Dimmu Borgir – Abrahadabra (2010)

0

Tarikh 22 September 2010 menjadi tarikh bagi mereka yang menanti lahirnya album terbaru dari Dimmu Borgir. Sebuah band yang menuju kejayaan dipersada mainstream apabila album2 mereka meletup diserata dunia. Walaupun mendapat banyak kritikan dari peminat era lama mereka namun Dimmu Borgir tidak kembali menoleh kebelakang. Abrahadabra yg membawa maksud “I Will Create As I Speak” (agak kontraversi tajuk ini sebenarnya) ini juga menjadi penantian setelah “In Sorte Diaboli” menemui peminat sekitar 2007.

Untuk album terbaru bertajuk Abrahadabra ini Dimmu Borgir terpaksa menggunakan beberapa orang sessionist bagi menggalas tugasan dibahagian bass, keyboard dan drum. Ini merupakan satu cabaran bagi Silenoz, Galder dan Syagrath dalam mempertahankan takhta mereka dalam menerajui persada Black Metal seluruh dunia setelah pengunduran Mustis (Keyboard) dan Vortex (Bass).

Terdapat beberapa sessionist yang terlibat didalam album ini. Antaranya ialah  Agnete Maria Forfang Kjølsrud, Kristoffer Rygg dari Ulver, Ricky Black dari Chrome Division, Andy Sneap, Gerlioz dan juga penglibatan The Norwegian Radio Orchestra yang di conduct oleh Gaute Storaas dan koir oleh The Schola Cantorum Choir.


Abrahadabra boleh didefinisikan sebagai sebuah album yang agak teliti. Melibatkan beberapa negara sepanjang proses rakaman. Album ini telah dirakam di Sweden untuk track vocal dan drum manakala track gitar, bass dan keyboard dirakam di Norway. Proses mixing dan mastering pula dijalankan oleh Andy Sneap dan Dimmu Borgir sendiri manakala proses mastering dilakukan oleh Russ Russell serta Dimmu Borgir sekali lagi turut terlibat dalam proses ini. Kedua2 proses mixing dan mastering ini dilakukan di England. Keseluruhan tempoh masa rakaman adalah selama 11 bulan.

Cover artwork oleh Joachim Luetke

Jika dilihat, Abrahadabra rilis dalam pelbagai versi dan setiap versi pula mengandungi track yang berbeza2 namun terdapat 10 track rasmi untuk album ini.
1 – Xibir
2 – Born Treacherous
3 – Gateways
4 – Chess With The Abyss
5 – Dimmu Borgir
6 – Ritualist
7 – The Demiurge Molecule
8 – A Jewel Traced Through Coal
9 – Renewal
10 – Endings And Continuations
Untuk versi2 lain seperi digipack, vinyl, i-tune version dan versi2 lain terdapat beberapa bonus track (berbeza mengikut format produk) seperti Gateways (Orchestral Version), The Demiurge Molecule (Orchestral Version), Dimmu Borgir (Orchestral Version), Perfect Strangers (Deep Purple Cover) dan D.M.D.R. (Dead Men Don’t Rape) (GGFH Cover).
Sebelum rilisnya ini Dimmu Borgir telah meriliskan sebuah single bertajuk “Gateway” dimana bersama single ini juga terdapat video klip yang mana juga ianya melibatkan Agnete Maria Forfang Kjølsrud yang menyumbangkan suara serta karektor yang agak jahat didalam video klip ini. Untuk pengetahuan anda, Dimmu Borgir telah mengundang Andy Sneap (Gitarist dari band lagenda Sabbat) untuk menyumbangkan solo untuk lagu ini. Andy Sneap juga menyumbangkan 1 lagi solo untuk track bertajuk “Renewal”.

Video klip “Gateway” yang rilis pada 14 September

Abrahadabra turut menggunakan elemen orkestra, sama seperti beberapa album terdahulu seperti Puritanical Euphoric Misanthropia (2001) yang menggunakan The Gothenburg Opera Orchestra dan elemen ini berterusan jika tidak pada keseluruhan album pasti terdapat satu atau dua lagu yang menggunakan elemen orkestra ini pada setiap album. Untuk album terbaru ini Dimmu Borgir menggunakan khidmat The Norwegian Radio Orchestra dan untuk bahagian koir pula Dimmu Borgir menggunakan khidmat The Schola Cantorum Choir. Single “Gateway” menjadi pilihan untuk album ini dan kombinasi orkestra dan irama black metal Dimmu Borgir kedengaran mampu menandingi lagu2 lama seperti Progenies Of The Great Apocalypse dan The Serpentine Offering.

Berbalik kepada track2 didalam album ini ternyata single utama iaitu Gateway merupakan track yang paling menonjol jika dibandingkan dengan track2 yang lain. Namun track kedua bertajuk “Born Treacherous”, “The Demiurge Molecule” dan “Renewal” yang juga agak menarik. Gua sebenarnya agak tertarik dengan bonus track yang juga lagu cover dari Deep Purple bertajuk Perfect Stranger yang dibawa dan disusun semula mengikut perisa Dimmu Borgir. Satu olahan menarik dan paduan vocal dari Syagrath dan Snowy Shaw untuk clean vocal tetapi lenggok nyanyian Snowy Shaw menjadikan lagu ini unik. Jangan pula anda mengharapkan terdapat unsur grind atau attack drum menggila dalam lagu ini kerana mood nya moderate sahaja.

Dari segi produksi dan kualiti rakaman, tidak dapat disangkal lagi album ini ternyata mempunyai kekuatan tersendiri. sama seperti album2 terdahulu. manakala dari segi bunyi untuk setiap lagu, pada gua yg mengemari tone dan cara permainan Nicholas Barker (bekas pemain drum Dimmu Borgir) album ini jelas lari dari beat2 dan stroke trademark Nicholas dan tiada hentakan padel selaju Hellhammer (terlibat untuk album In Sorte Diaboli). Namun grind beat dari instrument drum pada track terakhir “Endings And Continuations” agak mengejutkan!!! Untuk rakaman album ini, sessionist yang digunakan untuk posisi drum ialah Daray. Manakala posisi bass pula digalas oleh Snowy Shaw.

Rasakan aura gabungan dua genre berlainan iaitu orkestra dan black metal yang menghasilkan irama symphonic, epik dan pasti anda akan terasa akan gegaran sebenar seni music tanpa batasan ini.

Sebarang berita terkini berkenaan Dimmu Borgir boleh dicapai melalui laman web rasmi mereka atau melalui laman myspace dan facebook mereka.


Official Dimmu Borgir’s Homepage
Myspace
Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected