Blood Legion – Dawn of the Pariah (EP 2014)

0

Muncul dengan sebuah promo CD yang mengandungi 3 buah track pada 2012, Blood Legion tidak memandang ke belakang. Mereka menghangatkan pentas2 serata pelusuk Malaysia dengan ngauman Death Metal yang old school. Terkini Blood Legion tampil dengan sebuah EP bertajuk “Dawn of the Pariah” yang masih membawa haluan Death Metal sepertimana yang telah mereka hasilkan melalui promo CD sebelum ini.

 “Wicker” Chris: Drums,  “Old Man” Jai: Guitars, “Grizzly” Shan: Vocals, “The Law” Pathman: Bass,

Cover artwork oleh Man Beranak
Layout oleh Alak Idle
Tracklist :
1 – Intro
2 – Soul Consumed
3 – When Warriors Move Mountains
4 – Cathedral of Death
5 – Zombie Ritual (Death Cover)

Dawn of the Pariah (EP 2014) melalui proses rakaman di Village Roof Studio. Rafique Hashim merupakan sound engineer yang bertanggung jawap dalam hal ehwal penerbitan EP ini. EP ini adalah hasil keluaran Blood Legion sendiri tanpa bernaung dibawah mana2 label.

EP ini dimulakan dengan Intro bersifat percakapan sebelum music menerjah tanpa sebarang tanda. Agak agresif dan ekpresi pertama mendengar track Soul Consumed ini ianya nampak advance ke depan dari Promo CD yang pernah mereka hasilkan sekitar 2012 dahulu.

When Warriors Move Mountains masih dengan ramuan sepertimana mendengar track pertama. Pengaruh band lagenda Death, Obituary dan sedikit Sepultura lama masih boleh dihidu terutama melalui riffing yang dihasilkan.

Cathedral of Death rasanya paling agresif antara track yang merupakan karya ciptaan Blood Legion. Ya masih kuat sekali pengaruh Death dan Sepultura lama didalam track ini. Ganas dan gelojoh benar jika diamati track ini. memang nampak jelas itulah yang mahu dilakukan Blood legion pada track ini. Buas dan gelojoh! Hahaha..

Zombie Ritual yang merupakan sebuah track saduran dari lagenda Death. Permainan yang baek dari setiap line up. Tidak ada cacat cela. Ya.. dari awal lagi gua dapat hidu pengaruh Death dalam penulisan lagu2 Blood Legion.

Secara keseluruhan gua beranggapan EP yang punya tajuk yang pasti mengundang kontraversi ini ada kemajuan yang agak jauh kehadapan dari apa yang mereka lakukan didalam Promo 2012 dahulu. Jelas sekali Shan si vocalist tampak lebih yakin dengan growl dan jeritan separa scream nya, juga permainan gitar yang tidak mengikut formula modern metal (betul punya old school) dari Jai dan perubahan2 riff yang berbeza melodi, tone bass yang cukup meletup dari Path dan paling nampak menggila Chris yang cukup kreatif permainannya selaku tunjang band diposisi drum.

Rumusan mengenai sound produksi Dawn of the Pariah boleh gua katakan ianya diantara raw recording yang baik. Jika ia dikatogerikan sebagai demo, pasti ini antara produk berstatus demo tape yang terbaek dihasilkan dari konteks sound produksi. Setelah mentelaah melalui hifi, walkman dan player kereta, gua berimaginasi jika Blood Legion menghasilkan rakaman yang lebih profesional (gua dapat info ini live recording kecuali solo gitar yang dimasukkan setelah selesai live recording dijalankan) pasti mutu bunyi yang terhasil lebih padat dan padu menusuk gegendang telinga. Boleh jadi rakaman profesional akan dilakukan untuk full length mereka selepas ini.

Dapatkan Dawn of the Pariah yang hanya dikeluarkan dalam format kaset (menurut line up band ini, format kaset dipilih kerana kaset sudah berada dihujung zaman dan mereka sendiri membesar dengan zaman kaset..haha) dengan harga RM8 by hand atau RM14 by post. Rindukan sound Death Metal yang old school? Ini jawapannya selain dari Humiliation, Killer Corpse, Recidivist, Lavatory dan seangkatannya.. Kenali Blood Legion melalui link2 yang disediakan dibawah ini.

Email
Facebook
Reverbnation

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected