Jika sebelum ini kami pernah mereview album terbaru mereka bertajuk Defy kini rasanya sekali lagi kami perlu mengetengahkan satu lagi produk dari Tools Of The Trade yang dikeluarkan sebelum Defy menemui pendengar. Sebuah EP yang dikeluarkan pada 2011 oleh Stoneville Records bertajuk “Pulse”. Ada beberapa perkara yang perlu di nyatakan berkenaan EP ini. Perlu juga dinyatakan line up band pada ketika ini ialah Tiong (Vocal, Guitar), Emi (Bass), Shazz (Guitar), Kia (Drum). Tetapi untuk rakaman ini line up terlibat ialah Tiong (Vocal, Guitar, Bass), Yob (Vocal), Kia (Drum).
1 – Embodiment Confrontation 2 – Death Of Desire 3 – Implementation Of Hates 4 – Stagnant & Falling 5 – Science Failure
Pulse melalui proses rakaman di Theatrical Studio, Puchong oleh Zahid. Proses adunan dan mastering dilakukan juga oleh Zahid. Namun dinyatakan didalam cover sleeve, kesemua track telah di remixed dan remastered oleh Sendart di Bandshop Studio.
Embodiment Confrontation bermula dengan sound dialog sebelum music padat ToTT menghentam tanpa belas. Sesuatu yang menarik bila diselitkan sedikit bunyian ala2 jazz basanova dipenghujung lagu. Mengingatkan gua pada 1 band luar negara bernama Sleepterror.
Death Of Desire menyerang tanpa sebarang tanda. Grind habis-habisan. Paling menarik gabungan scream dan growl dari vocalist band ini. Bergegar dengan track berdurasi kurang dari 2 minit.
Implementation Of Hates sama seperti track terdahulu. Riffing track ini lebih menggambarkan kerisauan pada awalan nya. Sedikit technical pada pertengahan lagu. Di track ini baru kedengaran solo gitar.
Stagnant & Falling agak rilek pada permulaan tetapi hanya sekejap sahaja sebelum ketukan drum mengisar irama yang dihasilkan. Kelajuan tahap maksima. Ya laju jugak lagu ini tamat. 1 minit 36 saat sahaja.
Science Failure menjadi track terakhir dimana bermula lagu terus disertakan ngauman vocal. Track yang agak mendatar temponya dan kelajuan grind diselangselikan sepanjang track. Sebuah track yang agak bereksperiment di pertengahan lagu dengan strumming gitar tanpa distortion tetapi menggunakan wah-wah.
Ok, mungkin agak fanatik kalau gua katakan gua memilih EP ini sebagai hasil terbaek yang pernah dihasilkan Tools Of the Trade, tetapi apa yang gua nampak bermula dengan EP ini menampakkan kematangan dan kejituan music yang dihasilkan mereka benar2 kuat. Mungkin tidak boleh dibandingkan kualiti sound, song composition EP ini dengan album pertama mereka terdahulu tetapi harus diperhatikan EP ini seakan permulaan betapa seriusnya mereka dalam menghasilkan product berkualiti dari segenap pakej. Juga perlu dipuji kemantapan permainan setiap line up terlibat. Tidak hairanlah apabila mereka layak menyertai gig2 besar Eropah baru2 ini.
EP bertajuk Pulse ini hanya dikeluarkan dalam format kaset oleh Stoneville Records dengan harga RM6 by hand dan RM7 by post. Kami sertakan link label yang mengeluarkan EP ini dibawah video preview ini. (Lu orang boleh jugak dengar tiap2 track seperti apa yang gua review bagi setiap lagu diatas)
* Pihak DtE juga dalam proses menemubual band ini.. stay tune..