Appäratus / Kuolleet Sankarit – Split Tape (2018)

0

Appäratus adalah sebuah unit yang boleh dikatakan sudah dikenali untuk genre Punk/Dbeat tanahair dan antarabangsa. Telah mengadakan tour jelajah Eropah untuk beberapa tahun dan menghasilkan beberapa released dalam pelbagai format dari kaset/tape, CD sehingga LP. Penghasilan split tape bersama band Kuolleet Sankarit yang dianggotai oleh line up Sotatila dan Kaaos ini sememangnya wajar dikeluarkan memandangkan pengalaman dan jangkahayat Appäratus dalam perjuangan music mereka ini sudah boleh dikira agak lama iaitu 18 tahun. Split Tape – Tempere Live ini adalah rakaman live yang dilakukan ketika “Law of Ratts… Supersonik” European Tour 2018 yang dilakukan sepanjang 27/4/2018 sehingga 27/5/2018. Ok, review ini gua khususkan untuk Appäratus amnya dan sedikit2 untuk Kuolleet Sankarit.

Wolfskin (Guitars/Vocals), Jerry Kid (Drums/Vocals), Tj Andez (Bass/Vocals)
Artwork oleh J-P Kinnunen

Tracklist :
1 – Dead Ratts
2 – Kannibalerna
3 – State of Degradation
4 – Maia Rising
5 – FKU!
6 – Aldre Men Javla Snabbare
7 – Ghostown Wolf
8 – God System Slavery
9 – Class Conflict
10 – Fear of Bombraid
11 – Death-trapped! Life-trapped
12 – Degeneration Overdrive
13 – When Rotten Corpse Turns into a Fuckin’ Scapegoat
14 – National Front

Rakaman live ini di lakukan bertempat di Tampereen Vastavirralla, Tempere Finland pada 15/5/2018. Sesuatu yang menarik rakaman ini adalah bersifat profesional dan punya sound live yang baik dan keseimbangan yang bagus untuk setiap instruments yang dimainkan. Sebelum terlupa, split tape ini dikeluarkan oleh sebuah label dari Pahang, Malaysia iaitu Sickhead Records.

Boleh dikatakan Appäratus membawakan lagu2 yang terkandung didalam setiap released yang mereka hasilkan seperti Another Night in Holocaust, Hardcore Religion, FKU! sehingga yang terbaru Law of Ratts… Supersonik (March 2018).

Sepanjang kaset/tape ini dimainkan beberapa kali, gua boleh andaikan ini release yang agak power dari sebuah kumpulan Dbeat Punk tanahair. Ianya penuh kelantangan, rebel dan dibawakan dengan penuh energy walaupun tour ini dilakukan setiap hari tanpa henti sehingga cukup sebulan.

Dari segi sound produksi, untuk band yang membawa genre Dbeat Punk yang agak raw, kualiti seperti ini adalah bersesuaian. Tidak perlu terlalu “bersih” untuk genre sebegini. ianya adalah sesuatu yang bagus kerana rakaman live ini pada andaian gua direkod secara berasingan setiap instrument (walaupun dimainkan secara live dan serentak) dan melalui proses mixing yang baik dengan memperlihatkan keseimbangan yang baik tanpa bunyi timbul tenggelam seperti rakaman one-take yang selalu dilakukan menggunkan kamera atau walkman/perakam audio.

Ok, rakaman live yang dihasilkan dalam format kaset/tape ini dikhabarkan sold out dari label  dalam masa 11 hari sahaja. Kepada yang agak ketinggalan untuk memiliki secara terus dari label, anda perlu usaha lebih untuk google kalau ada label2 lain yang mendistro kaset ini. Atau jika sudah ketandusan untuk memilikinya, harap bersabar kerana dikhabarkan release ini sedang diusahakan dikeluarkan dalam format vinyl/LP. Peminat Anti Cimex, Shitlickers, Mob47 sila jangan ketinggalan!

Appäratus
Email
Facebook
Bandcamp

Sickhead Records
Email
Blogspot
Webstore

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected