Black Hole Deity – Lair of Xenolich [EP, 2021]

0

Black Hole Deity adalah band generasi baru yang paling sesuai untuk menggambarkan gaya USDM; muzik yang pumelling dan punishing dengan execution yang relenteless. Ambil saja EP sulung mereka ‘Lair of Xenolich’ yang dikeluarkan Everlasting Spew Records pada 5 Februari 2021 sebagai contoh.

Lair of Xenolich menjalinkan intensity Death Metal ala Morbid Angel dan Suffocation dengan teknikaliti Progressive/Fusion dalam permainan mereka. Ini terbukti dengan riff-riff dan struktur yang dipengaruhi era Formulas Fatal to Flesh dan Despise the Sun yang cukup urghhhhhh, buat mana-mana headbanger hilang kawalan. Lair of Xenolich juga cukup segar dengan approach forward thinking dengan memasukkan elemen shred/jazz dalam komposisi mereka, dengarkan saja trek Hyperdementia Sleep yang galak menggentel classical guitar disulam gesekan biola. At least ada la breathing space sebelum kembali mengganas dengan Death Metal. Perlulah saya cakap Lair of Xenolich mempunyai antara solo yang menarik dalam terbitan 2021 setakat ini yang furious dan faceripping brutality serentak. Kira lengkap la serba-serbi dengan kualiti rakaman yang kemas dan meletup untuk terbitan Death Metal.

Lair of Xenolich pada saya adalah terbitan yang cemerlang yang seimbang antara membanting pendengaran dengan brutality dan performance yang mantap. Saya fikir Black Hole Deity boleh appeal kepada pendengar generasi baru dan lama memandangkan mereka dipengaruhi oleh band-band yang berstatus veteran, obviously memang senang nak detect la. Don’t sleep on this, serius cakap.

Lair of Xenolich kini terdapat dalam format CD dan muat turun digital.

FFO: Hate Eternal, Morbid Angel, Azarath, Aeon, Mithras

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected