Black Skull – Blind Side Still Remain [Full Length, 2021]
Black Skull merupakan antara band Thrash Metal tempatan yang berkubur sebelum potensi mereka dikenali dunia. Blind Side Still Remain merupakan satu-satunya terbitan penuh mereka yang asalnya diterbitkan SCS dan kini dikeluarkan semula melalui Goatlordth Records yang remastered di luar negara. Anda boleh membaca ulasan editor kami yang lain untuk album ini di blog kami (fun fact: kami mengulasnya hampir sedekad lalu!).
Ini adalah kali pertama saya mendengar material Black Skull. Dan saya mempersoal, why they didn’t go big? Kebanyakan trek dalam Blind Side Still Remain mempunyai songwriting yang agak mantap, disokong pula dengan execution yang garang dan intense. Saya menyukai permainan bass yang melantun-lantun, drumming yang thrashing tak ingat dan gitar yang percussive melengkapkan perisa Thrash Metal 90an mereka. Dari segi lirik pula, sekalipun penggunaan Bahasa Inggeris mereka sedikit lucu dan merapu, saya dapat menangkap apa disampaikan; tema yang sinonim dengan Thrash Metal iaitu komentari politikal dan sosial. Tapi saya tak kisah pun disebabkan persembahan mereka yang berapi tak ingat.
Sayangnya saya tak pasti sama ada re-release ini bermasalah atau tidak, memandangkan overall sound terasa mendap dan sebu, bagaikan di-rip daripada kaset. Sekalipun dikhabarkan menerima proses remastered di luar negara, adakah ia tidak menggunakan master copy? Kecewa jugaklah dengan end product yang tenggelam-timbul membantutkan feel nak hayun kepala. Bila saya ask around dan jenguk-jenguk internet, ramai juga komen mengatakan original release lebih bagus kualitinya. Aduh!
Blind Side Still Remain kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.
FFO: Metallica (early), Sepultura (early), Destructor, Cromok