Goregӓng – Neon Graves (2019)

0

Goregӓng adalah duo-project dari individu yang agak berpengaruh dalam gerakan music berat dunia. Selain dari profesion sebagai sound engineer yang bertugas di Hill Spring, Florida,  Jaramie Kling dan Taylor Nordberg juga dikenali terlibat bersama beberapa band besar seperti Venom Inc, Ribspreader, Wombbath dan Soilwork (live). Dengan tema music Death Metal/Crust beserta reputasi penghasilan sebuah self-titled EP pada 2017, duo ini bakal melahirkan debut album bertajuk Neon Grave (2019) di bawah label yang semakin meningkat naik iaitu Transcending Obscurity Records pada 20 May 2019.

Jeramie Kling – Vocals, Guitars (Venom Inc., Ribspreader, ex-Wombbath)
Taylor Nordberg – Drums (Ribspreader, ex-Soilwork (live), ex-Wombbath)
Artwork oleh Juanjo Castellano (Nattravnen, Revel In Flesh)
Logo oleh Mark Riddick (Fetid Zombie)
Layout oleh Turkka Rantanen (Ribspreader, Rogga Johansson)
Tracklist :
1 – A Cavity in Reality
2 – False Flags
3 – Cathedral of Chemicals
4 – Silence is Consent
5 – Spray of Teeth
6 – Feeble-minded Rash
7 – Neon Graves
8 – Plague of Hammers
9 – Goregӓng
10 – Weightless Sentinels
11 – Putrid Judgement
12 – This Era of Human

Melalui laman facebook Goregӓng, gua andaikan rakaman album ini dilakukan di Smoke & Mirrors Productions dimana ia merupakan lokasi dimana Kling bertugas.

Sebuah album dengan total durasi melebihi setengah jam beserta durasi setiap track antara sekitar 2 minit sehingga 4 minit, agak sukar untuk gua skip setiap track memandangkan ada sahaja elemen2 yang agak menarik untuk ditunggu. Goregӓng mungkin lebih tepat berada didalam lingkungan Old Skool Death Metal dimana jelas jiwa dan “soul” Old Skool Death Metal paling kental dapat dihayati sepanjang track dimainkan sehingga tamat. Pengaruh Crust turut di adaptasi dalam setiap track dan sebagai contohnya tone guitar dan beberapa riff yang dihasilkan sememangnya sesuai untuk dijadikan sebuah track untuk genre Crusty! Untuk mendengar sesuatu yang baru atau permainan tahap teknikal yang tinggi, rasanya Neon Graves bukanlah jawapannya. Album ini adalah khas kepada yang punya jiwa Old Skool yang kental.

Tiada sebarang cacat cela dari segi sound produksi kerana duo ini adalah tenaga kerja dan bergelumang dalam arena audio engineering untuk sekian lamanya. Kepada pentaksub band2 seperti Autopsy, Tomb Mold, Paganizer, Ribspreader, Wombbath, Contaminated, Grave, Benediction, Unleashed, anda adalah digalakkan mengenal dan mendapatkan material dari Goregӓng.

Neon Grave (2019) secara fizikal nya akan dikeluarkan dalam beberapa format seperti digipak CD, LP (limited 150 unit), CD boxset (limited 50 unit) dan juga LP boxset (limited 150 unit). Sila berhubung secara terus dengan Transcending Obscurity Records untuk urusan purchasing anda!

Goregӓng
Email (Booking Agent)
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp
Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected