Banzulu – WWIII [Single, 2020]
Banzulu merupakan DJ/Producer dari AS yang memainkan genre Jungle dan Leftfield Bass. Macam mana nak cerita eh style dia ni. Senang cakap Banzulu menjalinkan breaks dengan lapisan synth berlapis-lapis dengan ultra-low bass la. Siapa yang familiar dengan dance scene mungkin faham la.
WWIII merupakan single yang terbahagi 2 bahagian dan diterbitkan melalui Plush Recordings pada pertengahan 2020. Menampilkan feel yang ambient hasil permainan synth yang melodic diiringi drum breaks dan effect robotic, WWIII terasa futuristik, chill tetapi mempunyai sense of brooding. Saya cakap WWIII chill sebab beat yang memandu lagu-lagu WWIII tidaklah chaotic dan berdentum-dentum macam sub-genre breakbeat yang lain. Malah rasa macam dengar muzik yang jadi background dalam lif yang moden. Ha begitulah. Malah saya rasa WWIII adalah minimalist dan terkawal dengan stail muzik takde bikin sasau bila dengar. Nice.
WWIII kini terdapat dalam format digital streaming.
FFO: Silent Dust, Fracture, Kimyan Law