Abhorer / Brain Dead – Zygotical Ecstacy (Split 2013)

0

So kepada pembaca yang telah lama menjadi pendengar music berat tanahair mungkin xperlu banyak mukadimah untuk memperkenalkan dua band yang terlibat didalam split CD ini. Dan kepada mereka2 yang baru mengenal dunia music gelap tempatan ingin gua nyatakan ini merupakan split CD bertajuk Zygotical Ecstacy yang mengetengahkan dua buah band lagenda dari Malaysia dan Singapura. Brain Dead yang kembali aktif merupakan sebuah band lama dari Perak, Malaysia manakala Abhorer merupakan antara lagenda dari Singapura. Lagu2 yang terkandung didalam slit CD ini diambil dari album penuh kedua2 band iaitu Brain Dead melalui From The Ecstacy (1992) – 5 lagu dan Abhorer melaui Zygotical Sabattory Anabapt (1996) – 6 lagu. Turut dimuatkan bonus track dari kedua2 band iaitu 2 track untuk Brain Dead yang diambil dari Dark Live Collection (1993) dan 2 track lagi dari Live Demo (1991) manakala untuk Abhorer disertakan 2 bonus track diambil dari Rumpus Of The Undead (Demo 1989).

 

Design Layout oleh Khalx666
Tracklist :
Abhorer – Zygotical Sabattory Anabapt (1996)
1 –  Invoking Nana Sahib, Satyrical Goat of Mendes
2 –  Concubinal Celibatic Myrmidonian Whores
3 –  Abandonment of Chastity
4 –  Phlegethonic Sybaritical Demimonde
5 –  Zygotical Sabbatory Anabapt
6 –  Saith… Empyrean Sabaoth of Azarak

Brain Dead – From The Ecstacy (1992)
7 – Unholy Sins
8 – Twisted Souls
9 – Repulse To Destruct
10 – From The Ecstacy
11 – Eternal War
Bonus Tracks :
Brain Dead – Dark Live Collections (1993)
12 – The 7th Wind
13 – Spirit Of Heloisa
Brain Dead – Live Demo (1991)
14 –  Eternal War
15 – Satanism
Abhorer – Rumpus Of The Undead (Demo 1989)
16 –  Repudiated Faith
17 –  Rumpus Of The Undead

Split CD ini dikeluarkan oleh 3 buah label iaitu Thrashingfist Productions, Blackwinds Production dan Metalzone Distro. Ianya hanya dikeluarkan sebanyak 1000 copies worldwide.

Abhorer band yang wujud sekitar 1986, yang tampil dengan album penuh pada 1996 mengejutkan persada music gelap Malaysia dan Singapore dengan penghasilan music yang berteraskan Black/Death Metal yang agak laju temponya. Tidak menitikberatkan melodi lagu2 garapan Abhorer tampak lebih keras dan agak lari dari produk2 Death Metal tempatan ketika itu. Label Ultra Hingax Production telah mengeluarkan album bertajuk Zygotical Sabbatory Anabapt dalam format kaset sebelum diupgrade ke format CD dan vinyl oleh beberapa label.

Brain Dead yang lahir sekitar 1988 pula tampil dengan music Death Metal yang agak kasar dan pantas. 2 buah bonus track dari Dark Live Collection pula sedikit berbeza arah tuju mereka jika dibandingkan dengan album pertama From The Ecstacy. Kedua2 produk ini dikeluarkan oleh Dark Journey Records.

Paling menarik berkenaan split CD ini ialah ianya didatangkan dengan pakej booklet beserta gambar2 klasik kedua2 band diawal pembabitan dalam kancah music berat tempatan. Juga istimewa turut diselitkan lirik2 lagu dari Brain Dead yang tidak terdapat dari mana2 rilisan mereka sebelum ini.

Dapatkan Split CD Zygotical Ecstacy dengan harga RM30 by post melalui 3 buah label yang kami sediakan link untuk urusan jual beli anda sebelum CD ini kehabisan.

Thrashingfist Productions
Blackwinds Production
Metalzone Distro

Brain Dead
Facebook
Myspace

Abhorer
Myspace

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected