Breaking The World (1994)

0

Breaking The Wall – The First Underground Music Compilation – Alternative To Groovy merupakan kompilasi lama yang terbit sekitar 1994 barangkali (sori x brapa pasti kerana agak ketinggalan memiliki kompilasi ini pada zaman tersebut) yang menampilkan 4 buah band yang membawa pelbagai genre dari Alternative sehingga ke Metal. Kompilasi ini sebenarnya agak kurang dikenali mungkin kerana munculnya sebuah lagi kompilasi bertajuk A Circle Of Friends yang juga muncul pada waktu yang sama. 4 buah band yang terlibat adalah Two Ice, Contaminated Thieves, Bad Tomato dan Such As. Setiap band membawa 3 buah track.

Breaking The Wall
The First Underground Music Compilation – Alternative To Groovy 
Tracklist
Side A
1 – Such As – Menace In Society
2 – Contaminated Thieves – Mass Hologramme
3 – Bad Tomato – Bad (Punk) Tomato
4 – Two Ice – Are You…? A Breefing In Year 2001
5 – Bad Tomato – Be Your Self
6 – Such As – Figure It Yourself
Side B
1 – Two Ice – R.Y.A. “Stupid” + N.R = 012
2 – Contaminated Thieves – Oblivion
3 – Bad Tomato – I Don’t Want Anything But ….!
4 – Such As – Lobster Tune
5 – Contaminated Thieves – Unsinkable Vile
6 – Two Ice – In The Beginning Of Death

Producer untuk Breaking The Wall adalah Sham dan Shidee. Proses rakaman dilakukan di Booty Studio sekitar 16/5/94 sehingga 22/6/1994. Proses adunan di lakukan oleh Dot, Sham dan Farouk. Asylum Records menjadi syarikat yang bertanggungjawap mengeluarkan kompilasi ini.

Such As merupakan sebuah band yang lahir 2 minggu sebelum kompilasi ini dirakam. Terdiri dari Boy (Vocal), Wan dan Allan (Guitar/Backing Vocal), Soul (Bass/backing Vocal) dan Mail (Drum/Percussion). Band ini jika diperhatikan pada musicnya lebih diantara alternative->grunge->hardcore. 3 buah lagu yang disumbangkan mereka adalah Menace In Society, Figure It Yourself dan Lobster Tune. Jika diperhatikan pada permainan band ini menampakkan penonjolan dalam pembawaan vocal yang menarik dalam setiap melodi line yang terdapat pada setiap lagu.

Contanimated Thieves merupakan sebuah band yang membawa genre paling berat didalam kompilasi ini. Dianggotai oleh Ogy (Programming), P.E (Guitar), Eddie (Bass/Vocal) dan Farouk (Guitar), genre yang dibawa kedengaran berbau industrial metal. Gabungan bunyian programming, distort guitar serta sampling yang cuba diselitkan dalam setiap track. Contaminated Thieves membawa 3 buah lagu bertajuk Mass Hologramme, Oblivion dan Unsinkable Vile. Ketiga2 track menggunakan programming drum. Tone gitar boleh dikategorikan antara terberat didalam kompilasi ini. Pembawaan lenggok vocal dan music yang kedengaran seakan Godflesh.

Bad Tomato merupakan antara band yang masih lagi bernyawa sehingga kini. Merupakan sebuah band yang boleh dikatakan membawa genre alternative punk. Bad Tomato pada ketika ini dianggotai oleh Lan (vocal), Ain (Guitar), Ajak (Bass) dan Khattam (Drum). Seperti juga Such As, Bad Tomato juga merupakan band yang baru wujud sebelum kompilasi ini melalui proses rakamannya. 3 buah lagu yang di perdendangkan bertajuk Bad (Punk) Tomato, Be Your Self dan I Don’t Want Anything But ….!

Two Ice pula merupakan sebuah band yang membawa genre alternative yang kedengaran agak berat terutama pada tone gitar dan juga pattern2 drum yang digunakan (bunyinya . Sound band ini sebenarnya sudah menghampiri genre metal. Dianggotai oleh Wan Norashidi (Guitar), Wan Norysham (Bass), Wan Norita (Vocal), Wan Norchubby (Backing Vocal) dan Wan Norryten (Drum). Tiga buah lagu dari mereka adalah Are You…? A Breefing In Year 2001, R.Y.A. “Stupid” + N.R = 012

Secara keseluruhan kompilasi ini boleh dikatakan antara pengalaman pertama beberapa band yang baru ditubuhkan. Juga boleh dikatakan kompilasi ini juga tidak menetapkan genre yang sama kerana kepelbagaian konsep bagi setiap band yang terlibat. Dari pengamatan gua, Contaminated Thieves merupakan band yang paling berbeza genrenya walaupun Two Ice juga menggunakan sound drum yang sama seakan programming sama seperti Contaminated Thieves, namun konsep keseluruhan Contaminated Thieves dilihat sudah maju kehadapan dan melangkau zaman. Sound produksi juga boleh dibanggakan dan mencapai tahap profesional yang sebenar.

Ok, untuk anda diluar sana mungkin sudah tidak menjumpai album kompilasi ini kerana ianya sudah dikira rare item. Satu lagi kompilasi terawal yang rasanya seakan pemangkin utama gerakan underground pada awal 90an. Seperti biasa jika anda menjumpai kaset ini, sila rembat awal2 sebelum ianya pasti lesap disebat collector2 diluar sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *