Blood Legion – Promo 2012

0

Kebelakangan ini scene tempatan menyaksikan beberapa buah band mula menghidupkan kembali style death metal old school. Sama ada ini perkembangan yang baik atau buruk, terpulang pada lu orang. Personally band macam Lavatory dan Blood Legion menunjukkan old school death metal masih garang dan subur dalam scene metal Malaysia.

Promo ini dihantar kepada kami tak lama selepas Metalcamp V Mei lalu, di mana gua bertemu dengan bassist Blood Legion sendiri iaitu Pat. Minta maaf Pat, gua tersimpan lu orang punya promo dalam laci office lupa nak bawak balik 🙁 Gila aih dekat 6 bulan gak gua simpan rupanya.

Blood Legion bukanlah muka baru dalam scene kerana rasanya gua pernah nampak nama mereka dalam flyer gig tempatan sekitar 2008. Tahun 2012 menyaksikan mereka menerbitkan sekeping promo yang didatangi dengan 3 buah lagu, di mana gua akan ulas pada kali ini. Yeaahoo!

Gua ingin memuji usaha Blood Legion yang menerbitkan Promo CD ini dalam bentuk physical copy dan memberinya percuma. Di kala zaman yang budaya download muzik bermaharajalela, mereka dengan selamba je rilis secara physical copy dan bagi percuma. Power bro. Daaaaaaaaaan yang paling gua respek dalam package yang dihantar kepada DtE, turut disertakan dengan press kit! Band-band tempatan lain patut ambil contoh untuk berusaha lebih gigih (dan kreatif) dalam mempromosi band mereka. Dan press kit adalah antara PR tool yang sempoi. Anyway marilah kita terus kepada review.

Blood Legion terdiri daripada:


Shan: Vokal
Jai: Gitar
Hann: Gitar
Pathman: Bass
Black: Dram

Promo 2012, macam disebutkan tadi didatangi dengan 3 buah trek old school death/thrash metal  iaitu:


-God of Lies
– Against the Sun
– Blood Legion


Bila trek pertama aje dimainkan, gua terdetik ‘ish, ini ada bau Obituary ni. Vokal macam George Fischer CC pun ada ni’. Jelas pengaruh kuat Death Metal Amerika berlegar-legar dalam ketiga-tiga trek untuk promo ni. Kualiti rakaman boleh dikatakan bagus dan jelas. Malah bass pun jelas, tidak terbenam di antara instrument lain. Pujian harus diberikan kepada drummer Black yang mempunyai stroke yang mantap. Paluan double pedal di trek pertama sememangnya relentless dan kadangkala groovy. Blood Legion memainkan death/thrash mid tempo jadi takde la nak menggila sangat.

God of Lies: Sempoi lagu pertama ni. Dengar sahaja di permulaan dah tau wah ini memang old school style! Drummer tak henti-henti menghentam double pedal. Sedap soundnya, jelas pulak tu. Personally trek kegemaran gua untuk release ini.

Against the Sun: Boleh tahan. Kurang rancak daripada trek pertama. Gua gemarkan guitar work trek ini (sebenarnya keseluruhan promo ini) terutamanya lead guitar dengan solo bergulung. Tak terlalu menunjuk, tapi cukup jahat perisanya.

Blood Legion: Blastbeat memulakan lagu terakhir untuk promo ini. Takde belas kasihan sepanjang 5 minit lagu ini berlangsung. Sekalipun dengan break neck speed yang ditonjolkan, kesemua instrument masih lagi jelas kedengaran. Terdapat part yang perlahan di tengah lagu, sedikit doom-ish sebelum kembali menjadi ribut. Thumbs up kepada lead gitar dengan solo yang eerie dan kejam.

Secara keseluruhannya, promo 2012 ini menonjolkan keupayaan Blood Legion selaku unit death/thrash generasi baru. Macam gua cakap tadi memang jelas pengaruh old school death metal terutama Obituary. Not bad sebenarnya. Gua mengharapkan untuk releases akan datang Blood Legion dapat memberikan lebih dan terus dengan gaya seperti ini.

Rating: 7.5/10

Blood Legion boleh dicapai di sini dan sini





Photo credit: Blood Legion Facebook page

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected