Cultristic – Awakening the Beast of As’Sadh (Promo Pack 2008)

0

Difahamkan Cultristic merupakan sebuah band yang membawa genre Death Metal. Bermastatutin di Ipoh Perak, band ini terdahulu telah diwujudkan sekitar 1999. Bersama sebuah demo awal bertajuk “Vanised Into Flames” pada tahun 2000, band ini menyepi seketika sebelum muncul dengan promo terbaru pada 2008 bertajuk “Awakening the Beast of As’Sadh”. Ok, gua cuba review sedikit berkenaan demo berformat CDR ini.

 Darkoath (Guitars), Sheh (Bass), Halim (Drums), A.d (Vocals  )

 Cover/layout oleh Blessing Moment Zine

Tracklist :

1 – Aqsa
2 – Necroreplicant
3 – Prayer of Hatred (Morbid Angel Cover)

Awakening the Beast of As’Sadh melalui proses rakaman di Necro-X Studio. Hanya dinyatakan susunan dilakukan oleh Amer manakala lirik dihasilkan oleh Ajoy. Eastern Myth Records menjadi label yang bertanggungjawap diatas kelahiran promo pack ini.

Aqsa menjadi track pengenalan. Tak banyak yang boleh gua simpulkan dari track pertama ini selain dari ketepuan irama Death Metal nya. Secara peribadi gua x brapa nampak sangat lagi impak besar yang dihasilkan melalui lagu ini lantas buat gua sedikit x berasa teruja sangat. Ok fullstop.

Necroreplicant agak ribut pada permulaan lagu. Kental dan teknik whammy bar kedengaran di kiri kanan speaker. Agak berlainan jika di bandingkan dengan track pertama tadi dari segi mood dan komposisi lagu nya. Track pilihan gua yang mana pada gua paling kental dan memberi definisi sebenar apa itu Death Metal! Sini gua namapk “sesuatu” yang ada pada Cultristic iaitu “soul” Death Metal tu berjaya diterap dengan sungguh berjaya didalam lagu ini.

Prayer of Hatred merupakan lagu saduran dari Morbid Angel yang diambil dari album Formulas Fatal to the Flesh (1998). Satu percubaan yang bagus dan tidak nampak cacat cela nya.

Dari segi sound produksi mungkin kedengaran agak lemah namun ia nya gua kira ok sebab material ini berstatus “demo”. Setelah mentelaah berkali2 gua beranggapan music garapan Cultristic ini cukup padu penangan Death Metal nya. Gua tak dapat gambarkan bagaimana hasil terakhirjika Cultristic menghasilkan rakaman yang bermutu profesional. Serius lagu2 ciptaan mereka bukan kosong. Gua boleh cakap permainan mereka mantap, riffing dan stroke drum yang keras serta tiada belas langsung dalam lagu ciptaan mereka. 2008 sehingga 2014 satu jangkamasa yang agak panjang dan gua harapkan Cultristic akan tampil dengan rakaman profesional pada masa terdekat kerana pada gua Malaysia memerlukan band2 seperti mereka ini.

Ok, gua xpasti demo CDR ni boleh dapat lagi ke x.. kalau nampak grab cepat.. Harga pada awal keluaran hanya RM3 tapi limited kepada 50 copies sahaja. Ok, untuk mengenal music dan juga band ini, boleh layari youtube dibawah dan juga sila layari beberapa laman sesawang Cultristic yang kami sediakan dibawah. Terima Kasih!

Cultristic – Necroreplicant


Email
Facebook
Myspace

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected