Athotorgh – Rotorhead (2019)

0

Sejak penubuhan dengan nama asal Anator pada 1989, sebelum menggunakan nama Athotorgh pada 1992 dimana tahun aktif sehingga 1999 bersama sebuah demo bertajuk “The Rites” dan penghasilan Promaster Dieyana (EP1997) yang cukup dianggap sebuah masterpiece klasik, penantian berdekad lama akhirnya berbaloi dengan lahirnya Rotorhead (2019). Sebuah album penuh yang ditunggu-tunggu dimana terdahulu beberapa buah lagu yang tidak pernah dikeluarkan diselit didalam beberapa penyertaan kompilasi seperti Einchfriekel, Be to Be dan Necromass Abandon. Release bersempena gig tahunan The Gathering kedua pada 26 & 27 July 2019, album ini adalah sesuatu yang menampakkan anjakan dari konsep dan penulisan lagu2 sepanjang perjalanan Athotorgh.

Old T (Drums), Dreamstone (Guitar/Vocal), Hery E Revolta (Bass)
Promaster (Vocal)
Artwork & layout oleh Ady Shutterscream
Tracklist :
1 – Gospel of Sins
2 – Thrashing in Torment
3 – Flags of War
4 – Rotorhead
5 – Drink with Satan
6 – Necromass Abandon (Bonus)
7 – Spectre of Hell
8 – Evil Orchestra

Rotorhead (2019) menjalani proses rakaman di dua buah studio berbeza dimana rakaman guitars, drums dan vocal oleh Dreamstone dan Old-T dilakukan di Studio Chaosk Inc Tokyo, Japan oleh Taka Chaos Kuvo manakala rakaman untuk track bass oleh Hery E Revolta dan vocal Promaster dilakukan di Studio Kalsom, Ipoh oleh Jadam (Necrotic Chaos/Profane Creation). Proses mix dan mastering kembali dilakukan oleh Taka Chaos Kuvo di studio yang sama di Japan.

Kepada yang telah memiliki album ini, apa pandangan anda? Gua ada terbaca ada yang seakan sedikit tidak dapat terima lagu2 terbaru Athotorgh (mungkin tidak keseluruhan) kerana sedikit perubahan music walaupun masih didalam root Thrash Metal. Secara ikhlas gua masih menilai Athotorgh cukup kuat dengan pegangan Old Skool Thrash Metal nya. Pengaruh2 luar sepanjang kewujudan Athotorgh pasti tidak dapat disangkal dengan penulisan lagu2 baru yang ikhlasnya juga gua rasa sedikit menyimpang dari EP klasik Promaster Dieyana (1997) dahulu. Pada gua ini tidak menjadi masalah kerana sebagai pemuzik pasti mereka tidak mahu terikat dengan satu-satu “fesyen” atau “style” sahaja. Langkah bijak menyelitkan track lama “Evil Orchestra” pasti membuatkan sesiapa yang mengenali Athotorgh sejak 90an akan tersenyum dimana track tersebut cuma kuat isim dari EP Promaster Dieyana. Ya, itu adalah antara track awal ciptaan mereka. Selain itu track2 pantas seperti “Drink With Satan” pasti membuatkan pendengar tidak senang duduk dan ianya cukup sesuai dibawa secara live.

Secara teknikalnya, Rotorhead seakan banyak didominasi oleh Gea Dreamstone yang gua rasakan antara mastermind utama didalam komposisi lagu-lagu baru Athotorgh. Selain menjadi vocalist utama untuk track2 terbaru, permainan gitar beliau juga maju kehadapan tanpa terikat dengan permainan chord2 mudah seperti apa yang mereka lakukan dahulu. Penampilan Promaster untuk Flag of War dan Evil Orchestra seakan memberi announcement awal dimana beliau secara rasmi menyampaikan berita sedih pengunduran beliau dari Athotorgh ketika gig The Gathering 2019. Namun gua pasti Promaster pasti akan juga terlibat dalam projek2 akan datang mahupun persembahan pentas walaupun dalam skala yang kecil.

Dari segi sound produksi, Rotorhead (2019) ternyata tidak perlu dipertikaikan mutu bunyi akhirnya. Satu produk yang telah gua cuba dibeberapa player dan ternyata ianya cukup memuaskan gegendang telinga gua yang cerewet ini. Kredit kepada crew2 studio Japan dalam kerja mix dan mastering.

Track pilihan : Drink With Satan, Flag of War, Evil Orchestra.

Rotorhead (2019) boleh dibeli dengan harga RM30 by hand. Sila berhubung secara terus dengan Legion Music untuk pakej fizikal jewel case CD. Difahamkan juga cetakan kedua telah dilakukan khas untuk mereka-mereka yang terlepas cetakan pertama. Juga kepada penggemar versi digital boleh juga membuat urusan purchasing anda melalui laman bandcamp Legion Music. Support Athotorgh dan Legion Music jika anda mahu kan pejuang Thrash Metal dari Ipoh ini terus menggila!

Athotorgh – Live at The Gathering 2019


Athotorgh New Album – Rotorhead (2019)

Athotorgh
Email
Facebook

Legion Music
Email
Facebook
Bandcamp
Youtube
Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected