Swallow the Sun – Hope (2007) : Dalam kehampaan ada harapan!
Juha Raivio – guitar
Markus Jämsen – guitar
Aleksi Munter – keyboards
Matti Honkonen – bass guitar
Kai Hahto – drums
Anyway, Swallow the Sun bermula pada tahun 2000. Line up mereka ni asalnya berasal dari line up band-band lain di Finland seperti Empyrean Bane (melo black metal), Plutonium Orange (stoner metal), Funeris Nocturnum (melo black metal) dan banyak lagi. Pada gua setiap release oleh mereka adalah wajib didengari dan susah bagi gua nak cakap mana album yang terbaik! Setakat ni diorang dah mempunyai 4 full length dan 1 EP dengan New Moon diterbitkan pada penghujung 2009. Favourite gua? Semua kecuali Ghost of Loss (sebab gua tak dengar lagi) dan Plague of Butterflies (sebab panjang sangat, 1 lagu 35 minit!).
Gua sebenarnya tak tau nak highlight album yang mana satu. Tapi gua pilih Hope ah sebab ni album diorang yang pertama gua dengar. Album ketiga mereka ini diterbitkan oleh Spinefarm Records pada 2007 dengan line up yang berikut:
Era The Morning Never Came |
Juha Raivio – Gitar
Markus Jämsen – Gitar
Matti Honkonen – Bass
Aleksi Munter – Keyboard
Pasi Pasanen – Dram
These Hours of Despair
The Justice of Suffering
Don’t Fall Asleep (Horror Pt. 2)
Too Cold for Tears
The Empty Skies
No Light, No Hope
Doomed to Walk the Earth
These Low Lands (Timo Rautiainen & Trio Niskalaukaus cover) [hanya dalam limited edition]
Hope – Opening track untuk album ni. Lagu ini beautiful tetapi painful. Clean vocal lagu ini memang gah (dengan gaya yang crooning), begitu juga dengan growl yang begitu monstrous sekali. Pembuka yang mantap. Iya lagu ni sebenarnya cerita pasal apa ya? Putus harapan kot.
These Hours of Despair – Barangkali lagu paling brutal dan laju dalam album ni. Permulaan lagu aje dah dimulakan dengan dentuman twin pedal yang rapid fire. Lagu ini menyerlahkan side Death Metal mereka yang kental. Vocal yang separa berbisik menjadikan lagu ini lebih layan. Kredit juga mesti diberikan kepada keyboard yang mewarnai lagu yang serba kental ni.
The Justice of Suffering – Vokalis Katatonia Jonas Renkse(Doom/Death Metal dari Sweden) membuat penampilan dalam lagu ni dengan menyumbangkan clean vokal beliau. Berlemak sekali. Disebalik growling Miko Kotamaki yang macam badak yang tengah beranak, vokal Renkse mewarnai lagu yang depressive ni dengan clean vokal yang umph!
These Low Lands – Hanya terdapat dalam versi digipak. Lagu cover yang menarik! Hampir faithful kepada versi asal Timo Rautiainen & Trio Niskalaukaus kecuali dengan suara yang..macam badak tengah beranak heheh. Miko Kotamaki can actually sing. Lagu ni menyerlahkan kebolehan beliau menyanyi dengan suara yang..err lunak.
Pros:
– Hope adalah sebuah perjalanan emosi dan perasaan tentang kegagalan hidup. Dan Swallow the Sun berjaya mebawa essence tersebut
– Vokal Miko Kotamaki adalah highlight album ni dan juga keyboard works oleh Aleksi Munter.
– Bukan Death/Doom yang bosan.
– Sebuah full length dengan total playing selama 63:37 adalah…agak dragging terutama bagi yang tidak biasa dengan genre doom yang sememangnya panjang-panjang lagunya.
Rating:
8/10
Swallow the Sun adalah generasi baru Doom/Death yang ada potensi dan mempunyai pakej yang bagus. Setiap releases mereka boleh dilayan dan worth for listening. Release yang terbaru New Moon menampakkan kematangan dengan kemasukan unsur-unsur black metal (musically) dan lebih dark.Swallow the Sun boleh di capai di sini dan sini.
Kredit:
– Google
– Youtube