Defeated Sanity – The Sanguinary Impetus [Full Length, 2020]

1

Kalau ada masih termenung tunggu Necrophagist keluar album baru, ada baiknya lepak kejap dengar album terkini Defeated Sanity. Album penuh keenam berjudul The Sanguinary Impetus diterbitkan pada 24 Julai 2020 melalui Willowtip Records ini memberikan dos brutal dan teknikal secukupnya kepada peminat Technical Death Metal yang ingin lebih brutal dan kental.

Ini adalah exposure pertama saya kepada Defeated Sanity dan untuk pengalaman mendengarnya tanpa sebarang expectation, ia adalah a very pleasant one! Songwriting yang chaotic-terkawal, permainan instruments yang tepat on the dot, dan dinamik album yang mengujakan membuat saya terfikir, apasal saya tak pernah nak dengar mereka sebelum ni?

Saya excited dengan relenteless sonic assault Defeated Sanity (duh, tentulah, Tech-Death kot) yang menampilkan riff-riff gitar yang bergulung dan disorienting, disambut pula dengan bass yang twangy dan tone yang tebal, vokal yang burpy dan dalam serta stroke dram yang enak blasting dan ada masanya seakan menari-nari. 

Apa lagi yang nak kita expect daripada genre sebegini? Pada saya, ability untuk menghidangkan hasil unexpected (dalam norma Tech Death), dan Defeated Sanity is somehow there, menggalakkan saya untuk duduk terus mendengar. Tapi bila saya sebut unexpected, takdelah saya maksudkan sesuatu yang pelik melampau, dan The Sanguinary Impetus tidak mencorakkan sesuatu yang terlalu jauh daripada kebiasaan Tech Death Metal. 

Saya berpendapat The Sanguinary Impetus adalah terbitan yang boleh memberi saingan sengit untuk Album of the Year, sekalipun tidak broke a new ground. Macam saya cakap tadi, lupakan sebentar Necrophagist dan dengar Defeated Sanity. Atau lebih baik, move on saja dan julang Defeated Sanity!

The Sanguinary Impetus terdapat dalam format CD, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Necrophagist, Suffocation, Disgorge

1 thought on “Defeated Sanity – The Sanguinary Impetus [Full Length, 2020]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected