Senjakala – Paradox (2019)

0

Senjakala merupakan antara nama penting dalam gerakan muzik keras di Brunei. Melalui kepelbagaian fasa dari perubahan line up, penubuhan beberapa band namun pengakhirannya Senjakala tetap utuh dengan bersama membawa panji Gothic Metal yang dipenuhi elemen melodic, heavy metal dan gothic yang masih menjadi asas dalam penulisan karya2 mereka. Kami pernah membuat temubual bersama Senjakala (KLIK UNTUK BACA) iaitu kira2 selepas pembabitan mereka didalam temasya KL Metalcamp 2016. Terkini masih dibawah naungan Mamat Records, Paradox (2019) full length pertama Senjakala muncul bagi membayangi mereka bersedia sekali lagi mengharungi onak duri untuk memberi persembahan pentas terbaek kepada pendengar dan peminat.

Yus (Lead Guitars), Mawie (Guitars), Sam Siren (Vocals), Nami (Bass), Adi (Drums)
Artwork oleh Garis Edelweiss
Tracklist :
1 – Waltz for the Dying
2 – Tarnished
3 – Freakshow
4 – Arms
5 – Lucid Lunacy
6 – Beautiful Lies
7 – Devil’s Bitch
8 – Darkness Fall (The Relapse)
9 – Bittersweet Symphony
10 – Angel Eyes
11 – Emphaty of Sorrow
12 – Devil’s Bitch (Reprise in Full)

Paradox (2019) melalui proses rakaman di beberapa buah studio berasingan antaranya TNT Studio (Singapore) yang diselenggara oleh Wong Ahboy, Onas Studio (Brunei) oleh Fadzil Othman dan SINdustrial Studio (Brunei) oleh Maw. Proses mix dan mastering dilakukan oleh Wong Ahboy di TNT Studio, Singapore.

Didatangkan dengan 12 buah tracks bersama total durasi melebihi 58 minit, Paradox (2019) boleh dianggap sebagai sebuah album yang cukup dan dapat memuaskan nafsu serakah penggemar irama berat melodic dan heavy metal. Amnya, Paradox (2019) adalah himpunan lagu2 terbaru dari Senjakala serta beberapa lagu ketika beberapa line up band ini bersama Karacoma seperti Bittersweet dan Emphaty of Sorrow. Kedua2 track ini terdapat didalam album Karacoma – Shattered Mirror (2010). Juga sebuah track bertajuk Darkness Fall diberi perisa terkini. Track asal boleh didapati dari EP Rise Above All (2004).

Secara keseluruhan Paradox (2019) kelihatan menampilkan keberanian Senjakala dalam penghasilan karya yang lebih advance dari segi konsep dan komposisi dan juga teknikal music serta olahan penyampaian. Devil’s Bitch dan Angel Eyes pada gua merupakan antara tracks yang agak lari dari gaya pembawaan music Senjakala yang pasti akan dikenali oleh pendengar sebelum ini. Freakshow, Arms dan Lucid Lunacy pada gua punya kekuatan tersendiri dan mungkin komposisi berada pada konsep yang sama. Bittersweet dan Emphaty of Sorrow yang diambil dari Karacoma adalah track2 fast yang masih releven dan sesuai dibawa untuk persembahan live.

Sound produksi ternyata membanggakan walaupun melalui fasa rakaman di studio2 yang berbeza. Sentuhan sound engineer dari studio lagenda Singapore TNT ternyata mampu memberi impak yang berkesan.

Track pilihan : Beautiful Lies, Devil’s Bitch, Angel Eyes. Ketiga-tiga track menampakkan kematangan vocal Sam Siren (-ed).

Paradox (2019) boleh diperolehi dengan brrhubung secara terus dengan Mamat Records melalui email dan laman sesawang yang disediakan dibawah. Dapatkan pakej jewel case CD dengan booklet 20 pages serta patches untuk 200 unit pertama dengan harga RM35 by hand. Ini sebuah album yang berbaloi untuk dimiliki.

Senjakala – Lucid Lunacy

Senjakala
Email
Facebook

Mamat Records
Facebook 1
Facebook 2
Kedai Mamat Records

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected