Atomicdeath – Phantoms of the New Realm (2019)
Setelah melebihi 10 tahun penubuhan, Atomicdeath iaini unit Crust/Thrash Metal dari Shah Alam, Selangor ini menghadiahkan kita sebuah full length bertajuk Phantoms of the New Realm (2019). Secara mukadimah, full length ini muncul setelah mereka menghasilkan beberapa material dari Missile Massacre (Demo/EP 2009), Hellish Nuclear Destruction (Split CD 2011 bersama Bloodstone – Singapore), Tribute to Silent Death Compilation 2012 dengan track Dying Moment), Re-Atomation (EP2014) dan split CD bersama Iron Tooth (Indonesia). Mereka berehat seketika dari sebarang rakaman rasmi disamping menghangatkan pentas2 gig termasuk tour Eropah pada 2013. Terkini dibawah label Legion Music yang ternyata bersungguh-sungguh dalam mengendali band, release dan gig, Phantoms of the New Realm telah menemui pendengar dan pemuja irama rancak dari Atomicdeath. Release ini dikeluarkan bersama beberapa band2 lain dibawah Legion Music seperti Langsuir, Athotorgh, Sauts Alastor dan Apparatus pada 26 July 2019 bersempena tahun kedua penganjuran temasya tahunan The Gathering yang julung kalinya diadakan untuk kali kedua pada 2019.
Phantoms of the New Realm (2019) melalui proses rakaman di Iseek Music Studio oleh Mokhtar Rizal sekitar May sehingga awal July 2019. Mokhtar Rizal bertanggungjawap sepenuhnya dalam proses mix dan mastering. Terdapat penampilan istimewa Khairun MN (Indamnation) sebagai guest backing vocal untuk track bertajuk The last Letter manakala Dark-E (Vociferation Eternity/Necrotic Chaos/Sil-Khannaz) menyumbangkan solo gitar untuk track Bertajuk Atomicdeath. Penerbit untuk album ini adalah AP Filthgrindz dan Atomicdeath.
Apa yang menarik berkenaan release ini adalah rata2 kesemua track adalah berentak rancak dan sememangnya ianya sesuai untuk dibawakan untuk menghuru harakan pentas-pentas gig. Ia nya terbukti ketika track2 terbaru ini dimainkan ketika show The Gathering II ketika album ini mula dipasarkan.
Berkenaan sound produksi, rasanya pengendali rakaman iaitu Mokhtar Rizal sudah masak dengan sound dan kemahuan Atomicdeath memandangkan rakaman-rakaman terdahulu Atomicdeath adalah menggunakan kerja tangan beliau. Hasil akhir audio yang terhasil ternyata membanggakan dan mampu melonjak nama Atomicdeath dan mampu untuk membuatkan pendengar-pendengar luar dari Malaysia untuk sama2 “layan” album ini.
Teknikalnya Phantoms of the New Realm (2019) masih utuh dengan pegangan music mereka sedari awal kemunculan mereka. Melabelkan Sacrilege (UK) sebagai antara pengaruh utama, music Thrash Metal campuran Crust versi Atomicdeath ternyata mampu menyatukan genre seperti Metal, Crust, Punk dan juga Heavy Metal. Secara ikhlas, gua yang tidak terdedah kepada idola Sacrilege lebih menganggap music Atomicdeath berada pada fasa perubahan Slayer ketika album yang mengejutkan, menggemparkan ketika perubahan musical mereka iaitu melalui album Diabolous in Musica (2000). Punk, Metal bersatu dan bersama beradu kerancakan music Atomicdeath.
Track pilihan gua mungkin War Child, Ominious Darkness dan Corruption Kills yang catchy dan enjoy!
Phantoms of the New Realm (2019) antara perkara wajib untuk dimiliki oleh penganut irama Metal mahupun Punk/Crusty. Ianya boleh diperolehi dengan harga RM30 byhand dan dikeluarkan dalam format fizikal iaitu CD untuk tempoh entry ini ditulis. Mungkin aka nada label-label lain akan menghasilkan format fizikal lain selepas ini. Dan kepada Thrasher muda-mudi yang kurang gemar akan fizikal copy boleh dapatkan material ini dalam format digital melalui laman bandcamp Legion Music. Dapatkan sebelum ianya kehabisan.
Atomicdeath
Email
Facebook
Bandcamp
Legion Music
Email
Facebook
Bandcamp
Youtube
Instagram
* kredit image to Arep & youtube uploader by Duan Nosferiel
Obat peneman yg paling catchy masa drive balik Penang di highway.Terbaik 5 bintang rilisan.