dan mastering. Hanya penulisan lirik untuk track kedua bertajuk Mother of Plagues adalah hasil penulisan Indra dari Nechbeyth. Proses rakaman di lakukan menggunakan home studio milik M.L yang berpengkalan di Baling, Kedah Darul Aman.

20 minit total durasi untuk 3 buah track adalah berbaloi untuk dimiliki product berstatus demo namun punya kualiti bunyi yang bagus, disamping track2 yang walaupun punya durasi panjang namun masih mampu untuk dilayan sepanjang CD ini dimainkan. Bermula dengan track pertama Spheres of Solitude yang berdurasi menghampiri 9 minit, bibit awal track dimulakan dengan sound sample seminit lebih sebelum irama berdistortion tanpa sebarang ruang dihidangkan untuk tempo masa juga menghampiri 1 minit. Kepada mereka yang pernah mengikuti dan mendengar hasil demo pertama Cosmic Death Illuminate dahulu pasti akan bersetuju dan beranggapan Death Triumph adalah sambungan kepada demo pertama tersebut. Masih mengekalkan mood Black/Death/Doom, demo kedua ini jelas masih mampu menggegarkan gegendang telinga anda. Spheres of Solitude adalah track terpanjang durasinya iaitu 8 minit 52 saat.

Mother of Plagues yang merupakan track kedua, masih mengekalkan mood seperti track pertama. Masih gelap, keras dan semakin berada dalam suasana kekelaman. Wings of Cosmological Apparition bermula dengan riff yang agak pelik bunyinya walaupun masih berada dalam konsep kegelapan Devourer of Light.

Dari segi sound produksi, ini adalah demo yang sudah boleh diangkat statusnya kerana sudah mencapai tahap profesional. Perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan kualiti rakaman demo zaman awal pergerakkan underground music berat dahulu. Ok, sepanjang meneliti demo ini, boleh gua katakan tone gitar Devourer of Light adalah sedikit mendap, tidak tajam dan mempunyai karekter sound2 old skool Death/Black/Doom. Paling menarik sound bass yang boleh didengar dengan jelas setiap petikan strings nya sepanjang permainan. Namun setiap apa yang disebut ini, menjadi sesuatu yang unik dan ia adalah trademark kepada sound overall Death Triumph.

Death Triumph (Demo 2018) secara rasmi nya hanya dikeluarkan untuk kuantiti limited 52 copies untuk cetakan pertama untuk format pro CDR. Format ini hanya boleh dimiliki melalui pembelian secara terus dengan M.L atau Devourer of Light sendiri dengan harga RM12 by hand. Sila bertindak pantas kepada penggemar fizikal copies dan jika agak ketinggalan untuk memilikinya, demo ini turut boleh diperolehi melalui pembelian untuk format digital melalui laman bandcamp Devourer of Light.

p/s – gua rasa demo kedua ini pasti akan di reissue oleh beberapa label selepas ini sepertimana yang berlaku kepada demo pertama dahulu. Sama2 kita nantikan.

Email
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected