Ini satu kompilasi yg wujud pada pertengahan 90an iaitu pada 1996. di terbitkan oleh Positive Tone iaitu sebuah label yg mengeluarkan produk2 bergenre alternative, hip hop, dan lebih kepada indie band.. Apa yang best nya pada kompilasi ini? Mari kita sama2 mengupas isi2 didalam kompilasi ini..

Kompilasi ini melibatkan beberapa band, duo dan single artist. antara yang terlibat adalah OAG, Nita, Nice Stupid Playground, Intoxicated (all woman line up) dan Brodwyn (kemudian menukar nama kepada Juliet The Orange. Berikut dinyatakan senarai lagu yg terdapat pada CD ini..
1 – OAG – Disposable Garbage
2 – Nita – He’s a Mod
3 – Nice Stupid Playground – Bedroom Window
4 – Radhi taps his guitar
5 – Intoxicated – Diet
6 – Intoxicated – Doraemon
7 – Nita – True Love
8 – Intoxicated – Kitty Kat
9 – Nice Stupid Playground -She Wants
10 – Nice Stupid Playground – And I Don’t Admire (The Things That You Do)
11 – Brodwyn – Ode From Psychopath
12 – Nice Stupid Playground – Bedroom Window
Keseluruhan kompilasi ini boleh dikata seakan mensasarkan kepada golongan remaja dimana rata2 artis yg terlibat muda2 belaka (muda pada tahun 90an) dan konsep alternative yg di ketengahkan bersesuaian sekali dengan membangunnya music alternative dan indie pada zaman tersebut.
Jika dilihat pada kompilasi ini ianya juga boleh dikatakan sebagai antara pengalaman pertama beberapa artis yg melalui kompilasi ini mereka memulakan profesion sebagai amatur artis (perkataan amatur lebih sesuai kerana profesional hanya sesuai kepada artis2 dan musician yg cari makan dgn berkarya dan bermain music) seperti Nita dan Brodwyn (Juliet the Orange).

Nita merupakan pemenang tempat ke2 rancangan realiti TV iaitu OIAM musim ke … (sori gua x follow sgt tv) dan selepas rilisnya kompilasi ini beliau menghilang diri seketika dr persada seni suara tanahair namun muncul semula pada beberapa tahun lepas dalam rancangan OIAM.

Brodwyn pula menukar nama selepas ini dengan menggunakan nama Juliet The Orange dan merakamkan sebuah album yang juga bertajuk  Juliet The Orange pada tahun 2000. malah album ini juga tersenarai sebagai finalist AIM bagi katogeri English Artist (kalau x silap gua Juliet The Orange yg menang kot.. sori kalau info x brapa tepat)

OAG satu nama besar ketika itu dan tidak perlu dinyatakan disini pencapaian mereka. Nice Stupid Playground band dari Sarawak membawa 3lagu yg penuh melodi. lagu Bedroom Window boleh di tafsirkan sebagai sebuah lagu yg indah.. Suara Charles Rossem berada dalam kondisi cemerlang untuk lagu ini. Intoxicated yang merupakan band all girls yg sudah dibubarkan sebelum ini memainkan 3 buah lagu yang menyaksikan beberapa jeritan dari vokalist nya.. sayang band ini tidak bertahan lama.

Kepada yang mempunyai CD kompilasi ini, ianya harus juga disimpan kerana ia nya adalah CD ini merupakan momentum dikala zaman music alternative berada dikemuncaknya.
Boys & Girls 1+1=3

4 thoughts on “Boys and Girls 1 + 1 = 3

  1. gua suka ini comp. NSP kalau tak silap aku went on to release their debut album "my life is my parents biggest television" dengan positive tone pada tahun 2000 dan album kedua mereka diterbitkan sendiri yang bertajuk "a beautiful life" pada tahun 2006 kalau tak silap.

    Album My Life.. tu bagi aku adalah one of the best indie pop album yang pernah diterbitkan. Sarat dengan melody yang catchy serta pengaruh the cure yang pekat.

    Intoxicated dah dibubarkan.. drummer dia, rina keje ngan 8tv.

  2. ya tepat skali..
    NSP lelagunya sgt mendayu dan sedap, suara charles rossem tu terbaek dan kena dgn konsep..

    intoxicated ada album terakhir tanda mereka dh bubar.. sgt rare!!! time tu nk beli pon kena kontek line up diorg..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected