Åskog – Varþnaþer [Full Length, 2021]

0

Unit Black Metal Sweden yang berpotensi hebat, Åskog telah pun mengeluarkan album pertama mereka ‘Varþnaþer’ susulan EP mereka ‘Varg’ yang mendapat sambutan yang baik. Anda boleh baca review kami tentang Varg. ‘Varþnaþer’ dikeluarkan melalui Grind to Death Records, Leviaphonic Records, dan Corrupted Flesh Records dalam pelbaia format berbeza.

Varþnaþer menawarkan 8 trek yang seperti EP sebelum ini, berpaksikan Scandinavian Black Metal dengan kualiti dan feel yang dipertingkat. Songwriting dan execution kini lebih bersih dan kreatif, terutamanya solo yang ada feel Black n Roll sikit. Overall sound Åskog mempertaruhkan gaya Black, Death dan Doom Metal yang ditapis sebaiknya. Gitar memainkan riff-riff yang sinister namun catchy. Kira ni huge improvement daripada sebelum ini. Selain itu vokal kadang-kadang alternate antara deep roar dan snarl yang memberi sedikit kontras kepada feel lagu-lagu dimainkan. Saya perasan setiap trek sebenarnya boleh dibezakan antara satu sama lain memandangkan struktur yang berbeza-beza. Contohnya, trek 1 mempunyai root yang kukuh terhadap gaya Satyricon era awal manakala trek 8 lebih bermelodic dengan guitarwork yang employ clean sound dan solo yang fire.

Varþnaþer adalah testimoni betapa pantasnya Åskog telah improve. Output yang dihidangkan cukup garang dan tidak sekadar bergantung kepada influences mereka sebaliknya cuba memasukkan approach yang baru. Anda patut cuba dengar band yang berpotensi ini.

Varþnaþer kini terdapat dalam format CD, kaset, piring hitam dan muat turun digital.

FFO: Immortal, Darkthrone, Satyricon, 1349, Marduk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected