Catarrh – Mutant Stains (2018)

0

Catarrh adalah satu lama yang agak lama berada dalam kepompong music berat tanahair. Pertama kali gua mendengar Catarrh adalah melalui kompilasi paling berhantu Dark Live Collections (1993) dimana ketika itu Catarrh membawa dua buah lagu iaitu Emptiness Laughter dan Sense of Stimulation. namun sebelum terlibat didalam kompilasi Dark Live Collections, Catarrh terlebih dahulu telah menghasilkan sebuah demo pada 1992 berjudul Destructive Creation iaitu tahun kedua selepas penubuhan rasmi mereka pada 1990. Menghasilkan beberapa demo dan EP disamping pertukaran line up sepanjang penubuhan, Catarrh ternyata tidak pernah berhenti dari berkarya dan setelah 28 tahun, Mutant Strains (2018) yang merupakan full length pertama mereka secara rasminya di keluarkan oleh sebuah label yang boleh dikira profesional dan aktif mengeluarkan produk2 berkualiti iaitu Goatlordth Records.

Acab (Vocals), Ajax (Bass), Ariz (Guitars), Adie (Drums)
Cover artwork oleh Arif Susilo
Band logo oleh D’Anger Record
Tracklist :
1 – Intro / Suffocated Violation
2 – Paranoia
3 – Mentally Deranged
4 – Destructive Creation
5 – Misanthropical Breed
6 – Crematorium Upon The Hill Side
7 – Pandemic Aggression
8 – Mourning Star (Bonus Track)
9 – Dusta (Bonus Track)

Mutant Strains (2018) adalah album penuh pertama Catarrh yang membariskan track2 baru dan lama yang diberi susunan dan nafas baru. 7 buah track pertama melalui proses rakaman di Metalhead Pot Studio, Kajang Selangor dimana proses engineering, rakaman, mix dan mastering dilakukan oleh A.P. Filthgrindz. Manakala dua buah bonus track iaitu Mourning Star dan Dusta adalah track yang melalui proses re-mastered juga oleh A.P. Filthgrindz. Kedua2 bonnus track ini menggunakan Ezan (ex-Infectious Maggots) sebagai vocalist.

Secara keseluruhan, gua selaku pendengar lama Catarrh sejak era Dark Live Collections sudah dapat meramalkan gaya music Catarrh untuk album ini. Ditambah dengan beberapa track yang pernah gua dengar melalui beberapa release dari Catarrh sebelum ini. Cuma perasan excited dan sedikit tertarik untuk mendapatkan CD ini untuk didengar adalah dari pembaharuan penyampaian vocal oleh vocalist terkini mereka iaitu Acab. Untuk cara penyampaian vocal Acab, gua kira beliau berjaya dalam menjiwai music Catarrh. Kelainan untuk beberapa vocalist terdahulu jika dibandingkan dengan Acab, mungkin pembawaan vocal beliau agak meleret namun gua tidak menjangka gaya pembawaan begini “masuk” dengan apa yang terhasil dalam album ini. Seperkara lagi yang membuatkan gua tertarik untuk mendapatkan album ini apabila beberapa preview awal rakaman yang dimuatnaik melalui laman FB Catarrh menampakkan beberapa solo gitar yang power dari pemain gitar mereka iaitu Ariz. Pada gua, solo2 gitar dari Ariz menambah kuatkan lagi Mutant Strains. Bukan solo tipu2 tetapi ianya adalah solo2 yang benar2 mementing mood dan notasi setiap apa yang dimainkan. Mempunyai seorang gitarist yang bagus sebegini adalah satu kekuatan untuk sebuah band yang berada dalam genre diantara Thrash – Crossover – Death Metal sebegini. Dari segi permainan drum oleh Adie, walaupun ianya tidak menjanjikan permainan berteknikal tinggi, namun apa yang dimainkan sudah cukup dari segi momentum energy dan stamina serta tempo yang cukup dikawal rapi. Menyebut berkenaan Catarrh dan line up adalah tidak sah jika tidak dinyatakan mastermind yang masih kekal dan setia bersama Catarrh iaitu Ajax yang pada gua adalah pencipta utama lagu2 terkandung didalam album ini. Ajax yang bertindak sebagai pemain bass untuk rakaman dan ketika ini, adalah line up yang pernah memegang kesemua posisi instruments sepanjang penubuhan dan pertukaran line up sehingga kini.

Dari sudut sound produksi, Mutant Strains (2018) ternyata bersifat profesional. Satu tabik patut diberi kepada line up Catarrh dan juga crews rakaman terutama A.P Filthgrindz yang berjaya menghasilkan produk akhir yang ternyata berkualiti. 7 buah track yang ternyata puas untuk penyeksaan gegendang telinga. Gua sangat berpuas hati dengan tone gitar dan drum untuk album ini selain lontaran vocal dan kelemakkan bass yang menjadi tunjang disebalik sound gitar dan ketukan drum. Juga tidak lupa kredit kepada label Goatlordth Records dalam penghasilan pakej CD berformat digipak yang bersifat profesional.

Mutant Strains (2018) dikeluarkan dalam format digipak CD dan boleh diperolehi dengan pembelian pada harga RM26 by hand. Untuk pembelian secara postage sila berhubung secara terus dengan pihak label Goatlordth Records melalui laman sesawang yang disediakan dibawah. Disamping itu logo band patches turut boleh dibeli dengan harga RM10. Jika ditanya pendapat kami di DtE, Mutant Strains adalah sesuatu yang perlu menjadi salah satu khazanah simpanan anda kerana ini adalah hasil terbaru dan profesional sepanjang penubuhan Catarrh baik dari segi sound produksi serta pakej fizikal CD nya. Sila berhubung dengan Goatlordth Records untuk copy anda sekarang!

Catarrh
Email
Facebook
Myspace

Goatlordth Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected