Ahmad Ra1m1 – Elektro Qalbu Pendosa (Demo 2014)

0

Menggunakan nama sendiri sebagai sebuah nama projek solo. Itulah yang dilakukan oleh pemilik Faithcraft Productions yang juga frontman band Horror Rock bernama Au Revoir, penjahanam snare untuk band kurang ajar Wreckär serta pemain gitar ritma lagenda Blackfire bersama line up terkini. Dimaklumkan projek Ahmad Ra1m1 ini asalnya menggunakan nama Negatif. Setelah mendalami apa yang terkandung didalam Elektro Qalbu Pendusta (Demo 2014) ini gua beranggapan ini merupakan sebuah karya yang lebih kepada eksperimentasi music (mungkin lebih kearah darkwave dan ambient) dan karya sebegini memerlukan pendengar memegang cover sleeve untuk memahami apa yang cuba dihasilkan dan apa yang cuba disampaikan oleh pencipta karya tersebut. Pada penggemar mp3, anda sedikit kerugian disini.. kehkehkeh.. Ok, gua cuba review apa yang terkandung didalam CD ini..

 Cover artwork oleh Ahmad Ra1m1

Inspirasi dari “Makrifat Lamp” anatomy
Tracklist :
1 – Dia
2 – Gering
3 – Hampa
4 – Virus
5 – Tempat Yang Tiada Tangis
6 -Pari-Pari
7 – Aku Rindu Kematian (Bonus Track)

Elektro Qalbu Pendosa (Demo 2014) melalui proses penulisan dan rakaman di Faithcraft Studio dalam masa 8 hari sekitar 7 sehingga 14 September 2014. Kesemua proses susunan music, permainan instrument, programming dan nyanyian dilakukan oleh Ahmad Ra1m1.

Dia merupakan track pertama yang gua fikir antara yang perlu di beri highlight. Music nya mungkin agak boleh bikin anda merawang2 jika dibuang lirik dan anda layan dalam kadar hampir2 nak tidur. haha. Lirik agak menarik dan sedikit berat isi nya walaupun ringan sahaja penulisnya mengarang untuk lirik tersebut.

Virus yang merupakan track keempat turut perlu diberi perhatian. Punya melodi yang sebenarnya agak suram dan penuh mood yang “minor’.. haha.. Jika ada bunyi gitar mungkin sudah boleh dilabel sebagai Doom Metal. Music yang masih boleh membawa pendengar seakan berlegar2 di satu atmosfera dalam keadaan sesat dan di awang-awangan. Ok, bila dengar track ini gua teringat Type O Negative pulak..

2 track tersebut adalah track pilihan gua kerana ianya boleh kira ada nyanyian dari segi penyampaian vocal terutama untuk track pertama iaitu Dia. Track2 lain masih menggunakan medium yang sama untuk latar music namun penyampaian vocal lebih kepada sebutan yang ke arah berbisik atau sebutan biasa.

Elektro Qalbu Pendosa (Demo 2014) boleh gua simpulkan sebagai satu hasil karya bersifat eksperimen untuk kontek music nya. Ia adalah gabungan penggunaan sampling, keyboard dan loops yang rasanya ada termasuk penggunaan beberapa VSTI. Ia nya juga mengingatkan gua pada projek solo Fathulistiwa Soundscape – Romantikarat. Juga untuk demo ini ianya pada gua perlu penelitian khusus pada bahagian lirik nya. Lebih kepada bersifat keagamaan, pencarian yang agak berat untuk ditulis dengan papan kekunci. Mungkin boleh mengundang sedikit salah faham kepada mereka yang pendek akal atau sekadar mampu berfikir untuk 1 peringkat dan telan..

Untuk mendapatkan sebagai simpanan anda, Elektro Qalbu Pendosa dikeluarkan dalam 2 format iaitu kaset dengan harga RM16 (limited kepada 16 copies sahaja.. gua pon mis nak dapatkan..haha) dan pro CD juga dengan harga RM16 (juga limited untuk 100 copies sahaja). Harga kedua2 format kaset dan CD adalah termasuk kos penghantaran.

Kepada mereka yang ingin mencuba sesuatu kelainan music hasil ciptaan anak tempatan boleh hubungi link2 dibawah untuk copies anda.

Faithcraft Productions
Ahmad Ra1m1 Blogspot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected