Akantha – Baptism in Psychical Analects (2019)

0

Akantha adalah sebuah unit Black Metal yang ditunjangi oleh Athanasios. Ianya bermula sekitar 2002 namun band ini berhenti setahun kemudian sebelum ia kembali sekitar 2017. Tidak menunggu lama, Athanasios segera merekruit seorang drummer yang sekadar menggunakan nama “S.” dan sekitar January sehingga February 2018, duo ini pantas bertapa di studio untuk rakaman album pertama berjudul “Apocalyptic Psalms” yang hanya released secara digital melalui laman bandcamp mereka pada March 2018. Terkini masih bergerak secara indiependent, album kedua Baptism in Psychical Analects (2019) released pada January 2019 dan juga masih kekal dikeluarkan dalam format digital.

Tracklist :
1 – Catharsis from Katara and Anathema
2 – The Colossal Crisis of Anax
3 – The Monotheistic Pharaoh
4 – Heroic
5 – Thesis and Antithesis
6 – Lethargy

Baptism in Psychical Analects (2019) melalui proses rakaman di dua buah studio berasingan dimana track guitars, vocal dan bass dirakam di YP Sound Studios manakala track drum di Huge4Studios. Proses rakaman adalah sekitar October sehingga November 2018. Difahamkan sesi penulisan material album ini bermula pada February sehingga March 2018 (sekitar tempoh rakaman album pertama). Proses mix dan mastering turut di lakukan di Huge4Studios. Selaku mastermind, Athanasios bertindak sebagai penerbit untuk album ini.

Sesuatu yang menarik berkenaan album ini, pada pendengaran gua ianya adalah satu produk yang agak mengasyikkan walaupun bersifat old skool dan menggunkan tone2 yang organik terutama dari sound drum. Juga tone gitar yang tidak langsung bersifat modern. Riffing2 yang kadangkala mengingatkan pada band2 Black Metal lama seperti Darkthrone (old) dan disulam sedikit (sedikit untuk beberapa track sahaja) perisa Black Metal dari Poland.

Dengan total durasi album melebihi setengah jam, gua rasa kan Akantha adalah antara nama yang agak obscured yang perlu di beri perhatian. Salah satu sebab kerana mereka agak aktif dalam penghasilan karya (mungkin idea2 yang tersimpan sepanjang tempoh belasan tahun hibernate) dan untuk sound dan genre sebegini, mereka dilihat boleh lebih mara kehadapan. Mungkin memerlukan line up lengkap untuk melihat mereka beraksi di pentas2 gig/konsert.

Ok, untuk mengenali band yang bertunjangkan sound2 organik, adalah disarankan untuk anda khususnya peminat irama Black Metal, untuk mengenali Akantha. Dan untuk ketika entry ini ditulis, material2 dari Akantha (2 buah full length) hanya boleh didapati dalam format digital sahaja dan belum dikeluarkan dalam sebarang format fizikal. Untuk mengenali Akantha, sila kunjungi laman sesawang facebook, twitter dan bandcamp mereka.

Email
Facebook
Twitter
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected