Code Error – Code Error (EP2018)

2

Apabila 2 band yang dikira Raja Grindcore dari dua buah negara bersatu dibawah nama Code Error, ini adalah menjadi sesuatu yang ditunggu bukan dari pendengar tempatan malah juga menjadi igauan pendengar luar negara yang mengenali Tools of the Trade (Malaysia) dan Wormrot (Singapore). Berita kalobrasi gila ini mula dihidu sekitar penghujung 2017 apabila nama Code Error mula disebut dilaman facebook line up kedua2 band.

Arif (Vocals), Faizal (Guitars), Vijay (Drums), Fitri (Bass)
Artwork dan inlay oleh Arif
Tracklist :
1 – 0
2 – I
3 – II
4 – III
5 – IV
6 – V
7 – VI

Self-titled EP ini melalui proses rakaman di Greenhouse Studio oleh Tom Bollocks dan Code Error. Tom bertindak sepenuhnya dalam hal ehwal mix dan mastering. EP ini diterbitkan oleh Code Error.

Ok, dah dengar lagu2 melalui laman bandcamp Code Error? Amacam? 10 minit lebih dengan jerit pekik, bedilan tanpa belas keatas drumset, kisaran tali gitar dan dentuman bass yang menjadi latar music Code Error. Ok, pada gua Code Error sememangnya berlainan dan tidak sama dari apa yang dilakukan Wormrot dan Tools Of The Trade. Pendengar yang punya material kedua2 band pasti bersetuju dengan apa yang gua katakan. Code Error ada sikit trademark yang kadangkala agak meleret pada sebahagian part dan apabila menggila, memang tidak beri peluang. hahaha.. Track ke 5 dan terakhir adalah pilihan gua.

Sound produksi? Tak perlu dipertikai lagi, Ini kerja tangan Tom Bollocks yang semestinya sedang meningkat naik. Profesional sound dan boleh jual oversea.

Code Error selftitle mula dikeluarkan dalam format kaset oleh Tandang Records dan boleh dibeli dengan harga RM15 by hand. Untuk format CD, akan dikeluarkan oleh Obliteration Records Japan.  EP ini turut akan dikeluarkan dalam format 7″ (vinyl) oleh Dies Irae Productions/Distribution dan FatAsso Records. Untuk format CD dan 7″, sila rajinkan jari jemari anda ke laman sesawang facebook dan bandcamp Code Error untuk pengumuman tarikh ianya akan dipasarkan.

Ok, apa lagi gua nak kata? harap ini bukan sekadar projek seronok2, gua harap ada full length dari Code Error selepas ini. tak puas ahhh 10 minit je telinga kena padu!.. hahaha

Code Error
Email
Facebook
Bandcamp

Tandang Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

2 thoughts on “Code Error – Code Error (EP2018)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected