Capitalist War Holocaust – 4 Way Split (2012)

1

Gua mengetahui akan 4 way split ini setelah membelek2 blog dan site label2 indiependent tempatan untuk tujuan membeli staff2 yang berkenan di hati (haha ayat x bleh blah – C) dan turut terselit berita 4 way split ini yang membariskan beberapa band yang gua pernah dengar. Dan gua selaju kilat bertanya beberapa individu yang terlibat didalam album ini untuk mendapatkannya dengan kadar segera setelah CD ini mula diedarkan. Ok cerita panjang xmau, so 4 way split ini menampilankan 4 buah band bergenre antara Thrash Punk hingga D-Beat yang sedang memuncak dan aktif merancakkan gelanggang2 gig tempatan. Band2 terlibat adalah Exkoriator (Singapore), Angkara (Kedah), Diskangkung (Johor) dan Geen Naam (Kuala Lumpur).

Capitalist War Holocaust –  4 Way Split (2012)
Exkoriator (Singapore), Angkara (Kedah), Diskangkung (Johor) dan Geen Naam (Kuala Lumpur)
Tracklist
Exkoriator
1 – In Crust We Trust
2 – Exkoriate
 3 – Kiluminate
 4 – Ignorance
Angkara
5 –  Kita Hanya Sengketa
6 – Attack By Strategem
7 – Darah Merah
8 – Slanderous Bullet
Diskangkung
9 – Kangkungcore!
10 – Oppressive System
11 – Misery
12 – Dunia Huru Hara
Geen Naam
13 – Years Of Suffering
14 – Surrounded By Evil
15 – Tomorrows Dream
16 – The Final Divine

Capitalist War Holocaust diriliskan oleh 5 buah label iaitu Blackseed Records, Blood of War Records, Sukma Records, Senapunk Records dan Larkin Terror. Kesemua track melalui proses mastering yang dilakukan oleh Jerryzon. Front coverartwork dihasilkan oleh Koden Diskangkung manakala layout design (cover sleeve) dilakukan oleh Laney Sixx.

Exkoriator, band dari Temasik yang terdiri dari membawa 4 buah lagu iaitu In Crust We Trust, Exkoriate, Kiluminate dan Ignorance. Dianggotai oleh Irfan (bass), Aisyah (vocal), Nisman (drum) dan Kody (guitar). Kerja2 rakaman dilakukan di TNT Studio. Exkoriator merupakan sebuah kumpulan yang pada gua punya kekuatan luar biasa dan sesuai sekali menjadikan telinga anda berdesing apabila mula mentelaah CD ini. Pada halwa telinga gua music yang dibawa oleh Exkoriator lebih heavy dan sudah terjerumus ke kancah Thrash Metal walaupun pengaruh Punk dan Crusty jelas dirasai. Solo2 gitar juga melengkapkan kerancakan lagu2 garapan mereka. Sebuah band yang pada gua harus diberi perhatian. Mengingatkan gua pada Atomic Death. haha..

Angkara dari Kedah, sebuah band yang telah gua telaah demo serta EP mereka (klik sini untuk baca) menjadi band kedua untuk menyambung kerancakan 4 buah lagu dari Exkoriator. Dianggotai oleh Rizal (1st guitar/vocal), Man (drum/backing vocal), Idan (2nd guitar/backing vocal) dan Firdaus (bass/backing vocal). Proses rakaman (gua rasa paling tepat editing sebab drum track rekod distudio barangkali kecuali gtar dan bass) dijalankan sendiri menggunakan aplikasi home studio. Angkara mempertaruhkan 4 buah lagu iaitu Kita Hanya Sengketa, Attack By Strategem, Darah Merah dan Slanderous Bullet. Agak memeranjatkan kerana mutu produksi lagu2 Angkara agak raw jika dibandingkan dengan apa yang pernah mereka hasilkan sebelum ini. namun jika diteliti semangat memberontak jelas kedengaran dari setiap track yang dihasilkan.

Diskangkung, band dari selatan tanahairyang di anggotai oleh Along Pencapang (bass), Koden (vocal), Ait Petroza (gitar) dan Shaholen (drum) membawa 4 buah lagu iaitu Kangkungcore!, Oppressive System, Misery dan Dunia Huru Hara. Jika diteliti music bawaan Diskangkung sama seperti band2 lain yang kedengaran memberontak. Juga antara band yang menggunakan twin pedal dalam instrument drum.

Geen Naam yang berpusat di Kuala Lumpur muncul denagan 4 buah lagu iaitu Years Of Suffering, Surrounded By Evil, Tomorrows Dream dan The Final Divine benar2 bikin goyah perasaan. Kawalan instrument yang baek malah rentak yang dimainkan juga rancak. Jika sebelum ini gua hanya pernah melihat kaset merah mereka namun setelah mendengar sendiri material mereka, membuatkan gua terasa untuk mendapatkan kaset merah tersebut untuk santapan gegendang telinga gua seterusnya.
Kesimpulan yang boleh dikatakan Capitalist War Holocaust ini boleh dibanggakan kerana keempat2 band yang disatukan adalah merupakan antara band2 baru yang mendapat perhatian pendengar2 d-beat dan pada gua keunikan keempat2 band iailah gabungan music bawaan yang diantara Crusty + Punk + D-Beat + Thrash dan jika anda dikalangan 4 jenis music tersebut adalah dinyatakan anda tidak akan berasa rugi untuk memiliki album ini. CD ini jugak didatangkan dengan booklet yang menyediakan info untuk setiap band beserta lirik untuk setiap lagu yang terkandung didalam album ini.

Dari segi sound produksi mungkin Angkara sahaja yang agak kurang menonjol dan gua selaku pendengar demo serta EP terdahulu mereka agak terkejut dengan rakaman kali ini yang agak berlainan dimana ianya kedengaran raw seakan demo. namun begitu terdapat perubahan dalam pembawaan vocal Angkara yang mana ianya kedengaran leih garang dari apa yang telah dilakukan terdahulu. Manakala 3 band lain menghasilkan sound terbaek dan jelas kesemua instrument berada dalam level yang seimbang.

Untuk mendapatkan Capitalist War Holocaust –  4 Way Split (2012) ini anda boleh menghubungi label2 yang terlibat dalam penghasilan album ini iaitu Blackseed Records, Blood of War Records, Sukma Records, Senapunk Records dan Larkin Terror. (sesetengah label telah kami sediakan link disidebar blog ini)

Atau jika anda ingin mendapatkan terus melalui band atau mengenali atau juga menghubungi keempat2 band, kami menyediakan juga link2 untuk setiap band untuk anda hubungi dibawah flyers dibawah ini.

klik imej untuk pandangan lebih besar

Exkoriator

1 thought on “Capitalist War Holocaust – 4 Way Split (2012)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected